Loretto Jangan Hipokrit Pasal Bantuan Persekutuan

Nampak sangatlah Warisan yang diwakili oleh setiausaha Agung Warisan Loretto Padua terdesak hingga memaksa mereka mencari yang bukan isu untuk dipolitikkan.

Datuk Hajiji sebelum ini menyatakan dengan jujur bahawa Sabah memerlukan bantuan atau peruntukan dari persekutuan dan sudah tentu kebaikan seperti ini akan disambut baik oleh setiap rakyat Sabah.

Apa yang salah dengan kenyataan seperti itu? maruah apa yang telah dijual atau tergadai?

Shafie semasa berjawatan Menteri KKLW dengan memberikan peruntukan atau projek kepada Sabah dan Sarawak lah yang menjadi kebanggaannya dari situ juga dia mendapat nama yang harum walaupun dalam masa yang sama terselit unsur unsur penyelewengan.

Boleh juga bersikap degil sombong dan kenegerian kalau kerajaan Warisan sebelum ini terbukti berkemampuan tapi apa yang rakyat Sabah nampak adalah sebaliknya kerajaan Warisan hanya pandai memainkan perasaan rakyat dan kerja tidak pandai. Mengagihkan bantuan makanan pun gagal dan ada unsur unsur penyelewengan. Makan minum pun menjadi isu apa apa lagi melibatkan peruntukan yang beratus juta.

Tidak seperti kerajaan negeri Sarawak kerana tuntutan  royalti minyak yang lebih perlu dilihat dari konteks Sarawak sebuah negeri dalam dalam Malaysia. Maka mereka mencari jalan lain, memperkenalkan cukai produk petroleum.

Kalau begitulah kecerdikan yang ditunjukkan oleh kerajaan Warisan sebelum ini, tahanlah sikit. Ini tidak hanya untuk mengagihkan bantuan Covid pun gagal. Nafsu saja besar. Dasar!

Hakikatnya bukan hanya Sabah yang mengharapkan bantuan/peruntukan, negeri lain termasuk Sarawak juga sentiasa mengharapkan bantuan dari persekutuan dan ia sudah menjadi tanggungjawab Persekutuan untuk mengagihkan bantuan atau peruntukan kepada negeri-negeri yang memerlukan.

Sistem yang sama digunakan semasa Pakatan Harapan memegang tampuk Persekutuan. Tapi kenapa waktu itu kerajaan negeri Warisan tidak bersuara supaya  Sabah dikecualikan dari sistem pentadbiran Persekutuan atau menolak sebarang peruntukan yang disalurkan termasuklah bantuan Covid 19. Hahahaha. Bikin muntah hipokrit Warisan ni.

Cukup-cukuplah tu Loretta Padua. Pada pilihanraya yang lepas pun kenyataan yang hampir sama dimainkan oleh Parti Warisan. Kononnya tidak bekerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung tapi setelah Warisan berjaya mengumpul sokongan keluar pula kenyataan bahawa Warisan bekerjasama dengan parti-parti Semenanjung sehinggalah hari ini DAP mengguna pakai lambang Parti Warisan.

Kau pusing lah sejauh mana Loretto hakikatnya rakyat Sabah yang ada jati diri, berpendidikan, ada maruah dan ada semangat nasionalisme yang tinggi tidak akan mudah percaya pada dakwaan atau propaganda seperti itu apa lagi propaganda seperti itu dilontarkan oleh orang yang tidak jelas.

Hanya yang merasakan diri mereka bukan warganegara sebenar atau masih menumpang  yang masih ada sikap mementingkan diri seperti sentimen yang cuba ditiupkan dan diamalkan oleh kepimpinan Warisan.

Semalam admin bersembang dengan seorang individu, jangan bagi kuasa pada Warisan atau Shafie itu orang sanggup berbuat apa saja termasuklah menjual hak orang lain untuk kepentingan politiknya dan akhirnya yang merempat ialah anda dan tidak lama selepas itu tempat yang ada tinggal akan dilanda berbagai bencana kerana ketidakadilan yang berleluasa. Tidak percaya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.