Selepas Penduduk Pondo ‘Kibarkan’ MyKad Beramai-ramai, Apa Bantuan Konkrit Junz Wong?

Pada 22 November, berita memaparkan penduduk Kampung Pondo, Pulau Gaya, mengangkat MyKad untuk menegaskan bahawa mereka warganegara Malaysia. Di sebalik gambar itu, ada dua kebimbangan yang penduduk sudah suarakan. Anak-anak mereka sedang menghadapi SPM dan keluarga nelayan bimbang di pindahkan ke Telipok

ADUN Tanjung Aru, Junz Wong  meminta DBKK memberi lebih masa kepada penduduk untuk mencari tempat tinggal dan mengurus persekolahan anak-anak. Notis DBKK bertarikh 16 November menetapkan 30 November sebagai tarikh akhir untuk mengosongkan kawasan terlibat. Pada 23 November, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri sedia mempertimbangkan penangguhan bagi mengambil kira pelajar yang menduduki SPM.

Soalan saya kepada Junz dan Jentera Warisan. Kalau keluarga ini kelak  dipindahkan, apa bantuan yang kamu akan usahakan? Adakah pejabat ADUN akan membantu mereka mendapatkan tempat tinggal atau mencari penempatan yang membolehkan nelayan terus bekerja? rasanya penduduk terbabit ingin tahu memandangkan mereka sanggup mengangkat Mykad beramai ramai bersama Yb Yb Warisan dan Ketua Wira, kiranya mereka benar benar menyokong Warisan dan menuntut pembelaan total dari pihak Warisan.

Jangan ibarat menikam dari belakang. Di depan bermuka muka agar undi tidak bertukar, di belakang seronok visi berjaya, tiada lagi Bajau Suluk berhampiran Kota Kinabalu maka bergembiralah Cina Cina Warisan. Yang kesian Bajau Suluk Pulau Gaya terus dianggap bodoh dan kurang berakal, walaupun dalam situasi yang kritikal, yang sepatutnya bertindak lebih matang menunjukkan sokongan pada pemerintah. Tapi apa boleh buat namanya berakal cetek, mudah dimanipulasi.

Warisan juga perlu menjelaskan pendiriannya. Jun lalu, ADUN Likas, Tham Yun Fook, menggesa tindakan tegas terhadap penempatan tanpa kebenaran di belakang Kingfisher Sulaman dan Likas Square. Dalam kedua-dua kes, apakah langkah yang Warisan mahu DBKK ambil untuk memastikan keluarga terjejas ada tempat tinggal sebelum diminta berpindah. Jangan sudah ada notis baru sibuk jadi hero komunis.

Leave a Reply

Proudly powered by WordPress | Theme: Baskerville 2 by Anders Noren.

Up ↑