
Laporan mengenai penyertaan 53 ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke dalam Parti Warisan di Kudat menimbulkan persoalan apabila tindakan tersebut ditokok tambah kononnya akibat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Menurut Warisan penyertaan itu diketuai oleh Ketua Kampung Pengaraban, Hajirun bin Maksud, yang juga Ketua Cawangan GRS Pengaraban 2.
Tapi jika kita dengar kenyataan Ketua Wira Warisan, Khairuddin Daud, menyifatkan perkembangan tersebut sebagai petanda kononnya keyakinan terhadap kepimpinan GRS semakin merosot. Ini kerana kononnya Kampung Pengaraban berstatus PDM. Pengaraban 2 jak pun, pasti komunitinya dianggap menumpang dan picisan oleh penduduk kampung Pengaraban sebenar.
Apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka hilang kepercayaan?
Yang pasti bukan kerana alasan bohong kononnya kegagalan di pihak GRS atau kerajaan, tetapi lebih daripada sekadar strategi dan kesetiaan politik yang berjaya memperdaya. Kesiannya!
Menariknya, Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung pada 29 November 2025 menyaksikan seramai 23 calon Warisan kehilangan wang deposit. Fenomena sama turut melibatkan parti-parti lain yang mendakwa memperjuangkan identiti dan kepentingan tempatan Sabah, STAR dan KDM.
Jika penyertaan 53 ahli GRS ke dalam Warisan dianggap sebagai bukti kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan, tidakkah keputusan pilihan raya yang menyaksikan puluhan calon daripada pelbagai parti kehilangan deposit juga wajar dinilai dengan ukuran yang sama? Penolakan dalam pilihan raya, kemuncak retorik politik.
Dalam politik Sabah, fenomena keluar masuk parti bukan perkara baharu. Warisan sendiri sebelum ini berdepan dakwaan mengenai ahli-ahlinya meninggalkan parti di Kudat, walaupun jumlah dan keadaan sebenar pengunduran tersebut sengaja dipertikaikan demi mengawal persepsi awam dan memelihara morals dan keyakinan akar umbi, realitinya kapal Warisan semakin karam.
Oleh itu, pengumuman penyertaan ahli parti kerajaan ke parti pembangkang bolehlah dianggap keputusan yang tidak intelek. Lalu bagaimana mungkin rakyat Sabah mempercayai golongan seperti ini, bodoh politik.
Jika kehilangan kepercayaan dijadikan alasan, apakah kegagalan sebenar yang mendorong keputusan tersebut jika dibandingkan dengan parti Warisan yang bukan hanya gagal sebagai parti politik tapi juga semasa menjadi kerajaan negeri.
Dalam demokrasi, keyakinan rakyat tidak boleh diukur melalui gambar penyerahan borang keahlian semata-mata. Keputusan pilihan raya, prestasi pentadbiran dan penjelasan daripada pihak terlibat menjadi kayu ukur utama.
Perpindahan 53 ahli GRS ke Warisan bukan hanya tidak boleh dianggap bukti. Tetapi jangan jadikan percaturan politik segelintir individu yang masih berakal kampung-kampung sebagai ukuran sokongan seluruh rakyat Sabah. Kepercayaan rakyat lebih wajar dinilai melalui keputusan pilihan raya, prestasi pentadbiran dan fakta, bukannya sekadar pengumuman keluar masuk parti.





















Leave a Reply