Siapa Sebenarnya Yang Checkmate 🤭

Kita pula yang checkmate ni ya. Yang namanya checkmate ialah kau tumbang dalam kuasa iaitu waktu itu kau ada segalanya-galanya kewangan, jentera dan yang paling penting tempoh pemerintahan masih berbaki. Maksudnya kau masih ada masa untuk membetulkan keadaan tapi kau ego, semakin kau pertahankan dan pelihara orang-orang tolol dan tamak yang ada disekeliling mu. Kau lebih mempercayai mereka berbanding keluhan masyarakat yang ada diluar sana.

Sebelum menjadi kerajaan berbagai teori yang diperkenalkan oleh pra pemimpin dan penyokong emasnya tidak kurang juga yang sombong bodoh memperkenalkan diri mereka sebagai bekas pentadbir yang hebat justeru jika sekiranya Parti Warisan mendapat kemenangan mereka akan melaksanakan itu dan ini. Maklum katanya mereka pernah berkhidmat dalam kerajaan tapi bila sudah menjadi kerajaan yang rakyat nampak hanyalah kebodohan dan ketamakan mereka. (Macam saja orang tidak tahu siapa mereka sebelum ini)

Masyarakat Sabah cakap pada hakikatnya tengok dahi pun sudah tahu yang mereka dari spesies tukang hafal dan penipu tapi apa kan daya tempoh hari memang mereka sengaja mencuba sesuatu yang baru dan yang paling utama ialah untuk menghalau UMNO dari bumi Sabah. Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya ternyata sangat gagal, undi yang diberikan bertukar senjata makan tuan. Cakap saja pandai tapi bab melakukan kerja hanya mampu terhegeh-hegeh.

Dalam politik ni bukan hanya taktik atau gerakan yang menentukan kemenangan tapi ada lagi yang lebih penting iaitu campur tanganNya.

Berapa ratus ribu orang teraniaya hasil dari pentadbiran yang gagal akibat melantik orang orang tidak kompeten dibeberapa peringkat. Baik di peringkat kampung mahupun di peringkat pentadbiran kerajaan negeri sekalipun.

Bayangkan bantuan tunai Covid 19 pun boleh diseleweng begitu saja. Dalam sistem online permohonan telah diluluskan tapi tunai masuk ke akaun orang lain iaitu rakan subahat kakitangan yang berkerja di bahagian kewangan negeri. Bayangkan apa jenis manusia seperti itu.

Banyak daerah dan kampung-kampung yang tidak terurus malah keadaan semakin teruk. Kalau kita dengar luahan masyarakat bahawa sejak Parti Warisan memerintah aktiviti pengedaran dadah semakin teruk. Dalam setengah kes anak pemimpin Warisan pun terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah syabu. Tidak takut berdosa selepas menghancurkan kehidupan orang lain. Kamu tunggu sajalah balasannya di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Kerajaan Warisan tumbang bila mana kumpulan Tan Sri Musa Aman yang mendapat 33 SD atau akuan bersumpah tetapi dinafikan oleh ketua menteri Sabah Shafie. Tanpa merujuk terlebih dahulu pada TYT. Tetiba Shafie membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah. Jelas ia adalah tindakan yang tidak sah di sisi undang-undang atau menghina Institusi beraja di negara ini seperti yang terkandung dalam prinsip rukun negara.

Parti Warisan hanya mampu bertahan setengah penggal. Pun begitu telah berjaya mencipta banyak skandal penyelewengan melibatkan wang rakyat. Ada diantara mereka sehingga hari ini dicari oleh SPRM dan yang didakwa di Mahkamah itu sudah pasti.

Justeru itulah kuat keyakinan admin bahawa pilihan Raya kecil tidak akan berlaku. Sebaliknya Tan Sri Musa Aman akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Agihan Kerusi DUN Bukan Isu Selagi Ada Setiakawan

Amat bersetuju pada pendapat wakil rakyat daripada Bersatu Sabah Datuk Nizam yang juga Adun Apas, Tawau.

Beliau berpendapat kemelut pembahagian kerusi antara UMNO dan Parti Bersatu Malaysia Bersatu (Bersatu Sabah) dapat diselesaikan melalui kerjasama serta hubungan setiakawan yang baik.

Ia juga amat penting dalam memastikan kemenangan bagi mengambil alih kerajaan negeri yang ada sekarang.

Beliau amat yakin bahawa oleh kerana matlamat setiap parti dalam komponen Perikatan Nasional adalah kemenangan maka isu pembahagian kerusi akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Dalam masa yang sama ketika ditanya bagaimana pula dengan sokongan pengundi di DUN Apas beliau berkata dia mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat di kawasan itu. Ini kerana pada beliau mereka bukan hanya pengundi tetapi sebuah keluarga yang besar kepada dirinya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidil Adha bersama 20 anggota keselamatan ESSCOM dan penduduk kampung, Kampung Titingan Tawau.

Beliau turut menyumbangkan 14 ekor lembu untuk dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk di kawasan DUN Apas.

Bersatu Sabah Siaga Menghadapi PRN Tanding 45 Kerusi

PPBM Sabah telah bersiaga sepenuhnya dalam menghadapi pilihan raya umum negeri berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.

Justeru itu Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datu Hajiji Noor akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi memperhalusi persiapan jentera pilihanraya di setiap DUN di negeri ini.

Menurut beliau Bersatu Sabah telah mengenal pasti 45 kawasan DUN yang akan ditandingi oleh calon calon Bersatu. Calon akan terdiri daripada mereka yang berwibawa mempunyai credibility, capability dan winnable bagi memenangi setiap kerusi yang ditandingi.

Walaubagaimanapun Bersatu Sabah sentiasa terbuka atau bersedia berbincang dengan mana-mana parti dalam komponen Perikatan Nasional seperti BN bagi menghadapi PRN Sabah demi mengumpul kekuatan dan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang.

Sudah tentulah Bersatu Sabah akan menawarkan manifesto dan halatuju yang terbaik untuk rakyat Sabah antaranya fokus kepada membangun semula ekonomi Negeri setelah dilanda krisis dan pandemik Covid 19. Selain itu yang juga menjadi keutamaan Bersatu Sabah akan terus memastikan hak-hak, kepentingan rakyat dan negeri Sabah terus dipertahankan.

Bersatu Sabah akan menjadi alternatif terbaik dan diterima oleh sebilangan besar rakyat Sabah untuk menerajui kerajaan negeri.

Manifesto akan dilancarkan sebelum tarikh penamaan calon.

Kenyataan Media Musa Aman 30 July 2020

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

  1. Saya merujuk kepada perkembangan politik yang terkini dan saya ingin menegaskan bahawa pada pagi ini, saya telah menyampaikan kepada Tuan Yang Terutama 33 surat-surat akuan berkanun yang mengesahkan bahawa ADUN-ADUN tersebut telah menarik balik sokongan mereka kepada YAB Datuk Seri Shafie Bin Haji Apdal dan melafazkan sokongan kepada saya agar saya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
  2. Adalah amat jelas bahawa dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah, saya layak dilantik oleh Tuan Yang Terutama untuk menjadi Ketua Menteri Negeri Sabah kerana saya mempunyai sokongan majoriti.
  3. Tuan Yang Terutama mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada saya mempunyai majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  4. Kami tidak terkejut dengan tindakan ini malah kami telahpun menjangkakan tindakan seperti ini mungkin berlaku.
  5. Seharusnya pertimbangan membuat keputusan seperti ini harus mengambil kira wabak Kovid 19 yang melanda negara kita sekarang dan juga negeri Sabah dan sama ada pembubaran dewan undangan negeri di dalam keadaan ini adalah satu langkah yang wajar.
  6. Kesihatan dan kepentingan rakyat mestilah sentiasa menjadi keutamaan didalam membuat sebarang keputusan. Jangan sekali- kali kita perjudikan nyawa rakyat kita semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik.
  7. Saya ingin menyatakan keikhlasan saya untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  8. Saya mengulangi sekali lagi dan menegaskan bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Undangan egeri Sabah dan saya berharap bahawa satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.
  9. Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihanraya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat Negeri ini.

Musa Aman Ada Majoriti Mudah Boleh Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

Sekali lagi atau ini ialah kesinambungan dari cerita panas minggu lepas yang parti memerintah negeri Sabah akan bertukar tangan dan beberapa dakwaan retorik dari dua atau tiga wakil rakyat Warisan kononnya mereka telah ditawarkan.

Hari ini Tan Sri Musa Aman bersama Wakil-Wakil Rakyat yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) telah mengadakan sidang media. Memaklumkan bahawa kini mereka mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri menggantikan parti Warisan dan sekutunya.

Adun yang telah menandatangani SD datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan UMNO.

Selepas ini mereka akan menghadap TYT bagi menyerahkan dokumen akuan bersumpah (SD) berkenaan.

Armada Sabah Cabar Yusof Yacob Tunjuk Bukti dan Laporan Polis

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah mencabar Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Yusof Yacob menunjukkan bukti dakwaan dia ditawar RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang.

Ketuanya, Mohd.Isquzawan Datuk Seri Arsit berkata, Dr.Yusof perlu menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu kerana wang yang ditawarkan bukan sedikit jumlahnya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, maka dia wajar membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Armada Bersatu Sabah mencabar Dr.Yusof segera membuat laporan polis, tunjukkan bukti dan nyatakan nama pihak yang dia tuduh menawarkannya RM50 juta untuk berpindah kem.

“Sekiranya Dr.Yusof tidak berani menunjukkan bukti dan membuat laporan polis, maka dakwaan beliau telah terima tawaran hingga RM50 juta merupakan satu pembohongan dan khabar palsu semata-mata”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isquzawan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr.Yusof pada Jumaat yang mendakwa dirinya telah ditawarkan wang tunai RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang yang berniat membentuk kerajaan negeri baharu.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sindumin itu mendakwa, beliau dihubungi beberapa kali sejak awal bulan ini oleh individu yang menjadi wakil kepada bekas pemimpin kanan kerajaan negeri musim lalu.

“Selain wang tunai mereka juga turut menawarkan jawatan menteri penuh jika kerajaan baharu itu menjadi kenyataan. Kali terakhir saya dihubungi, tiga hari lalu dan mereka bercadang menemui saya, tetapi saya tidak melayani, sebaliknya saya menolak tawaran itu,” katanya.

Katanya, kumpulan bekas pemimpin yang kehilangan kuasa itu menggunakan agen atau ‘broker’ untuk membeli wakil-wakil rakyat supaya berpindah menyokong Perikatan Nasional (PN).

Isquzawan mendakwa, Dr.Yusof berbohong dan sengaja mereka cerita mengenai tawaran RM50 juta, bagi memberi gambaran negatif terhadap pemimpin parti pembangkang di negeri ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Dr.Yusof membuat pengakuan menerima tawaran itu menerusi kenyataan media, sebaliknya tidak membuat laporan polis?

Isquzawan juga mencabar Dr.Yusof agar meletak jawatan sebagai Menteri dan ADUN Sindumin sekiranya beliau bercakap bohong dan gagal membuktikan dakwaan telah menerima tawaran RM50 juta.

“Yang jelas pengakuan yang telah dibuat oleh beberapa orang ADUN parti Kerajaan sejak akhir-akhir ini lebih kepada tuduhan palsu dan tidak masuk akal”, tegasnya.

Katanya, membuat tuduhan tanpa bukti dengan mengaitkan bekas pemimpin kanan Sabah dan Perikatan Nasional (PN) merupakan taktik kotor dan perbuatan yang bertujuan mencemarkan nama baik Kerajaan PN.

  • Pritchard Menuntut Bina Klinik Dari Najib Selepas Kritikan Hajiji
    Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Pritchard Gumbaris marah bila Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor membuat dakwaan yang sememangnya benar. Bahawa kerajaan Sabah sejak di perintah oleh Warisan dalam tempoh 27 bulan yang […]
  • Surat Shafie Pada TYT Minta Bubar DUN Tidak Sah
    Arahan dalam surat permohonan Ketua Menteri Sabah, Shafie kepada Tuan Yang di-Pertua negeri Sabah TYT salah rujuk peruntukan atau akta yang menyebabkan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie Apdal pada 30hb Julai besar tidak sah atau […]
  • Memacu Sabah Kembali ke Landasan Betul
    Gabungan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili semua parti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, teguh dengan pendirian untuk mengembalikan kebenaran dan keadilan. Dengan hati yang ikhlas, kami berharap Mahkamah akan membenarkan semakan […]

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI 20 Julai 2020 (Isnin)

  • Selepas PKPB, PM melihat ramai yang telah ambil kesempatan untuk rentas negeri dan balik kampung.
  • Hotel telah banyak menerima tempahan apabila PKPP dilaksanakan.
  • Kesesekan lalulintas juga mula dirasi, ini adalah petanda Ekonomi telah Rancak.
  • 11.4 billion ringgit telah disalurkan kepada rakyat Malaysia.
  • 7.7 Juta Ringgit telah terima DISCOUNT bil elektrik.
  • 545 Ribu usahawan terima geran khas perihatin bernilai 1.6 Billion Ringgit.
  • Inisiatif Ekonomi beri manfaat kepada 834 Ribu Majikan.
  • Tumpuan utama adalah pulihkan negara Daripada COVID-19.
  • Wabak Covid-19 ini belum berakhir, kerana negara luar masih meningkat.
  • PM juga bimbang dengan 13 jenis kluster baharu yang ada pada masa PKPP ini.
  • Kes COVID-19 ini juga kembali kepada dua digit ketika PKPP dan jangan ambil mudah.
  • Sama-samalah kita membantu untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
  • Pihak Kerajaan juga menyeru agar semua rakyat Malaysia tidak melanggar mana2 SOP untuk mengelakkan PKP dilaksanakan.
  • 295 Billion Ringgit Pakej Rangsangan telah disalurkan.
  • Jika PKP dilaksanakan, unjuran pada tahun 2021 akan terkesan.
  • Kejayaan menangani Covid 19 ini adalah daripada sikap dan amalan kita.
  • Jangan tidak memakai Pelitup Separuh Muka dan mematuhi Penjarakan Sosial.
  • Elakkan juga berjabat tangan ketika berjumpa sahabat handai dan saudara mara. Kerana kita masih dalam fasa pemulihan.
  • Jangan ambil mudah dan amalkan kebiasaan baharu.
  • Sempadan Negara juga dijaga dengan begitu rapi dalam memerangi Covid-19.
  • Bagi yang balik ke negara ini, pastikan patuhi disiplin yang telah ditetapkan.
  • Jalani kuaranti 14 hari bagi yang baru balik dari luar negara, sila patuhi arahan pengasinagn ini, jangan sehingga dikenakan penalti.
  • Penguasaan undang-undang juga akan Diperketat kan jika tidak mematuhi arahan.
  • Kerajaan akan mengumumkan untuk MEWAJIBKAN memakai Pelitup Separuh Muka, yang akan dimaklumkan kemudian.
  • Ibubapa dan Keluarga juga agar menasihiti ahli keluarga untuk mematuhi semua arahan yang telah ditetapkan.
  • Ditempat kerja, Majikan harus menasihati pekerja untuk mematuhi semua arahan yang telah diarahkan.
  • Di sekolah, semua perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
  • Ketua Kampung juga perlu mengawasi kampung untuk menasihati agar pemakaian Pelitup Muka dan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan.
  • Ekonomi negara juga telah rancak kembali dengan mengamalkan Kebiasaan Baharu.
  • Pandemik COVID-19 ini belum lagi berakhir.
  • PM mendoakan agar Rakyat Malaysia diberikan Kesihatan.

Debat Panas Sepanggar dan Beaufort Serta Kimanis Isu PATI

Baru pula admin perasaan ada rupanya perdebatan hangat di sidang Parlimen kali ini diantara Anggota Parlimen Sepanggar dan Anggota Parlimen Beaufort serta Kimanis.

Anggota Parlimen Sepanggar yang tiba-tiba berkeras kononnya pemberian dokumen Pas Sementara Sabah PSS sama dengan dokumen tunggal DT yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Bagi menangani lambakan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah.

Ada angka yang disebut oleh Sepanggar. Angka itu adalah jumlah keseluruhan pemegang dokumen IMM13 Burung Burung dan Banci yang akan diproses menjadi PSS. Entah betul entah tidak, sebab ia berbeza dengan angka yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah semasa berhujah pada isu dan sesi yang sama. Ikut kita pening.

Point yang ditegaskan oleh Sepanggar ialah PSS dan DT adalah sama. Point ini yang didesak oleh Sepanggar supaya diakui oleh Anggota Parlimen daripada Beaufort.

Macam mana juga orang mahu akun wahai Sepanggar. PSS ada dua kelemahan yang ketara sebab itulah ditolak oleh masyarakat Sabah.

1. PSS akan diberikan kepada pemegang IMM13, Banci dan Burung Burung serta mereka yang langsung tidak ada keterangan diri. 2. PSS juga ditolak oleh pemegang IMM13 kerana pemegang dokumen ini nanti tidak boleh memohon kewarganegaraan Malaysia. Sedangkan si Aziz ketika menjawat soalan speaker di sidang Parlimen yang lalu menyatakan dengan jelas bahawa PSS dan memohon kewarganegaraan adalah hal yang berbeza iaitu pemegang PSS boleh memohon kewarganegaraan. Tapi dalam sidang ini si Aziz cakap tidak boleh memohon kewarganegaraan. Sekali lagi ikut kita pening. Hahaha!

Sedangkan DT dilaksanakan dengan begitu ketat dan teliti. Tidak akan diberikan kepada PATI yang langsung tidak ada keterangan diri. Sebaliknya akan dihantar balik ke negara asal mereka.

Persoalannya Aziz kalau benar PSS adalah jalan penyelesaian yang terbaik, kenapa lagi ditarik balik sepatutnya kamu teruskan. Soal masyarakat Sabah suka atau tidak itu belakang cerita. Seperti apa yang akan dilakukan oleh kerajaan PN walaupun kerajaan negeri Sabah tidak setuju pada program dokumen tunggal DT tapi tetap juga diteruskan.

Marah betul Warisan ni pada pemohon keterangan diri ni ya sedangkan di pantai timur Sabah sana kalau bukan kerabat dari golongan ini tidak tu Warisan popular.

Kacang lupakan kulit oh ini parti Warisan.

Usul Tukar Speaker Memihak PN 111 PH 109 Juga Signal PM Muhyiddin Bertahan

PN berjaya menggugurkan speaker Dewan Rakyat Arif Md Yusof melalui undian usul. Hasilnya 111 menyokong dan 109 lagi menolak.

Seorang anggota Parlimen iaitu ahli Parlimen dari parti PBS tidak hadir. Seorang lagi Timbalan Speaker sendiri belum mengundi.

Proses pengundian dijalankan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Pagoh mengusulkan agar Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan kerana ada calon lain.

Kita nak bagi tahu bahawa ini adalah signal.

Esok jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin jawapannya pasti saja PN atau Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

So percayalah selepas ini akan berlaku peristiwa yang menyakitkan di dalam usaha menegakkan kebenaran dan membenteras penyalahgunaan kuasa dikalangan mantan Menteri PH dan Menteri-Menteri di peringkat negeri.

Yang bersembunyi sebaiknya menyerah diri yang rasa-rasa terlibat cepat-cepatlah memberikan kerjasama supaya hukuman yang bakal dikenakan mampu ditanggung.

Ambil Guru Sementara Tanggani PKP Sekolah

Berikutan langkah kerajaan n membuka sekolah rendah dan menengah selepas tiga bulan ditutup kerana perintah kawalan pergerakan PKP.

Murid tahun 5 hingga 6, tingkatan 1 hingga 6 dibuka pada 15 julai manakala tahun 1 hingga 4 bermula 22 Julai.

KPM telah menggariskan hanya 17 sehingga 20 murid yang dibenarkan dalam satu kelas.

Maksudnya kalau sebelum ini setiap kelas boleh diisi dengan 35 pelajar tapi kali ini tidak boleh sudah hanya 20 pelajar yang dibenarkan.

Peraturan ini telah menyebabkan bilangan guru tidak mencukupi atau kerja guru guru akan bertambah. Betul tidak?

Jadi ada di antara ibu-bapa yang mencadangkan agar KPM mengambil lepasan Ijazah sebagai guru sementara.

Betul juga tu selain dapat menampung kekurangan guru terutamanya diluar bandar dan menambah kualiti pembelajaran ia juga dapat memastikan SOP PKP diperingkat sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sekaligus dapat mengurangkan angka pengangguran terutamanya lepasan pelajar Institut Pengajian Tinggi.