
Difahamkan Tan Sri Musa Aman bersama Adun Gabungan seramai 32 Adun akan membawa kes pembubaran Dewan Negeri Sabah ke Mahkamah esok pagi.
Kesemua 33 Adun berkenaan telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Tun Juhar Mahirudin yang telah membubarkan DUN pada 30hb Julai 2020.
Pada 30 Julai Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal setelah mendapat kebenaran daripada TYT.
Permohonan tersebut telah difailkan oleh firma guaman Ahmad and Cooperation pada Isnin lalu dan dijangka akan didengar pagi esok oleh Hakim Mahkamah Tinggi oleh Leonard Chin.
Peguam yang mewakili gabungan akan berhujah tentang TYT yang tidak sepatutnya membubarkan DUN selaras dengan artikel 21 (2) Perlembagaan Sabah dan juga artikel 7(1) di mana seorang Ketua Menteri telah kehilangan sokongan majoriti.
Pagi tadi pihak Istana Negeri Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menerima 33 akuan bersumpah yang didakwa oleh Tan Sri Musa Aman.
Klik links dibawah
- Warisan Kudat Penafian Tidak Memadam Pengunduran, Ingat 23 Calon Hilang DepositPenafian Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua Jr, terhadap dakwaan lebih 2,000 ahli meninggalkan parti di Kudat hanyalah retorik politik semata mata bagi mengawal kerosakan yang dihadapi oleh parti… Continue Reading →
- KM: Sabah Peruntuk RM2.3 juta Perkukuh Usaha Pencegahan DadahBEAUFORT: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.3 juta tahun ini bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah menerusi peluasan Program TEKAD Sektor Awam dan pemerkasaan SKUAD Antidadah, sebagai komitmen berterusan membendung ancaman penyalahgunaan… Continue Reading →
- Pemaju Digesa Fokus Tiga Keutamaan Dalam Perancangan Pembangunan Masa DepanKOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa pemaju perumahan dan hartanah di Sabah supaya memberi tumpuan kepada tiga keutamaan dalam perancangan pembangunan masa depan… Continue Reading →
- Curi Karan di Semporna Janganย Salahkan Orang Kampung Bodoh Tapi Mana Tanggungjawab ShafieSemporna dilaporkan merekodkan kadar kecurian elektrik tertinggi di Sabah, iaitu 32 peratus. Keadaan ini bukan sekadar menyebabkan kehilangan hasil kepada Sabah Electricity, tetapi turut menjejaskan kestabilan bekalan kepada pengguna… Continue Reading →
- Bersuara dari Australia, Merayu Indonesia, Rakyat Sabah KelucuanSebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu yang memperkenalkan diri sebagai orang Sabah telah menarik perhatian. Dalam video tersebut, mereka mendakwa mahu memperjuangkan kemerdekaan Sabah daripada Malaysia, malah dilaporkan meminta… Continue Reading →





















Leave a Reply