Tumbangkan Kerajaan Warisan – Hajiji

TUARAN: Mengambil alih Kerajaan Negeri menjadi misi utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah dan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, fokus utama BERSATU sekarang ialah Pilihanraya Umum Negeri (PRN) dan tanggungjawab itu amat besar sekali.

“Misi kita ialah untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah. Insha Allah, kita akan berjaya bersama-sama rakan-rakan komponen PN seperti PBS, STAR, UMNO/BN, PBRS dan SAPP.

“Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) mesti ditumbangkan dan dikalahkan kerana lebih 2 tahun pemerintahan mereka, keadaan ekonomi rakyat dan pentadbiran mereka amat mendukacitakan.

“Tidak ada halatuju yang jelas, tidak ada usaha untuk meningkat taraf hidup rakyat selain mengambil nama dengan projek-projek yang dilaksanakan dan dirancang oleh kerajaan terdahulu”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan BERSATU Bahagian Tuaran di Dewan Sri Sulaman, hari ini.

Hajiji yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, mengikut statistik pertumbuhan Keluaran dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah amat merosot pada tahun 2018 dan 2019.

Menurutnya, sebelum Warisan mengambil alih kerajaan KDNK berada pada paras 8.2% tetapi setelah mereka memerintah ianya jatuh kepada 0.5%.

“Ini bermakna tidak banyak aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Warisan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan peluang pekerjaan juga begitu sukar bagi rakyat dan mereka yang baru keluar dari institusi pengajian tinggi”, katanya.

Hajiji berkata kerana itulah BERSATU mahu mengambil alih kerajaan untuk menyelamatkan keadaan ini daripada berterusan.

“Kita akan beri keutamaan kepada kebajikan rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan dan yang tinggal di luar bandar.

“Sabah mempunyai potensi yang cukup besar dalam pelbagai bidang terutama dalam sektor Pertanian, Pelancongan dan sektor Perikanan jika diurus tadbir dengan baik.

“Kita melihat Kerajaan Negeri gagal dalam usaha seperti ini, mereka asyik memberi keutamaan hanya kepada penyokong tegar mereka dan juga sibuk melantik pegawai-pagawai yang tidak mempunyai merit memegang jawatan-jawatan penting di agensi-agensi kerajaan dan jabatan kerajaan”, tegas Hajiji

Beliau berkata, tentu ada sebab mengapa ramai Wakil Rakyat yang sebelum ini menyokong Warisan telah keluar, meninggalkan Warisan. Ada diantara mereka yang memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri.

Menurutnya, mereka sanggup keluar dari Warisan dan parti sekutunya, jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Kerajaan Warisan dan Shafie Apdal.

“Kita juga berharap rakan-rakan kita dari parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan UMNO dapat BERSATU HATI untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya kali ini dan mengambil alih tampuk Kerajaan Negeri daripada Parti Warisan dan sekutunya.

“Kita perlu memanfaatkan peluang keemasan ini, memandangkan Kerajaan Warisan telah berjaya ditumbangkan kurang daripada satu penggal menerajui Kerajaan Negeri.

“Kita tahu ramai rakyat negeri ini menyesal kerana telah memilih Warisan pada PRU lalu. Mereka kini mahukan perubahan dan mereka akan menolak Warisan dan parti sekutunya UPKO dan Pakatan Harapan (PH) Plus yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah”, tegasnya.

“Insha Allah, BERSATU akan menjadi pilihan masyarakat Bumiputera dan Pribumi Sabah kerana kita akan menawarkan satu identiti baru, politik baru, idea baru di masa depan yang baru jika kita diberi peluang untuk membentuk kerajaan pada pilihanraya akan datang,” tambah Hajiji

One Comment

  1. Annaariff1972 πŸŒΊπŸ˜€πŸπŸπŸPNPPBM M'sia πŸŒΊπŸ’―πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†— August 26, 2020 at 1:49 pm

    Buat yg terbaik utk kesejahteraan keseluruhan negeri dan rakyat Sabah khasnya..mereka mencemuh kita kononnya kacau ganggu.. Padahal bukan PNPPBM M’sia yg sergah mereka.. jiran tetangga kita.. Abg Hajiji.. minta damai dan reda akan 33 SD.. tiada keperluan menarik masa panjang sebab tidak bagus utk keselamatan negeri khususnya.. sebab Dun terbubar saksi byk melihat.. jadi utamakan keselamatan kepentingan rakyat Sabah terlebih dahulu.. mari kita semua berusaha bersama dlm proses PRN ini.. seharusnya kita bersyukur akibat gangguan musang yg berani.. kelam kabut si katek tu.. dari bertukarnya krjn persekutuan ke PNPPBM M’sia.. pekara paling wajar dilakukan tukar PH ke pembangkang dan ganti pula dari Umno.
    PNPPBM Sabah atau ada Pas.. ajaklah sekali.. Upko warisan boleh kekal.. CM pun boleh cadang semula si katek tu.. elok juga dia tak buat dan kekal PH yg dah loser..ehhhh sungguh anna dis’gor..ttg Ssbah anna tak tahu..ingat yea.. kita guna bendera msg msg.. ttg Umno BN pedulikan mereka.. ini pun ade something not good derr.. tak kisah lah.. PRN Sabah adalah langkah sulung anak cucu jejak kembali dan semua PPBM Sabah akan sah statusnya ahli parti.. kita tak perlu jadi Umno.. kita head of BN 🐝🐝🐝PPBM πŸŒΊπŸ’―πŸ‡²πŸ‡Ύ ..jgn lupa Ranau Abg Masidi Manjun stay safe at PNPPBM M’sia.. bersama anna dan PM8 TSMY kita jaga parti PPBM sesama kita.. terima kasih juga buat kawan blog ini.. 😊

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.