SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Mohd Saifullah

KENYATAAN MEDIA SPRM

SPRM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MOHD SAIFULLAH

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat oleh bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, terhadap SPRM adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencemarkan reputasi dan kredibiliti SPRM.

Mohd Saifullah merupakan suspek dalam siasatan rasuah dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2020 dengan 17 pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan satu pertuduhan bersama tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu, SPRM telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini agar pihak polis menjalankan siasatan atas kesalahan membuat aduan palsu.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

8 SEPTEMBER 2020


Mohd Saifullah juga adalah Timbalan Wira Bahagian Semporna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.