
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah mencabar Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Yusof Yacob menunjukkan bukti dakwaan dia ditawar RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang.
Ketuanya, Mohd.Isquzawan Datuk Seri Arsit berkata, Dr.Yusof perlu menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu kerana wang yang ditawarkan bukan sedikit jumlahnya.
Beliau berkata, jika benar dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, maka dia wajar membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Armada Bersatu Sabah mencabar Dr.Yusof segera membuat laporan polis, tunjukkan bukti dan nyatakan nama pihak yang dia tuduh menawarkannya RM50 juta untuk berpindah kem.
“Sekiranya Dr.Yusof tidak berani menunjukkan bukti dan membuat laporan polis, maka dakwaan beliau telah terima tawaran hingga RM50 juta merupakan satu pembohongan dan khabar palsu semata-mata”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Isquzawan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr.Yusof pada Jumaat yang mendakwa dirinya telah ditawarkan wang tunai RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang yang berniat membentuk kerajaan negeri baharu.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sindumin itu mendakwa, beliau dihubungi beberapa kali sejak awal bulan ini oleh individu yang menjadi wakil kepada bekas pemimpin kanan kerajaan negeri musim lalu.
“Selain wang tunai mereka juga turut menawarkan jawatan menteri penuh jika kerajaan baharu itu menjadi kenyataan. Kali terakhir saya dihubungi, tiga hari lalu dan mereka bercadang menemui saya, tetapi saya tidak melayani, sebaliknya saya menolak tawaran itu,” katanya.
Katanya, kumpulan bekas pemimpin yang kehilangan kuasa itu menggunakan agen atau ‘broker’ untuk membeli wakil-wakil rakyat supaya berpindah menyokong Perikatan Nasional (PN).
Isquzawan mendakwa, Dr.Yusof berbohong dan sengaja mereka cerita mengenai tawaran RM50 juta, bagi memberi gambaran negatif terhadap pemimpin parti pembangkang di negeri ini.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Dr.Yusof membuat pengakuan menerima tawaran itu menerusi kenyataan media, sebaliknya tidak membuat laporan polis?
Isquzawan juga mencabar Dr.Yusof agar meletak jawatan sebagai Menteri dan ADUN Sindumin sekiranya beliau bercakap bohong dan gagal membuktikan dakwaan telah menerima tawaran RM50 juta.
“Yang jelas pengakuan yang telah dibuat oleh beberapa orang ADUN parti Kerajaan sejak akhir-akhir ini lebih kepada tuduhan palsu dan tidak masuk akal”, tegasnya.
Katanya, membuat tuduhan tanpa bukti dengan mengaitkan bekas pemimpin kanan Sabah dan Perikatan Nasional (PN) merupakan taktik kotor dan perbuatan yang bertujuan mencemarkan nama baik Kerajaan PN.
- Penganjur Demo Haram Adalah Boneka Tangan Ghaib Dari Luar Negara – MandiriAda pihak telah membuat semakan SSM ke atas Mandiri Development Centre Sdn Bhd. Sebelum itu kamu orang tahu juga kan pada 4 atau 5 Julai ini akan ada demonstrasi haram di Kota Kinabalu. Keberadaan kumpulan itu… Continue Reading →
- Darell Bagi Alasan Kartun Seperti Adun Merotai – Pemberian Khas Memang Interim!Berduyun duyun pemimpin Warisan menafikan jawapan Menteri Kewangan yang secara tidak langsung mendedahkan pembohongan kerajaan Warisan berkaitan pemberian khas. Seperti dibawah, Sebelum ini Adun Merotai si Sarifuddin, menyusul Darell Leiking tapi juga sama membagi alasan kartun,… Continue Reading →
- Yb Merotai Simpan Sikit Sengal Dan Rasa Malu Itu – Kenaikan Khas TipuYb Warisan kalau beralasan jangan kamu terus percaya selagi belum ada yang menafikannya. Macam sekarang! Nampak gigi tapi menipu, sopan sopan tapi terus membohong. Begini perangai pembangkang bila tidak lagi berkuasa. Yb Merotai menafikan laporan berita… Continue Reading →





















