Bekas pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Kenny Chua menafikan sekeras-kerasnya kenyataan mantan ketua menteri Sabah Shafie yang mendakwa pengambilalihan SESB terganggu selepas Perikatan Nasional mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Walaupun kononnya kerajaan Sabah telah berunding dengan Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar.
Menurut Kenny Chua Kenyataan Shafie itu hanyalah retorik semata-mata bagi menutup kegagalan kerajaan negeri Warisan yang hanya mampu bertahan setengah penggal selepas tidak lagi mendapat sokongan daripada Adun Sabah.
Hakikatnya menurut Kenny Chua pengambilalihan boleh berlaku sekiranya kerajaan negeri Warisan mengendalikan rundingan dengan bersungguh-sungguh, baik dan lancar.
Malah menurut Kenny Chua ruang untuk meneruskan perundingan masih ada semasa Shafie menghadiri mesyuarat kabinet yang terakhir.
Maksudnya tidak ada alasan kenapa proses pengambilalihan SESB tidak menjadi kenyataan kerana ruang sentiasa terbuka dan pihak yang berkaitan sentiasa bersedia untuk berbincang.
Sebenarnya kan selain kerana pentadbiran Warisan pada waktu itu yang lembab, tidak konsisten terhadap sesuatu perkara. Ada lagi hal yang lebih besar yang tidak boleh atau tidak mampu ditanggung oleh kerajaan Warisan iaitu faktor kewangan.
Walhal kalau dikira ke mana wang kerajaan negeri yang dijana melalui sektor pelancongan, perladangan, kayu balak dan yang paling penting dan besar ke mana perginya bayaran royalti minyak 5% yang telah dibayar oleh kerajaan persekutuan, kenapa wang sebanyak itu tidak digunakan untuk mengambil alih SESB.
Kerajaan Persekutuan telah membayar royalti lima persen bagi tahun 2018 dan 2019 sebanyak RM3.2 bilion.
Klik links ini Kemana Royalti RM3.2 bilion Dibelanjakan Oleh Warisan
Menurut lagi Kenny Chua tidak mungkin Tenaga Nasional Berhad TNB tidak melepaskan SESB sekiranya anda boleh menyelesaikan perkara itu atau jika anda memenuhi syaratnya.
Dalam pada itu Kenny Chua menzahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pentadbiran kerajaan negeri pada waktu hingga memaksa beliau meninggalkan kerajaan negeri Warisan. Di mana kerajaan negeri Warisan yang diketuai oleh Shafie Apdal tidak konsisten dalam membuat keputusan. Flip Flop.
Seperti juga yang kita tahu dari awal kerajaan negeri Warisan terbentuk mereka hanya mampu menjanjikan projek yang berbilion-bilion yang dapat kononnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Tetapi sehingga hari ini tiada satu pun projek yang diumumkan menjadi Kenyataan.
Untuk makluman ketika ura ura kerajaan negeri ingin mengambil alih SESB daripada TNB. Ramai kakitangan SESB Sabah pada ketika itu risau dan bimbang dengan masa depan mereka, sekiranya SESB berjaya diambil oleh kerajaan negeri Warisan. Maksudnya orang Sabah sendiri tidak suka atau tidak yakin kemampuan Shafie Apdal selaku ketua menteri.
Admin sendiri awal-awal lagi bersikap prejudis terhadap cadangan mengambil SESB, baca links dibawah yang admin tulis pada 15 November 2018. Admin akhiri entri itu dengan catatan just mark my words. Membuktikan apa yang admin tulis adalah persepsi yang terbukti benar. 💪
Betulkah SESB dan Konsesi Air Diambil Sepenuhnya Oleh Kerajaan Warisan
Tinggalkan Jawapan