
Wah jentera pembangkang mendedahkan teori konspirasi UMNO dan DAP yang akan bekerjasama di pilihan raya umum yang akan datang dan kerjasama itu dimulakan di negeri Perak.
Jelas dan nyata kejatuhan Menteri Besar Perak dari parti Bersatu datang dari konspirasi dalaman UMNO, DAP dan PKR. Walhal selama ini tidak ada bangsa yang paling kuat menghina mengejek dan membangsatkan DAP selain bangsa UMNO.
Kadir Jasin menulis di Facebooknya ada lapan kronologi yang berlaku di WhatsAppnya yang menceritakan gerakan awal UMNO dan DAP. Ia dimaklumkan oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua pembangkang yang juga taiko DAP dalam Pakatan Harapan.
Berikut kronologi yang ditulis oleh A Kadir Jasin. Ternyata UMNO memang ada perancangan untuk berkerjasama dengan DAP seperti mana satu dokumen yang ditandatangani oleh Zahid dan Najib Razak sebelum ini. Ada ingat? Ini linksnya. Dokumen UMNO Berkerjasama Dengan DAP
Ternyata UMNO sejak kebelakangan ini agak sukar untuk dipercayai, di depan lain di belakang lain. Inilah yang berlaku bila parti dimanfaatkan untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Terpaksa mencari helah dengan apa cara sekalipun.
Seperti mana kenyataan Tajudin Ramli tidak lama sebelum ini. Bahawa tidak salah bagi organisasi UMNO menyelamatkan pemimpin mereka yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Betullah tu mangkuk tapi janganlah membuat kenyataan secara terbuka seperti itu. Dia cuba membodek sekaligus menyelamatkan pemimpin tertinggi UMNO tetapi dalam masa yang sama menyebabkan rakyat menolak UMNO. Alahai!
Teori konspirasi Vs Realiti
1. Pada jam 9.28 pagi, 4 Disember saya terima mesej WhatsApp dari seorang sahabat kepercayaan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, berbunyi: “Kerajaan PN Perak jatuh hari ni.”
2. Saya balas jam 9.57 pagi: Jatuh kepada siapa? Umno dengan DAP?
3. Dia jawab 10.04 pagi: Umno 25, Dap 16, Amanah 5, PKR 3 . Umno jadi MB. DAP setuju to work with Umno in next election. (DAP setuju untuk bekerja dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang).
4. Jam 11.15 dia bagi tahu: Peja is out, 10 for 48 against. (Peja terpelanting, 10 sokong 48 menentang).
5. Gabungan undi Umno dan DAP telah menumbangkan Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dari parti Bersatu. Umno yang menjadi anggota kerajaan campuran PN mengundi bersama DAP, Amanah dan PKR bagi membuang MBnya sendiri.
6. Jam 6.15 petang saya WhatsApp seorang ahli Jawatankuasa Pusat DAP: PKR sources told me DAP has agreed to work with Umno in the coming GE. I’m flabbergasted. (Sumber PKR bagi ahu saya DAP bersetuju bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang. Saya terkejut).
7. Jam 6.19 petang dia jawab: No lah. (Tak lah).
8. Jam 6.42 petang seorang pengurus tabungan (fund manager) keturunan Cina Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong WhatsApp: UMNO + DAP working together. Dream team finally coming together. (Umno + DAP kerja bersama. Pasukan impian akhirnya menjadi kenyataan).
9. Apakah mesej-mesej mengenai kerjasama Umno-DAP ini omong kosong semata-mata atau pratayang kepada realiti yang sedang menjelang?
10. Apakah Umno yang terdesak untuk kembali berkuasa tidak terfikir untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang kuat seperti DAP?
11. Barisan Nasional (BN) sudah nazak. MCA dan MIC tidak dapat menarik undi bukan Melayu lagi. Undi Cina dan India sudah dibolot DAP.
12. Tidak menghairankan jika DAP, yang pernah merasa nikmat kuasa melalui PH, beraspirasi untuk kembali semula ke Putrajaya melalui sebuah pakatan baru yang termasuk Umno.
13. Kalau Dr Mahathir Mohamad boleh bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menumbangkan BN, apakah Umno tidak terfikir kaedah yang sama?
14. Wallahuaklam. Demikianlah muslihat dan tipu-helah politik di mana konspirasi bukan sekadar teori tetapi boleh bertukar menjadi realiti.
Terima kasih.