Suka admin mengongsi tulisan dari seorang pengguna Facebook yang menamakan dirinya sebagai Original Sabahan. Tulisannya ini agak kritikal terhadap TYT negeri Sabah berhubung persoalan kenapa membenarkan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal membubarkan DUN tanpa alasan yang munasabah apa lagi Ketua Menteri Sabah tidak ada hak berbuat demikian.
Surat terbuka kepada TYT Sabah ,
Saya terpanggil menulis surat ini kepada TYT Sabah yang mungkin pada ketika ini berada pada kerusi yang empuk dan istana yang mewah. Banyak yang saya mau tanya tapi tidak tahu mahu bagi siapa: jadi saya harap surat ini sampai kepada TYT Sabah tercinta.
1) Kenapa membubarkan dewan di ketika COVID19 belum selesai dan belum ada vaksinnya?
2) Kenapa minta pandangan rakyat sedangkan perkara yang sama pernah berlaku?
3) Kenapa dulu boleh izinkan DSSA angkat sumpah dengan jumlah majoriti yang sama dan sekarang tidak boleh ?
4) Kenapa dulu boleh belakangkan TSMA walaupun dia tidak meletak jawatan tetapi sekarang tidak?; malah minta rakyat pula putuskan.
5) Kenapa ada ketidakadilan dalam membuat keputusan? Kenapa berat sebelah? Bukankah TYT ini menjaga rakyat Sabah dan bukannnya menjaga sesuatu parti.
6) Adakah TYT terhutang budi dengan DSSA sebab memberikan TYT gelaran yang tidak bertempoh?
7) Adakah TYT tidak melihat penderitaan rakyat sekarang yang banyak kena buang kerja? Banyak tidak boleh keluar kerana ada penyakit berjangkit? Adakah TYT rasa kami semua ni bahan experiment untuk COVID19?
8) Tidak kah TYT terfikir dengan adanya PRN, orang yang dulu cikgu atau pegawai biasa terpaksa jadi โfrontlinerโ disebabkan oleh PRN dan juga merisikokan diri – berdepan dengan musuh yang tak kelihatan?
9) Tidakkah TYT terfikir bahwa siapa pun parti yang menang, pasti ada rakyat yang kena COVID19- dan berjuang dengan nyawa sendiri?
10) Tidakkah TYT terfikir- bahawa 60 YB DUN ini boleh selesaikan masalah ini tanpa melibatkan jutaan pengundi rakyat Sabah? Biarlah mereka putuskan siapa KM melalui undian tidak percaya atau melalui sokongan SD.
11) Tidakkah TYT rasa bersalah nanti sekiranya selepas PRN โ ada kluster baharu dari Sabah? Kluster PRN SABAH.
12) Tidakkah TYT terfikir bahawa rakyat SABAH juga ada keluarga, ada nyawa, perlukan duit dan hilang pekerjaan?
13) TIdakkah TYT terfikir bahawa pengundi SABAH juga manusia bukan bahan kajian? Atau
14) Mungkinkah TYT sudah selesa di ISTANA sehingga lupa bagaimana keadaan kami yang sakit, tidak cukup makan, perlu bantuan dan perlu ubat-ubatan.
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu bantuan makanan
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu kerja kami balik
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu bantuan yang kena janji
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu keluarga kami sihat
Kami tidak mahu PILIHANRAYA pada masa ini, kami mahu SABAH bebas Covid19.
Oleh itu, buat lah keputusan yang terbaik tanpa membabitkan pergerakan rakyat, tanpa menambah penderitaan rakyat dan tanpa membingungkan rakyat. Kalau TSMA tiada majoriti, bagi DSSA angkat sumpah jadi Ketua Menteri dan kalau DSSA tiada majoritu, bagi lah TSMA angkat sumpah jadi Ketua Menteri. Jadi selesai masalah dan bila cukup tempoh 5 tahun, biar kami menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik; pada masa itu, saya pasti COVID19 sudah kurang dan vaksin sudah dihasilkan. Parti WARISAN tak perlu risau, sebab mereka masih boleh bersuara sebagai pembangkang. Kalau mereka parti yang baik- biar jadi pembangkang mahupun kerajaan; mereka pasti akan membela rakyat. Kuasa bukan segala-galanya tapi SUARA WARISAN yang jadi penilaian kami rakyat SABAH. DAN kalau benar TYT saying nyawa kami rakyat SABAH- Buatlah keputusan yang tidak merisikokan nyawa kami.
Sekian,
ORIGINAL SABAHAN
- Penganjur Demo Haram Adalah Boneka Tangan Ghaib Dari Luar Negara – MandiriAda pihak telah membuat semakan SSM ke atas Mandiri Development Centre Sdn Bhd. Sebelum itu kamu orang tahu juga kan pada 4 atau 5 Julai… Continue Reading →
- Darell Bagi Alasan Kartun Seperti Adun Merotai – Pemberian Khas Memang Interim!Berduyun duyun pemimpin Warisan menafikan jawapan Menteri Kewangan yang secara tidak langsung mendedahkan pembohongan kerajaan Warisan berkaitan pemberian khas. Seperti dibawah, Sebelum ini Adun Merotai… Continue Reading →
- Yb Merotai Simpan Sikit Sengal Dan Rasa Malu Itu – Kenaikan Khas TipuYb Warisan kalau beralasan jangan kamu terus percaya selagi belum ada yang menafikannya. Macam sekarang! Nampak gigi tapi menipu, sopan sopan tapi terus membohong. Begini… Continue Reading →
- Tuduhan KM Hajiji Halang Si Asraf Masuk Sabah Adalah Fitnah – Celaka KamuAku merujuk dakwaan pemilik akuan Facebook bernama Hamdin yang mendakwa Si Asraf telah dihalang memasuki Sabah dan mangkuk itu menyalahkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji… Continue Reading →
- Jawapan Parlimen Dedah Penipuan Warisan Rupanya Sabah Hanya Terima RM26.7 Bukan RM53.4 JutaKita sedia maklum, apa bila kerajaan Sabah atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berjaya menambah jumlah pemberian khas dari RM125 juta kepada RM300 juta…. Continue Reading →






















Tepat pda masa nya juga Dan ada baik nya Dun di bubar kan.saya berpndapt yg menulis surat ini adalah org2 pihak TSMA. Ada buka mata ka bukan tidak ada PRK selma PKPP ini pun dlm ertikata dlm keadaan Coved19.. Tiada masalah pun jika kita rakyat Sabah yg mengundi kelak memetuhi SOP yg pihak KKM Dan SPR berikan. Lagi pun kalau di biar kn beralih kuasa bagtu tmpa rakyat yg tentu kn ada lh tk mustahil akn brlaku lagi ADUN LOMPAT atau DIBELI.. OLEH ORG2 YG GILAK KUASA. pda Sya TYT sudah cukup maklum dgn keputusan utk Membubarkn. Suka Sya nk ingat kn original sabahan saya pun ori Sabah juga buka kau saja seorg. Bukan KM yg buat keputusan utk bubarkn Dun KM hnya bgi pndgn atau nasihat. Baru lah TYT yg pikirkan sama ada perlu atau tidak. Jadi btl kn ayat atau pahaman tuan sbb tuan bilang KM tak berhak utk bubar kn DUN itu btl. Tpi KM penasihat pda TYT. Sekian terima kasih
Jadi dulu time upko lompat pi warisan kenapa tidak bubar dun.time skg ni klu mengundi rakyat susah mau mengundi sebab ada virus.mungkin ramai yg x turun mengundi..tdk percaya cuba selidiki post2 org di fb
Demi satu bangsa tyt abaikan keselamatan rakyat,,bg org semenanjung apa yang berlaku sekarang adalah doa rakyat yang termakbul,,rakyat sabah d bodoh2kan oleh warisan setelah warisan menang,,,warisan dan ph 2×5 5×2 sama sahaja,,,sewajibnya warisan di jatuhkan,,kenapa prn ia adalah kerana tyt.menjaga bangsanya bukan menjaga rakyat sabah,,sewajarnya tyt d tukar bila kerajaan baru terbentuk selepas ini,,,,tyt sepatutnya bertindak dengan nasihat YDPA bukan bertindak mengikut sesuka hatinya,,,kluster prn bakal terjadi tiada mahkamah boleh mengadili penginayaan kepada rakyat ini selain mahkamah Allah
Walau Aku org semenanjong terasa juga utk bercakap sesuatu demi kita rakyat Malaysi. Jangan nak salahkan sesiapa terutama pada TYT Sabah membuat keputusan berat ini. Tujulah persoalan kamu kpd pengiat politik kerana masing2 mengutama LABA@kepentingan mereka yang tamak tidak pendulikan rakyat. Sepatutnya tidak perlu lagi bermain politik diwaktu begini@musim wabak Covid 19 ini membazirkan wang blh jadi pulohan juta rm…. sprt. yang kamu sarankan.