
Kerajaan Negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor berjaya memperkasa Mahkamah Anak Negeri (MAN) menerusi kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Anak Negeri 2026 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Julai lalu. Begini siginifikanya kenapa ia penting kada pribumi atau orang orang KDM.
Apabila timbul pertikaian tentang pelanggaran adat, keluarga yang terlibat perlu tahu di mana mereka boleh membawa kes dan bagaimana kes itu akan didengar. Di situlah pentingnya Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Anak Negeri 2026, yang diluluskan DUN Sabah pada 22 Julai lalu. Pembaharuan kerajaan negeri pimpinan GRS ini bertujuan memperjelas bidang kuasa mahkamah dan memperkemas tatacara pengendalian kes adat.
Bagi masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) serta komuniti anak negeri lain di Sabah, adat masih menjadi rujukan dalam urusan keluarga dan kehidupan bermasyarakat. Apabila berlaku pertikaian, bidang kuasa yang lebih jelas membantu penduduk mengetahui sama ada kes mereka boleh didengar di Mahkamah Anak Negeri. Mahkamah itu juga memberi ruang untuk sesuatu kes dinilai mengikut adat komuniti yang berkenaan.
Nilai pembaharuan ini akhirnya dapat dilihat apabila orang kampung yang berdepan pertikaian adat tahu ke mana hendak pergi, faham prosesnya dan dapat didengar dengan adil.





















Leave a Reply