Bubar DUN Tidak Sah Tunggu Keputusan Mahkamah

Sesiapa yang mengikuti blog ini mereka telah mendapat gambaran kenapa pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu sebenarnya tidak sah dan sepatutnya Tan Sri Musa telah mendapat balik jawatan Ketua Menteri.

Seperti beberapa links dibawah.

Musa Ada Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan

Warisan Minta DUN Dibubarkan

Kenyataan Musa Rentetan Shafie Bubar DUN

Surat Terbuka Kepada TYT

Sepatutnya Shafie Mendaulatkan TYT

Ada beberapa sebab diantaranya Tan Sri  Musa Aman tidak dipanggil menghadap TYT bagi mendapatkan maklum balas sebelum membenarkan Shafie Apdal bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu hanya Speaker Dewan Undangan Negeri atau pihak Istana yang boleh mengumumkan pembubaran. Kurang itu pengumuman yang dibuat Shafie berlaku di bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Benar-benar tidak mengikut protokol dan yang lebih penting tidak mendaulatkan keberadaan TYT.

Petang tadi mengikut sumber dari portal berita, walaupun berita itu merujuk isu terdahulu iaitu pelantikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri tetapi ia memberi kesan kepada kesahihan pembubaran Dun pada 30 Julai lalu.

Bahawa pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkenaan mungkin tidak sah dan terbatal. Sebenarnya bukan lagi mungkin tapi memang tidak sah pun.

Ini kerana menurut sumber itu Tuan Yang Terutama TYT tidak mengikut perlembagaan negeri dan tidak menggunakan budi bicaranya apabila hanya memerlukan dua hari untuk menukar ketua menteri ataupun melantik Shafie sebagai ketua menteri pada 12hb Mei 2018.

Maksudnya jika sekiranya Mahkamah Persekutuan mendapati pelantikan Shafie Apdal sebagai ketua menteri tidak sah maka secara automatik pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan Shafie Apdal pada 30 Julai lalu adalah juga tidak sah.

Mahkamah Persekutuan dijangka bersidang pada 24 Ogos ini bagi mendengar rayuan Tan Sri Musa Aman bahawa beliau adalah Ketua Menteri yang sah sebelum di kudita oleh Presiden Warisan Shafie Apdal pada 30 Julai 2018.

Ternyata ada banyak sebab yang boleh membatalkan pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan oleh Shafie Apdal.

Kalau sekiranya keputusan pada 24 Ogos tidak memihak Tan Sri Musa. Maka ada beberapa lagi kesalahan Shafie yang boleh dibuat semakan di Mahkamah berkaitan proses pembubaran itu sendiri yang tidak mengikut perlembagaan negeri Sabah.

Hari ini saja seperti mana dalam laporan berita yang berasingan. Seorang peguam dan dua wanita ahli perniagaan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap perisytiharan oleh “Yang Dipertua Negeri” yang telah membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Alasan yang dikemukakan kerana faktor pendemik Covid 19 dan menunggu keputusan mahkamah persekutuan seperti mana keterangan di atas.

Mereka juga memohon semakan keatas pengerusi SPR agar mengabaikan Pilihan Raya Kecil PRN selagi peraturan PKP tidak ditarik balik.


6 comments

  1. None Issue, now.
    Dua-dua pihak buat salah. Jadi, biarkan.RAKYAT SABAH tentukan nasib mereka.

    Jangan halang PRK. Konon kamu tak bersalah tapi proses membubar DUN yang salah, hanylah ALASAN.

    Saya berpegang kpd prinsip “Berani kerana benar”.

    Jadi Musa Aman kena tunjuk keberaniannya kpd Rakyat Sabah. Biar mereka tentukan nasib mereka.

    Like

    1. Bukan keduanya yang bersalah tetapi satu pihak harus dipertanggungjawabkan iaitu Warisan yang telah merosakkan proses demokrasi.

      Kalau mahu membuktikan sama ada Warisan masih diterima atau tidak. Serahkan jawatan ketua menteri tu dan tunggulah DUN dibubarkan bila habis tempoh.

      Like

  2. Sah, katak memang dibayar untuk melompat.

    Musa Aman sudah gelabah. Jadi, dia tak mahu PRK sebab takut kalah.

    Kalau kalah SPRM akan siasat semua pengaliran duit yg masuk ke akaun katak.

    Kamu Jalinluin, tak perlu mempertahankan usaha Musa Aman ke mahkamah untuk halang PRK. Tindakan Musa ini sendiri membuktikan memang katak dibayar……… 😊

    Kahkahkah…. Musa sudah kena checkmate dgn Muhyiddin. Sebab tu umno jgn ugut-ugut Muhyiddin. He is not new in this game of throne.

    Like

    1. Satu hal yang kamu perlu tahu ialah Warisan tidak menang di PRU 14 yang lepas. Kerajaan Warisan terbentuk daripada apa yang kau panggil enam katak.

      So tidak ada isu kenapa perlu team Musa perlu takut pada Warisan. Apa lagi selepas kegagalan demi kegagalan semenjak Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah. Hahaha

      Hakikatnya yang takut berhadapan dengan siasatan SPRM dan Mahkamah ialah Wakil wakil rakyat Warisan, peguam dan kakitangan kementerian. Mereka ini tidak boleh tidur malam. Haha

      Sedangkan Musa Aman telahpun terlepas dari semua tuduhan atau didapati tidak bersalah.

      Like

      1. Pokoknya, Shafiee yg mintak Tuan Yang DiPertua bubar DUN Sabah dan Musa Aman yg ke mahkamah, mintak pembubaran ini, dibatalkan. Ini fakta.

        Dua-dua pihak tubuh kerajaan menggunakan KATAK. Fair and square.

        Jika Musa Aman bersih dan Warisan gagal membantu rakyat seperti yg kamu dakwa, elok biar Prk ini yg tentukan. Jangan lagi dua-dua pihak bergantung nyawa kpd KATAK.

        Like

        1. Dia minta tapi prosesnya tidak betul, itu yang menjadi pertikaian masyarakat Sabah.

          Dalam Islam sendiri sudah memberikan panduan, balaslah kejahatan seperti yang dia lakukan sebelum itu. Bukan pula bererti berdendam tapi ia hanyalah kebetulan. Kebetulan pula pihak Warisan yang salah dan yang memulakan.

          Isunya kenapa mereka buat boleh orang lain tidak boleh.

          Like

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: