Warisan Halang Menteri KDN Memasuki Sabah. Giler!

Kenapa perangai wakil rakyat Warisan semakin teruk ni.

Menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan negeri Sabah dari ancaman pihak luar. Boleh pula pemimpin Warisan mengesyorkan supaya dilarang dari memasuki Sabah. Sudah gila kah apa ni?

Sebelum ini Aziz Jamman mendakwa Menteri KDN telah kononnya berbohong dan memfitnah dengan mendakwa kerajaan Warisan ada mengeluarkan dokumen kepada pendatang asing tanpa izin.

Si Aziz juga mendakwa Menteri KDN berkenaan telah mencetuskan ketegangan kaum.

Apa punya mangkuk lah wakil rakyat seorang ni. Ketegangan kaum macam mana pula ni, kenapa pula seorang Menteri KDN boleh mencetuskan ketegangan kaum?

Sebaliknya kerana kenyataan wakil rakyat daripada Sepanggar itu yang menyebabkan ramai penyokong Parti Warisan yang lupa diri balik ke propaganda asal, seolah-olah Sabah ini mereka punya. Bukankah ia boleh mencetuskan ketegangan kaum. Walhal dikalangan penyokong Warisan itu yang boleh dihalau dari bumi Sabah. Moron!. Nampak benar permainan Warisan taktik yang tidak kesampaian. Hahaha!

Helo wakil rakyat Sepanggar serta kepimpinan Warisan. Biasalah dalam politik dakwa mendakwa dan ia sudah menjadi tanggungjawab pihak yang didakwa untuk menjelaskan kepada umum cerita yang sebenarnya.

Tidak seperti kerajaan Warisan sebelum ini jika ada pihak yang mendakwa atau mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri atau mana-mana menteri  kerajaan Warisan pada waktu itu, maka macai akan dikerah supaya tampil membuat laporan Polis.

Punyalah tidak sedar diri walhal kerajaan Warisan dibentuk melalui persekongkolan pihak yang mereka musuhi semasa PRU14. Macam sekumpulan cicak yang baru merasa nasi sejuk. Padan tidak semena-mena menjadi kerajaan setengah penggal.

Dasar jentera besi buruk, orang lain yang berjuang bersama Warisan, orang lain pula yang berusaha keras “mencuri” untuk mengayakan diri. Inilah yang berlaku dalam kerajaan Warisan, sebab itulah tidak panjang. Kerajaan Warisan adalah kerajaan yang dipenuhi oleh keringat yang tidak berbalas.

Admin boleh membuktikan dakwaan Menteri KDN berkenaan. Walaupun bukti yang akan dikemukakan agak sukar untuk dibuktikan kesahihannya, sama ada kerajaan Warisan ada terlibat secara langsung atau tidak. Tapi yang jelas memang ada usaha dan gerakan ke arah itu. Kita tidak menolak mungkin ini adalah kerja penyokong Warisan yang cuba mengambil kesempatan atau boleh saja sememangnya ia adalah kerja orang dalam yang berusaha memanfaatkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri pada waktu itu. Siapa tahu kan? Ialah sedangkan seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya inikan setakat dokumentasi.

Satu lagi bukan kah kerajaan negeri Sabah ada autoriti atau hak imigresen. Siapa tahu kerajaan negeri cuba menggunakan kelebihan ini dengan mengeluarkan dokumen keterangan diri kepada kumpulan sasar. Siapa tahu kan.

Kita sedar kenapa hari ini mereka agak lantang, mereka lantang kerana sebelum ini mereka gagal menunaikan janji mereka pada keturunan Bajau Suluk dan Bugis. Sebaliknya kumpulan bangsa ini dijadikan kambing hitam dalam usaha mengekalkan atau menarik sokongan KDMR.

Tengok saja PSS pun ditolak oleh masyarakat sasar mereka.

Sebaliknya Menteri KDN ini yang melihat penyelesaian lambakan pendatang asing tanpa izin di Sabah dari sudut kemanusiaan. Tapi cuba dihalang oleh parti Warisan. Apa punya busuk.

Selain polemik berhubung dokumentasi yang masyarakat Sabah nampak sepanjang Warisan menjadi kerajaan negeri ialah siasatan dan pendakwaan terhadap wakil rakyat dari parti Warisan setelah disyaki telah menyeleweng dana rakyat.

3 Comments

  1. Dulu sudah ada projek ic d sabah d bawah arahan Laknatullah Mahathir..Sekarang pon boleh lagi jadi,sebab Pie Bedal dan Mahathir sama saja,kayakan diri serta keluarga,kayakan kroni,diktator,rasuah n salah guna kuasa,dan apa lagi..
    Nak tanya satu jer,apa ciri2 Mahathir yang tak ada Pie Bedal..99.8% ada kesamaan dua sosok ni sebagai makhluk perosak alam kita..

    Like

    Reply

  2. Aku rasa tidak ada pun ketegangan kaum. Mingkin Aziz takut KDN masuk Sabah buat arahan pemeriksaan IC. Jadi itu yang Dia takut. Kalau benar kerajaan warisan telus apa perlu ditakutkan.

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.