Laporan Polis Dibuat Berhubung Dakwaan Terhadap KM Hajiji

Saya baru selesai membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing berhubung hantaran seorang pengguna Facebook yang pada pandangan saya mengandungi unsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Hantaran itu berkaitan surat yang ditularkan dan didakwa menunjukkan bahawa Ketua Menteri telah meluluskan permohonan seorang warga Pakistan untuk menetap secara tetap di Sabah.

Sejurus laporan Polis di atas saya telah dipanggil menghadap Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Saya membuat laporan itu supaya polis dapat menyiasat kesahihan  dakwaan yang disebarkan menerusi hantaran berkenaan. Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑