Menteri Besar Perak Baharu Dari DAP

Tiga pemimpin daripada Pakatan Harapan iaitu Nga Kor Ming yang mewakili DAP, Farhash Wafa salvador daripada PKR dan Asmuni Awi daripada Amanah dijangka esok akan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ini susulan kekosongan jawatan Menteri Besar Perak setelah digulingkan oleh UMNO dan DAP yang mendapat sokongan sebanyak 48. Masing-masing (Pakatan Harapan) 16 DAP, Amanah 5, PKR 3 dan UMNO 25. Tahniah sekali lagi. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ€”

Justeru jangan ada yang merasa hairan sekiranya Menteri Besar Perak yang baharu datang dari DAP. Sifirnya sangat mudah.

Kerajaan Perikatan Nasional di negeri Perak terdiri daripada UMNO 25, Bersatu 4, PAS 3 dan Bebas 3 jumlahnya 35.

Namun undi percaya terhadap Menteri Besar Perak yang berlangsung petang tadi menyaksikan hanya UMNO 25 yang tidak menyokong. Itu bererti 10 lagi tidak bersama UMNO.

Oleh itu kelebihan memihak Pakatan Harapan yang memiliki 27 kerusi setelah dicampur dengan tiga lagi kerusi dari Bebas berbanding UMNO hanya ada 25 kerusi.

Sebab itu kalau ada yang perasan Setiausaha Agung UMNO Ahmad Mazlan seperti ibu Kucing yang kehilangan anak. Katanya apa yang berlaku di Perak hanyalah melibatkan pertukaran Menteri Besar bukannya kerajaan negeri. Oleh itu PPBM dan PAS harus bersama mendokong kerajaan Perikatan Nasional Perak. Lucunya, macam mana tu ah. Hahaha!

Atas nama demokrasi, semoga Sultan Perak berkenan melantik Menteri Besar daripada DAP. Supaya pemimpin Melayu UMNO mendapat pengajaran bahawa orang tamak selalu rugi dan tidak selamanya masyarakat Melayu bodoh politik.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.