Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (Bersatu) berjaya menawan Sabah atau mengalahkan Warisan dan sekutunya maka Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan sedemikian ketika hadir di Pejabat Bersatu Sabah bagi mengiringi Datuk Hajiji Noor ke dewan penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.
Selain itu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata antara matlamat utama Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Bersatu BN, PBS, SAPP, PBRS, MCA dan STAR ialah menumbangkan parti Warisan dan menggantikannya dengan Perikatan Nasional. Dalam pada itu kesetiaan sesama parti harus diperkuatkan dan bersedia untuk melupakan hal yang sudah berlaku demi apa yang dipanggil sebuah kemenangan.