Shafie Minta Pengundi Tanggung Calon Warisan Membakut. Mana Otak?

Entah apa jak kaitannya dengan pilihan raya negeri dengan seseorang yang melepaskan jawatannya kerana ingin menjadi yang berhormat.

Nafsu seperti itupun boleh di spin oleh Shafie menjadi modal kempen Warisan di DUN Membakut. Menghairankan nampak benar Warisan ni semakin terdesak dan peluru mereka mulai kosong.

Secara logiknya calon Warisan itu yang terhegeh-hegeh hingga sanggup mengorbankan jawatan hakikinya di pusat pengajian tinggi.

Sedangkan kawasan yang ditandinginya tidak ada sikit pun kedengaran kalau wakil rakyat mereka perlu ditukar dengan orang lain.

Justeru itu apa rasionalnya pengundi di DUN Membakut dipertanggungjawabkan oleh Presiden Warisan Shafie supaya mengundi calon Warisan.

Adakah Presiden Warisan Shafie Apdal lupa calon PKR di Semporna pada pilihanraya yang lepas lepas ada yang terdiri dari seorang yang berkerjaya. Tapi dijatuhkan oleh calon yang di pasang Shafie walhal kelayakannya sebagai calon wakil rakyat dipertikaikan.

Tanggungjawab yang dipikul sebagai wakil rakyat Membakut selama ini berjaya dijalankan dengan baik dan berkesan oleh yang juga calon dari Bersatu (Perikatan Nasional) Datuk Ariffin. Beliau telah membawa banyak perubahan yang meliputi pembangunan prasarana dan meningkatkan kualiti modal insan di daerah itu. Selain manifesto yang sangat dituntut oleh pengundi iaitu menjadikan daerah Membakut sebagai pusat ilmu.

Sebaliknya parti Warisan atau Shafie selaku Ketua Menteri dilihat gagal mengurus dan memajukan Sabah dari hampir semua sudut, ini termasuklah dari segi pendidikan bilamana pusat pendidikan milik kerajaan negeri, Kolej Universiti Yayasan Sabah berhadapan dengan krisis kewangan yang kritikal. Baca links Dibawah,

https://jalinluin.com/2020/06/30/kolej-universiti-yayasan-sabah-di-ambang-kemuflisan/

Tidak ada peluang kedua pada parti yang bercita cita besar sebelum ini tapi bila menjadi kerajaan negeri tidak ada satupun kejayaan yang dicapai. Tolak calon parti Warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.