Polemik Jawapan PM Terhadap Isu PSS

Hari ini pemimpin jentera Warisan telah memviralkan surat jawapan balas terhadap soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Tenom (DAPWarisan) berkenaan PSS yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebelum ini tapi akhirnya dibatalkan.

Tujuan mereka supaya jawapan atau penjelasan mereka sebelum ini berkaitan PSS akan dianggap benar oleh masyarakat Sabah tetapi mereka lupa pada satu faktor utama yang menyebabkan PSS dibatalkan.

Mereka yang perkenalkan mereka juga yang batalkan, pelik bukan. Kerja orang yang kuat bermuslihat sanggup mengkambing hitamkan orang lain, begitulah.

Jadi mari kita jelaskan.

Sememangnya pun dokumen PSS adalah jalan penyelesaian kepada lambakkan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah namun telah dibatalkan.

Timbul persoalan kenapa dibatalkan?

Ini jawapannya, kerana PSS tidak mengklasifikasikan pemohon. Sepatutnya hanya pemegang IMM13, Banci dan Burung-Burung yang layak memohon dokumen PSS tetapi maklumat yang tersebar dan akan dilakukan oleh kerajaan negeri Warisan ialah yang langsung tiada keterangan diri pun (Pendatang Asing Tanpa Izin PATI) boleh memohon PSS. Sebab itulah program PSS ditentang oleh masyarakat Sabah dan menjadi modal calon BN PRK Kimanis hingga akhirnya dibatalkan.

Ironinya PSS ini tidak hanya ditentang oleh masyarakat tempatan tetapi juga oleh pemegang dokumen IMM13 itu sendiri.

Fahamkan yang dimaksudkan dengan pendatang asing tanpa izin atau PATI ialah mereka yang langsung tidak ada keterangan diri atau tanpa keterangan diri. Kumpulan ini yang dikehendaki supaya meninggalkan negeri Sabah.

Persoalan yang sepatutnya dijawab oleh kerajaan negeri atau pemimpin Parti Warisan sejak daripada dulu ialah kalau benar PSS itu baik untuk negeri dan masyarakat Sabah kenapa dibatalkan?

PSS ini diperkenalkan oleh Parti Warisan Sabah bukannya Federal. Federal pada ketika itu hanyalah memenuhi kehendak kerajaan negeri. Pokoknya PSS adalah perancangan kerajaan Warisan alsebab itulah Timbalan Menteri dalam negeri datang daripada wakil rakyat Parti Warisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.