Warisan Tombongan (Penipu Lancau) – Anak Jati Kg Bokara

Seorang komuniti Kampung Bokara, Sandakan begitu marah pada pemimpin pemimpin Warisan akibat gagal memikul tanggungjawab mereka sebagai parti pemerintah negeri Sabah.

Lelaki yang membahasakan dirinya sebagai anak jati Kampung Bokara Sandakan. Mendapati sejak parti Warisan menjadi kerajaan negeri tidak ada kemajuan yang dikecapi oleh kampungnya yang ada hanyalah kerosakan dan kehancuran.

Kerosakan dan kehancuran yang dimaksudkan bukan hanya dari sudut prasarana seperti jambatan usang yang tidak dibaiki tapi ada lagi yang lebih penting iaitu dari konteks sosial dimana kadar jenayah meningkat dan ia tidak hanya berlaku di kampung Bokara tapi di kampung kampung yang ada diseluruh Sabah.

Justeru itu dia mengingatkan atau memberi amaran supaya pemimpin-pemimpin Warisan segera menunaikan janji mereka di pilihan raya yang lepas dan dilaksanakan sebelum pilihan raya negeri yang katanya tinggal berbaki 20 hari. Ini termasuklah mewartakan Kampung Bokara sebagai perkampungan yang sah.

Dia menyifatkan parti Warisan dalam bahasa Bajau Simunul, sebagai parti “Tombongan”. Tombongan bermaksud kaki kelentong aka kaki penipu. Cakap tidak serupa bikin. Parti Warisan parti penipu. Lebih kurang begitulah maksud yang sebenar benarnya.

Sebelum itu dia menggambarkan pemimpin parti Warisan yang ada di kampungnya sebagai pengecut kerana tidak berani membawa isu yang mereka hadapi ke peringkat atasan. Justeru itu dia menyarankan agar lebih baik mereka memotong kemaluan sendiri. He!

Teringat admin tomahan sinis jentera parti, mereka suka cakap begini lebih baik kau potong kau punya lancau bagi makan anjing. Maksudnya memang kau tiada guna. Hahaha!

Oleh kerana itu jangan lagi ada yang terpedaya dengan sentimen ataupun propaganda yang ditiup oleh parti Warisan yang kononnya bangsa Bajau Suluk harus bersatu menyokong Warisan. Itu semua hanyalah penistaan dan pendustaan, buktinya tidak hanya seperti mana video ini tapi ketahuilah sejak parti Warisan menjadi kerajaan negeri yang hidup senang lenang hanyalah kroni dan kerabat mereka hingga ada yang disiasat oleh SPRM, LHDN dan dakwah di Mahkamah.

Pun begitu masih ada lagi di kalangan pemimpin dan jentera parti Warisan yang hari-hari berlagak budiman suci murni seolah olah tidak terpalit dengan sebarang salah guna kuasa, kononnya. Bikin malu saja.


Tidak ada yang desperado admin hanyalah menjelaskan apa yang telah dikatakan oleh anak jati Kampung Bokara berkenaan.

Yang namanya desperado bila kau takut pada bendera lawan, sampai kamu panggil Polis supaya bendera parti komponen Perikatan Nasional diturunkan. Alsebab itulah kekecohan tercetus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.