Siapa Sebenarnya Pengkhianat UMNO Kah PPBM?

Rentetan pengkhianatan UMNO terhadap jawatan Menteri Besar Perak semalam yang menyaksikan kesemua Adun UMNO menolak undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Peja yang juga Timbalan Presiden PPBM.

Menyebabkan ramai rakyat Melayu yang marah dan berjanji akan menolak UMNO di pilihan raya umum yang akan datang.

Kerana itu UMNO cuba meredakan kemarahan rakyat dengan menyalahkan PPBM sekaligus mengungkit isu lama yang bukan isu pun.

Ada bilang beberapa gelombang yang mereka sebutkan yang menjurus kepada pengkhianatan PPBM terhadap UMNO sebelum ini. Punyalah terdesak, sanggup mengarang cerita dongeng. Cerita yang tidak ada kaitannya dengan pengkhianatan terbangsat mereka.

Admin ambil point di gelombang ketiga itu ya. Kononnya protes terhadap kepimpinan Zahid Hamidi menyebabkan sebelas wakil rakyat UMNO menyertai PPBM ini termasuklah wakil rakyat dari Sabah.

Sebelum ini admin jelaskan pada mereka bahawa peralihan sokongan wakil rakyat UMNO kepada Bersatu sebelum ini bukannya satu pengkhianatan. Memandangkan ia berlaku selepas kerajaan Persekutuan dan negeri dibentuk. Kalau dari konteks Sabah mereka mengalihkan sokongan selepas kerajaan Warisan “terbentuk’. Jadi di bahagian mana pengkhianatan itu berlaku.

Sememangnya wakil-wakil rakyat UMNO yang menyertai Bersatu adalah mereka yang berkredibiliti diterima oleh pengundi. Buktinya mereka semua mendapat kemenangan di Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini. Walaupun bertanding atas tiket PPBM atau Perikatan Nasional.

Sebaliknya UMNO yang bertanding 41 kerusi hanya mendapat 14 kerusi dan ada yang kalah kepada calon Bebas. So dimana kekuatan UMNO di namanya kah? Sudah-sudahlah tu, UMNO pun mendapat nama daripada usaha pemimpin dan penyokong yang selama ini bertungkus-lumus. Tengok apa berlaku pada UMNO di Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini tanpa pemimpin dan jentera jentera yang berkualiti.

Sebaliknya bila pemimpin pemimpin utama UMNO terlibat dalam skandal rasuah, maka rakyat tanpa rasa kasihan menumbangkan UMNO di pilihan raya umum ke 14.

Yang namanya pengkhianat adalah seperti apa yang dilakukan oleh UMNO di negeri Perak semalam. Parti UMNO dan DAP berjaya mengumpul sokongan sebanyak 48 kerusi menyebabkan Peja Menteri Besar Perak dari Perikatan Nasional terlucut dari jawatannya.

So janganlah membuat perbandingan yang tidak logik. Kenapa perlu berdusta, kalau benar tindakan menyingkirkan Menteri Besar Perak kelmarin adalah hak UMNO dan berniat baik, kenapa lagi macam cacing yang kepanasan, menyalahkan semua pihak, teruslah bersekongkol dengan DAP dan angkatlah diri itu sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Kalau sudah terbangsat tu akur saja dan minta maaf pada ahli UMNO. Bukannya membuat perbandingan yang tidak logik.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.