Mereka atau peguam responden yang mewakili bekas Ketua Menteri, Shafie dan Gabenor aka TYT tetap memperalatkan kuasa TYT hingga disamakan dengan kuasa Sultan. Sedangkan Sultan ada daulat atau berdaulat berbanding TYT, hanyalah orang biasa yang dilantik melalui kuasa politik.
Perbicaraan kali kedua yang berlangsung pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung semakan kehakiman terhadap keputusan bubar oleh mantan Ketua Menteri Shafie. Mendapati hakim memihak responden.
Tapi plantiff atau peguam yang mewakili 33 Adun akan mengemukakan rayuan hari ini juga kerana plaintif mendapati peguam responden telah menggunakan istilah kesetiaan kepada Raja atau Sultan yang tidak boleh dilewati sedangkan di Sabah yang ada hanyalah Gabenor yang dilantik.

Seperti yang admin tulis sebelum ini pihak responden hanya mampu menjual imuniti Gabenor atau TYT agar keputusan salah atau langkah salah yang diambil kerajaan Warisan dan TYT itu sendiri ketika membubarkan DUN tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Hanya Mampu Jual TYT Untuk Halalkan Bubar DUN
Untuk kesekian kalinya politik Warisan lempar batu sembunyi tangan. Tunggu saja di hari perhitungan.
Pada admin 33 Adun itu tidak kalah malah berada di pihak yang benar dan Insyaallah akan berakhir dengan kemenangan. Baik, sekiranya rayuan diterima atau nanti rakyat Sabah memberikan kemenangan melalui proses pilihan Raya Negeri.
Ternyata inilah antara hikmahnya kenapa Tuhan mentakdirkan Sabah tidak ada Sultan. Menggelakkan Sultan itu nanti diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi malangnya ada pula pihak cuba mengambil kerja Tuhan demi kuasa politik dan terbukti pihak yang tidak bertanggungjawab itu sememangnya wujud di tahun 2020.
- Laskar Warisan Menyamar Sebagai Setiausaha Politik Kepada KM Hajiji
- Team Zahid Kalah Pemilihan UMNO Johor Cetus Pergaduhan
- Bertumbuk Semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu
- Warisan Tidak Ikut PRN 6 Negeri Bersedialah Dengan Kehipokritan Mereka
- Perbezaan Kes Muhyiddin Dengan Najib, Zahid & Ku Nan
Musa Aman dan kumpulannya akan kalah di mahkamah dan pilihan raya negeri yang akan datang kerana dia dan gengnya khianati orang Sabah. Abang dia sendiri dah kata kepada Musa bahawa rakyat dah tolak BN dan Umno. BN dan Umno tak akan ujud lagi di Sabah. Zaman depa dah habis. Warisan akan kekal Selma lamanya. Rakyat Sabah mahu Warisan
LikeLike
Tan Sri Musa tidak lagi menyokong UMNO sepenuhnya.
LikeLike