Sesiapa yang mengikuti blog ini mereka telah mendapat gambaran kenapa pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu sebenarnya tidak sah dan sepatutnya Tan Sri Musa telah mendapat balik jawatan Ketua Menteri.
Seperti beberapa links dibawah.
Musa Ada Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan
Kenyataan Musa Rentetan Shafie Bubar DUN
Sepatutnya Shafie Mendaulatkan TYT
Ada beberapa sebab diantaranya Tan Sri Musa Aman tidak dipanggil menghadap TYT bagi mendapatkan maklum balas sebelum membenarkan Shafie Apdal bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Dalam pada itu hanya Speaker Dewan Undangan Negeri atau pihak Istana yang boleh mengumumkan pembubaran. Kurang itu pengumuman yang dibuat Shafie berlaku di bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Benar-benar tidak mengikut protokol dan yang lebih penting tidak mendaulatkan keberadaan TYT.
Petang tadi mengikut sumber dari portal berita, walaupun berita itu merujuk isu terdahulu iaitu pelantikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri tetapi ia memberi kesan kepada kesahihan pembubaran Dun pada 30 Julai lalu.
Bahawa pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkenaan mungkin tidak sah dan terbatal. Sebenarnya bukan lagi mungkin tapi memang tidak sah pun.
Ini kerana menurut sumber itu Tuan Yang Terutama TYT tidak mengikut perlembagaan negeri dan tidak menggunakan budi bicaranya apabila hanya memerlukan dua hari untuk menukar ketua menteri ataupun melantik Shafie sebagai ketua menteri pada 12hb Mei 2018.
Maksudnya jika sekiranya Mahkamah Persekutuan mendapati pelantikan Shafie Apdal sebagai ketua menteri tidak sah maka secara automatik pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan Shafie Apdal pada 30 Julai lalu adalah juga tidak sah.
Mahkamah Persekutuan dijangka bersidang pada 24 Ogos ini bagi mendengar rayuan Tan Sri Musa Aman bahawa beliau adalah Ketua Menteri yang sah sebelum di kudita oleh Presiden Warisan Shafie Apdal pada 30 Julai 2018.
Ternyata ada banyak sebab yang boleh membatalkan pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan oleh Shafie Apdal.
Kalau sekiranya keputusan pada 24 Ogos tidak memihak Tan Sri Musa. Maka ada beberapa lagi kesalahan Shafie yang boleh dibuat semakan di Mahkamah berkaitan proses pembubaran itu sendiri yang tidak mengikut perlembagaan negeri Sabah.
Hari ini saja seperti mana dalam laporan berita yang berasingan. Seorang peguam dan dua wanita ahli perniagaan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap perisytiharan oleh “Yang Dipertua Negeri” yang telah membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.
Alasan yang dikemukakan kerana faktor pendemik Covid 19 dan menunggu keputusan mahkamah persekutuan seperti mana keterangan di atas.
Mereka juga memohon semakan keatas pengerusi SPR agar mengabaikan Pilihan Raya Kecil PRN selagi peraturan PKP tidak ditarik balik.
- Tun Musa Ke Dubai Atas Urusan Peribadi Adalah Tidak Benar
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐; ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ KOTA KINABALU, 21 Julai 2026 – Dakwaan yang tular di media sosial kononnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman,… Continue Reading →
- (no title)Jangan tidak percaya
- RM90 Juta Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Cina, Mubaligh Dan Badan Keagamaan Bukan Islam Di Sabah
SANDAKAN: Program bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina, sekolah mubaligh dan badan-badan keagamaan bukan Islam di Sabah telah meningkat lebih 100 peratus daripada RM43 juta pada tahun 2020 kepada RM90 juta tahun ini. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata sejak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberi mandat mentadbir negeri ini pada… Continue Reading →
- Ketua Menteri Hajiji Arah Pemantauan Rapi Situasi Banjir Di Tawau
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan Pusat Kawalan Bencana Negeri supaya memantau dengan rapi situasi banjir di Tawau yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan banjir yang melanda banyak kawasan di daerah itu sejak Jumaat (24 Julai). “Semua agensi berkaitan telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Saya mahu mereka bersiap… Continue Reading →
- JOM MALAYSIA Pacu Produk Sabah Ke Pasaran Global
SANDAKAN: Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa, selaras dengan aspirasi “local to global” yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata aspirasi yang dibawa menerusi JOM… Continue Reading →























None Issue, now.
Dua-dua pihak buat salah. Jadi, biarkan.RAKYAT SABAH tentukan nasib mereka.
Jangan halang PRK. Konon kamu tak bersalah tapi proses membubar DUN yang salah, hanylah ALASAN.
Saya berpegang kpd prinsip “Berani kerana benar”.
Jadi Musa Aman kena tunjuk keberaniannya kpd Rakyat Sabah. Biar mereka tentukan nasib mereka.
Bukan keduanya yang bersalah tetapi satu pihak harus dipertanggungjawabkan iaitu Warisan yang telah merosakkan proses demokrasi.
Kalau mahu membuktikan sama ada Warisan masih diterima atau tidak. Serahkan jawatan ketua menteri tu dan tunggulah DUN dibubarkan bila habis tempoh.
Sah, katak memang dibayar untuk melompat.
Musa Aman sudah gelabah. Jadi, dia tak mahu PRK sebab takut kalah.
Kalau kalah SPRM akan siasat semua pengaliran duit yg masuk ke akaun katak.
Kamu Jalinluin, tak perlu mempertahankan usaha Musa Aman ke mahkamah untuk halang PRK. Tindakan Musa ini sendiri membuktikan memang katak dibayar……… ๐
Kahkahkah…. Musa sudah kena checkmate dgn Muhyiddin. Sebab tu umno jgn ugut-ugut Muhyiddin. He is not new in this game of throne.
Satu hal yang kamu perlu tahu ialah Warisan tidak menang di PRU 14 yang lepas. Kerajaan Warisan terbentuk daripada apa yang kau panggil enam katak.
So tidak ada isu kenapa perlu team Musa perlu takut pada Warisan. Apa lagi selepas kegagalan demi kegagalan semenjak Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah. Hahaha
Hakikatnya yang takut berhadapan dengan siasatan SPRM dan Mahkamah ialah Wakil wakil rakyat Warisan, peguam dan kakitangan kementerian. Mereka ini tidak boleh tidur malam. Haha
Sedangkan Musa Aman telahpun terlepas dari semua tuduhan atau didapati tidak bersalah.
Pokoknya, Shafiee yg mintak Tuan Yang DiPertua bubar DUN Sabah dan Musa Aman yg ke mahkamah, mintak pembubaran ini, dibatalkan. Ini fakta.
Dua-dua pihak tubuh kerajaan menggunakan KATAK. Fair and square.
Jika Musa Aman bersih dan Warisan gagal membantu rakyat seperti yg kamu dakwa, elok biar Prk ini yg tentukan. Jangan lagi dua-dua pihak bergantung nyawa kpd KATAK.
Dia minta tapi prosesnya tidak betul, itu yang menjadi pertikaian masyarakat Sabah.
Dalam Islam sendiri sudah memberikan panduan, balaslah kejahatan seperti yang dia lakukan sebelum itu. Bukan pula bererti berdendam tapi ia hanyalah kebetulan. Kebetulan pula pihak Warisan yang salah dan yang memulakan.
Isunya kenapa mereka buat boleh orang lain tidak boleh.