
Memanglah pihak Istana tidak atau belum menerima dokumen akuan bersumpah sebab kumpulan Tan Sri Musa Aman tidak dibenarkan menghadap TYT.
Tapi betulkah Istana belum menerima surat akuan bersumpah berkenaan. Bagaimana pula dengan kenyataan akhbar dibawah.
Secara logiknya kalau sokongan ADUN terhadap Musa Aman berada diluar pengetahuan Shafie Apdal. Jadi kenapa tiba-tiba DUN dibubarkan?
Realistik kalau sokongan terhadap Musa Aman berada diluar pengetahuan Istana. Jadi kenapa TYT membenarkan Shafie membubarkan DUN?
Adakah semasa Shafie memohon atau menasihati TYT supaya membubarkan DUN. Shafie tidak memberikan alasan yang kukuh serta bukti, jumlah sokongan ADUN yang dia masih ada?
Come on, janganlah beranggapan masyarakat Sabah ini terlalu bodoh hingga tidak mampu menilai hal sekecil ini. Allahu Akbar.
Admin tidak pasti situasi mana yang dirujuk oleh Adun Junz Wong menerusi tweetnya, seperti dibawah. Adakah tweet ini merujuk pada konspirasi terancang diantara kepimpinan Warisan dan pihak tertentu dalam Istana Negeri sebab itulah boleh secara tiba-tiba DUN dibubarkan oleh Shafie? Tweet ini bertarikh 14hb June 2020 beberapa minggu sebelum DUN dibubarkan.

Ironisnya team Musa Aman berkumpul dan mengadakan sidang media pada 29hb Julai 2020 iaitu sehari sebelum DUN dibubarkan oleh Shafie Apdal. Itu menunjukkan Shafie terkedu terdesak hingga memaksa DUN dibubarkan tanpa mempedulikan lagi perlembagaan negeri dan protokol Istana. Tidak timbul persoalan Istana belum atau tidak menerima dokumen akaun bersumpah itu hanyalah alasan semata-mata.
Yang pasti pembubaran DUN Sabah dibawah kepimpinan Warisan tidak mengikut protokol Istana dan perlembagaan kerajaan negeri. Titik!
Pihak yang menyokong Perikatan Nasional harus membuat penafian ini. Ini kerana penyokong Warisan sedang mencanang kononnya 33 akaun bersumpah itu sebenarnya tidak wujud pada hari DUN dibubarkan. (Lebih kurang begitulah). Seolah-olah Perikatan Nasional ini pembohong.
Didalam mencari kebenaran kita ataupun masyarakat tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak. Nanti lain pula yang timbul iaitu ketidakamanan.
- Tun Musa Ke Dubai Atas Urusan Peribadi Adalah Tidak Benar
𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐀 𝐊𝐄 𝐃𝐔𝐁𝐀𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐁𝐀𝐃𝐈 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑; 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐔𝐏𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 KOTA KINABALU, 21 Julai 2026 – Dakwaan yang tular di media sosial kononnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman,… Continue Reading →
- (no title)Jangan tidak percaya
- RM90 Juta Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Cina, Mubaligh Dan Badan Keagamaan Bukan Islam Di Sabah
SANDAKAN: Program bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina, sekolah mubaligh dan badan-badan keagamaan bukan Islam di Sabah telah meningkat lebih 100 peratus daripada RM43 juta pada tahun 2020 kepada RM90 juta tahun ini. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata sejak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberi mandat mentadbir negeri ini pada… Continue Reading →
- Ketua Menteri Hajiji Arah Pemantauan Rapi Situasi Banjir Di Tawau
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan Pusat Kawalan Bencana Negeri supaya memantau dengan rapi situasi banjir di Tawau yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan banjir yang melanda banyak kawasan di daerah itu sejak Jumaat (24 Julai). “Semua agensi berkaitan telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Saya mahu mereka bersiap… Continue Reading →
- JOM MALAYSIA Pacu Produk Sabah Ke Pasaran Global
SANDAKAN: Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa, selaras dengan aspirasi “local to global” yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata aspirasi yang dibawa menerusi JOM… Continue Reading →






















Bila kuasa diserahkan kepada orang orang jahat dan rakus tunggulah kebinasaannya.
Rakyat Sabah 110% setuju Dengan pembubaran dun Sabah. Supaya katak2 yg melompat, tidak lagi berkuasa. Katak2 yg melompat semua cuma mementingkan diri mereka sendiri, Dan bukan hendak menyelesaikan masalah rakyat Sabah yg dlm kesusahan. Move on.
Musa Aman ni rakus kuasa. Berapa panggal dia berkuasa disabah jadi cm. Bagilah pada yg lain janganlah di sogok dengan wang ringgit agar yb melompat mengikut kehendak kerakusan kuasa
Tidur….
Allah Maha Mengetahui siapa bemar dan siapa salah.. Klu bukan di dunia, di akhirat kelak akan di tanya nnt…Jawablah nnt depan Allah pemimpin dan anggota mu yang mana banyak susahkan rakyat…Yang menipu dan yang bersekongkol dengannya akan turut merasai balasannya.. In Sha Allah…
Pembubaran DUN Sabah adalah sah dibawah perlembagaan negeri Sabah. Titik!
Setuju,!