158 Bekas Ahli KDM Sertai Gagasan Rakyat, Tiga Cawangan Baharu Ditubuhkan di Matunggong

Aku kutip berita ini agar boleh ditunjukkan pada macai pembangkang sekiranya mendakwa kini masyarakat luar bandar memilih parti parti pembangkang. Jadi apa, kali ini insiden politik berlaku di Kota Marudu.

Seramai 158 bekas ahli Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Matunggong menyertai Gagasan Rakyat menerusi penubuhan tiga cawangan baharu di Kampung Terongkongan Darat, Kampung Minyak dan Kampung Tinutudan.

Penyertaan itu membabitkan 50 ahli dari Kampung Terongkongan Darat, 52 dari Kampung Minyak dan 56 dari Kampung Tinutudan. Keahlian mereka diterima Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kota Marudu, Sarapin Magana.

Menurut Sarapin, keputusan kumpulan berkenaan mencerminkan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, serta pentadbiran Kerajaan GRS.

Beliau berkata pengukuhan organisasi akar umbi penting, khususnya selepas calon GRS tewas dengan perbezaan tujuh undi di PDM Terongkongan dan satu undi di PDM Lajong pada pilihan raya negeri lalu.

Gagasan Rakyat Kota Marudu turut melaksanakan penstrukturan semula cawangan bagi memperkemas penyelarasan gerak kerja dan meningkatkan keberkesanan khidmat kepada masyarakat.

Sementara itu, wakil kumpulan bekas ahli KDM berkenaan berkata penyertaan mereka didorong keyakinan terhadap kemampuan Kerajaan Negeri melaksanakan pembangunan dan menyediakan bantuan. Menurutnya, masyarakat lebih mengutamakan pelaksanaan program serta hasil yang dapat dilihat berbanding janji politik semata-mata.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑