Penyandang Adun Segama, Lahad Datu Kekal

Kedudukan Datuk Mohamaddin Ketapi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama adalah kekal.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, kerusi DUN Segama tidak akan dikosongkan walaupun Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu itu bukan lagi ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas beliau mengumumkan keluar parti 30 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan
Dr Yusof kekal Adun Sindumin – Speaker Dun Sabah
Adun Sebatik kekal bebas
Ahli Parlimen Lahad Datu keluar WARISAN [METROTV]
Warisan serah surat peletakan jawatan Adun Sebatik

“Pada 30 Oktober lalu, saya menerima satu emel daripada beliau (Mohamaddin) iaitu surat dan dokumen yang membatalkan segala ‘Aku Janji’ yang beliau tandatangani dengan Warisan sebelum PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu.

“Ketika itu saya berada di Kuala Lumpur. Pada 1 November, pejabat saya menerima satu surat dari sebuah firma guaman yang mengaku bertindak bagi pihak Mohamaddin yang mana surat itu menyatakan mengenai peletakan jawatan beliau.


“Bagaimanapun, pada keesokan harinya, pejabat saya menerima surat dan akuan berkanun daripada Mohamaddin yang menafikan ada menandatangani surat peletakan jawatan yang dikemukakan pada 30 Oktober lalu.

“Beliau juga menafikan melantik firma guaman bagi pihaknya,” katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kadzim berkata, beliau sendiri sudah bertemu dengan Mohamaddin secara bersemuka untuk menemubual berkaitan perkara terbabit, semalam.

“Beliau sekali lagi menegaskan tidak pernah meletak jawatan (sebagai Adun) dan tiada sebab untuk meletak jawatan.

“Saya juga terima surat perakuan daripada beliau yang mengatakan tidak pernah meletak jawatan.

“Saya juga ingin tegaskan, surat peletakan jawatan tanpa tarikh, jika mengikut undang-undang ia tidak sah, jadi Mohamaddin kekal sebagai Adun Segama,” katanya.

Mohamaddin sebelum ini mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi Adun bebas menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Beliau adalah Adun ketiga Warisan yang keluar dari parti selepas Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir dan Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Mohammadin memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 2018 atas tiket Warisan dan kerusi DUN Segama pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) tahun lalu.

Harian Metro

Selagi Mahkamah Rayuan Belum Membenarkan Kes Dibicarakan Sepatutnya Najib Berada Dalam Penjara (Video)

Selagi Mahkamah Rayuan belum mendapati Najib tidak bersalah atau boleh meneruskan perbicaraan berkaitan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, maka sepatutnya Najib sedang menjalani hukuman, seperti orang biasa yang lain.

Malangnya tidak, Najib malah menjolok netizen dia yang sudah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi kerana skandal anak syarikat 1MDB iaitu SRC, masih bebas ke hulu ke hilir malah boleh ke luar negara.

Bebas berkempen di pilihan Negeri Melaka. Ini bukti jelas pemimpin UMNO yang berkuasa boleh melakukan apa saja termasuklah melanggar undang-undang.

Kurang itu Najib semacam cuba menambah kemarahan netizen, bila perjalanannya diiringi pihak Polis seperti seorang Perdana Menteri, walhal Najib penjenayah yang telah pun dijatuhkan bersalah oleh Mahkamah.

Jadi begini sajalah, sebelum kamu berhajat menonton kenyataan Tun Dr Mahathir, berhubung kedudukan Najib Razak selaku banduan terhormat. Fikirkan sejenak kenyataan dibawah, siapa tahu dapat meluruskan pemikiran yang bengkok selama ini.

Sebenarnya apa yang diinginkan oleh pengundi atau rakyat dalam politik Umno ini? Sedangkan orang yang diharapkan telah pun kantoi menyalahagunakan kuasa hingga dibicarakan di Mahkamah dan di jatuhkan hukuman. Justeru keadilan apa yang boleh ditegakkan sedangkan undang-undang hanya berkesan pada orang biasa.

Bayangkan jika orang yang melakukan kesalahan ke atas diri dan keluarga anda itu adalah kroni UMNO yang maling. Apa pada ketika itu keadilan boleh ditegakkan? Selain apa yang dihadapi oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Lihat juga apa yang dilakukan oleh ketua UMNO Melaka Rauf ke atas laporan Polis yang dibuat ke atasnya kerana mencabul seorang wanita.

Dikhabarkan tidak semena-mena laporan Polis berkenaan telah ditarik balik oleh mangsa. Sehingga hari ini ia menjadi tanda tanya. Apa agaknya nasib keluarga dan perempuan itu?

Jadi sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku yang tidak hanya melibatkan wang rakyat tetapi juga moral atas harga diri, baik kamu hentikan kekuasaan UMNO.

Bukan tidak boleh rakyat sudah membuktikannya pada pilihanraya umum yang lalu. UMNO ditumbangkan oleh rakyat.

Malaysia sejak di tadbir oleh keluarga UMNO. Banyak betul perkara pelik yang berlaku, yang telah di jatuhkan hukuman penjara, masih bebas ke sana ke mari dan diangkat seperti seorang Perdana Menteri, yang sedang dibicarakan melibatkan wang rakyat boleh keluar negara sesuka hati.

Negara Islam apa ni?

Nazir Razak Malukan Najib dan Rosmah Dikhyalak Ramai

Sekilas fakta yang menyebabkan hubungan Najib Razak dan isteri dengan keluarga Razak porak peranda.

Kita tahu sebelum ini telah viral satu artikel tentang kekesalan adik kepada bekas Perdana Menteri Nazir Razak. Dimana beliau menyesal selepas menurut kehendak abangnya Najib Razak untuk menunaikan cek bernilai RM63 juta. Nazir percaya cek itu ada kaitannya dengan wang rakyat dalam 1MDB.

Pada mulanya Nazir beranggapan wang itu adalah dana parti yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13.

Adik sendiri pun tidak ingin bersubahat dengan kegiatan Najib. Ibaratnya begini kalau Najib itu bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas itu maka biarkanlah Najib dan keluarganya yang menanggungnya. Adapun legasi Tun Abdul Razak jangan dilibatkan supaya sentiasa bersih di mata rakyat dan sudah tentu pada pemilik alam semesta ini.

Dalam episod yang sama Nazir Razak mendedahkan perangai buruk Rosmah Mansor yang juga sarat skandal penyelewengan melibatkan pemasangan tenaga solat di sekolah sekolah di negeri Sarawak.

Bayangkan dalam satu majlis Rosmah Mansor memberi amaran secara terbuka terhadap Nazri agar berhati-hati jika sekiranya mereka menang dalam perbicaraan skandal 1MDB.

Dikatakan dalam majlis berbuka puasa itu Rosmah sambil memegang tangan suaminya Najib Razak, mengingatkan agar jangan bercakap dengan adiknya kerana Rosmah mendakwa Nazri adalah orang yang menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Mata orang ramai pada ketika itu tertumpu pada mereka dan Najib cuba menenangkan keadaan tapi tidak berkesan. Namun begitu Nazir Razak tetap mengingatkan abangnya bahawa dia tahu apa yang berlaku dan merayu agar Najib berhati-hati

Dalam buku yang sama Nazir mendedahkan bagaimana Jabatan Perdana Menteri (PMO) era Najib Razak cuba menipu masyarakat awam dengan memberi laporan palsu tentang wang yang dibelanjakan secara boros oleh Rosmah.

Dimana Pejabat Perdana Menteri (PMO) melaporkan bahawa wang itu bukan wang rakyat atau wang kerajaan Malaysia tetapi dari kekayaan keluarga Najib Razak

Nazir sekali lagi tidak berpuashati dengan dakwaan Pejabat Perdana Menteri sebagai laporan atau penyataan yang bohong.

Rentetan itu Nazir telah berhubung dengan adik-beradiknya dan membuat pendedahan seperti mana ini.

Tidak lama selepas itu mereka menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak diketahui. Tetapi adik beradik Najib tidak mengangkatnya kecuali Nazir. Sejurus Nazir menjawab panggilan itu beliau dimarahi oleh Najib sambil berkata kenapa kamu semua memalukan saya di khalayak ramai.

Nazir bertegas apa yang mereka lakukan ke atas Najib dan Rosmah berkaitan wang rakyat itu hanyalah cuba menjaga legasi dan nama baik keluarga mereka.

Published
Categorized as 1MDB, PPBM, UMNO

PRN Melaka: PN Umum Ikrar Enam Teras Tunjang Utama

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan ikrar yang juga merupakan manifesto gabungan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berteraskan kepada enam tunjang utama yang turut dipacu oleh 11 strategi dan 74 pendekatan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ikrar dengan moto Melaka Bangkit Gemilang itu akan diterajui oleh calon pemimpin PN yang dipilih oleh pakatan tersebut.

Menurut berkata, enam tunjang utama ikrar tersebut adalah keutuhan ekonomi, keprihatinan kepada rakyat, kerancakan sektor pelancongan, kelestarian alam sekitar, kecekapan infrasturuktur dan keteguhan serta kejujuran pentadbiran.

“Ikrar yang ditawarkan ini bukan omongan kosong mahupun janji bulan, bintang dan matahari.

“Ikrar ini bagi saya adalah satu komitmen bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk adalah berteraskan suara rakyat yang mahu melihat Melaka bangkit gemilang sebagai sebuah negeri yang maju, prihatin rakyat dan dipimpin oleh sebuah pasukan kepimpinan yang berintegriti.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka yang disiarkan secara langsung di Facebook miliknya pada Ahad.

Muhyiddin memberitahu, bagi memastikan tawaran ikrar tersebut dapat dipenuhi, PN akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pemantau pelaksanaan ikrar berkenaan.

Katanya, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh anak jati Melaka terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang berpengalaman.

“Ini adalah manifestasi kesungguhan PN untuk memastikan ikrar yang dibuat untuk rakyat di negeri Melaka ini akan direalisasikan menerusi satu daya usaha yang gigih dan telus,” ujar beliau.

Memperincikan mengenai tunjang keprihatinan kepada rakyat, Muhyiddin berkata, antara usaha akan dilakukan adalah mewujudkan Hab Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bantuan penyelenggaraan sekolah tahfiz dan bantuan one-off kepada guru tahfiz, kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta tadika di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Beliau berkata, menyedari tempoh sukar yang dihadapi, PN juga akan memperuntukkan perbelanjaan menyambut kelahiran anak melalui bantuan sekali RM200 kepada semua anak yang dilahirkan di negeri Melaka pada tahun 2021.

“Selain itu, Dewan Undangan Negeri Belia Melaka akan diwujudkan bagi membina dan menggilap generasi pemimpin masa depan dari kalangan anak muda jati Melaka,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, melalui tunjang keteguhan dan kejujuran pentadbiran, PN akan melaksanakan agenda memperkasa perkhidmatan awam negeri melalui pendigitalan dan penglibatan secara terus dengan rakyat.

Jelas beliau, pemerkasaan itu turut melibatkan tadbir urus yang cekap dan berintegriti bagi agensi serta syarikat milik kerajaan negeri.

“Saya percaya rakyat negeri Melaka telah berasa amat terkilan dengan laporan media mengenai pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan penyelewengan khazanah kekayaan negeri Melaka oleh pihak yang rakus dan tidak bertanggungjawab.

“PRN Melaka adalah peluang untuk rakyat di negeri Melaka memperbetulkan keadaan ini. Rakyat di negeri Melaka mesti mengambil langkah yang berani untuk melakukan perubahan,” ujarnya – Sinar Harian

Jangan Pilih Maling UMNO Nanti Rugi Dunia Akhirat (Video)

Ustaz ini berceramah bahawa memilih pemimpin atau wakil rakyat yang salah maka yang rugi bukan orang lain tapi mereka itu sendiri.

Suka admin melihat nasihat ini dari konteks pemimpin UMNO yang kantoi maling namun dipertahankan separuh mati oleh laskar mereka.

Admin sedar dan tahu berat tanggungjawab seorang pemimpin atau wakil rakyat, justeru kita sebagai masyarakat kena fahamlah tentang keberadaan dan meredhai usaha mereka.

Menjadi adat dalam politik harus pemimpin-pemimpin itu mencari kelebihan bagi mengurus orang bawahan mereka. Tapi mencari kelebihan itu pula bukan macam Najib dan Zahid serta pemimpin UMNO yang lain, terang-terang kenampakan tangan mereka mengambil tunai dari kotak Pandora.

Itupun masih lagi menyusahkan orang lain dengan berlagak hebat. Seolah-olah orang lain pula yang terang terangan mencuri macam mereka. Hah ini yang bikin panas, persis perangai pendajal.

Projek kan ada atau langkah strategik kan ada, ambil lah dan buat yang terbaik, kalau ada untungnya sama ada banyak atau kurang, ambil lah. Cara begini admin yakin jelas tidak menyalahi undang-undang. Yalah kalau semua dianggap melanggar peraturan macam mana parti atau pemimpin itu dapat bertahan. Lainlah kalau pemimpin itu memang tidak pandai kerja atau tidak reti diuntung, Sebab itulah walaupun dia sudah kaya atau berkemampuan tetapi tetap ditolak oleh pengundi.

Masyarakat sentiasa menuntut pemimpin atau wakil rakyat yang jauh lebih senang dari mereka supaya senang mengadukan permasalahan untuk diselesaikan.

Sebab itulah kita jangan hairan kalau ada wakil rakyat Warisan yang keluar dan menyertai kerajaan. Hakikatnya mereka adalah pemimpin yang prihatin dan bimbang akan masyarakat yang ada di kawasan mereka.

UMNO tu tumbang kerana skandal 1MDB yang dilakukan oleh Najib Razak. UMNO juga terpalit dengan skandal Yayasan Akal Budi yang dikerjakan oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Melaka tumbang kerana perbalahan di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO berkaitan dengan skandal pasir. Bila perbalahan memuncak itu yang berlaku undi idak percaya menyebabkan DUN dibubarkan.

UMNO Sabah ni contoh yang paling mudah, baru beberapa bulan menjadi sebahagian dalam kerajaan tetapi sudah kantoi hingga disiasat oleh SPRM. Dan sehingga hari ini sudah ada dua skandal yang memalitkan mereka. Mereka tu bukan hanya baru dalam kerajaan tetapi baru sebagai pemimpin UMNO Sabah.

Jadi kamu sebagai masyarakat masih ada hati kah memilih mereka sebagai pemimpin atau memilih UMNO sebagai wadah perjuangan? Tolol kah!

Kalau ada yang memegang prinsip dalam politik tidak ada yang baik, mungkin benar. Tapi carilah yang terbaik dikalangan yang terburuk, bukan malah kamu memilih yang terburuk di kalangan mereka.

Published
Categorized as UMNO, Warisan

Ada Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Bendera PN – PRN Melaka

Hari ini saya menerima aduan daripada petugas kami mengenai kerosakan poster-poster, kain rentang dan tiang bendera Perikatan Nasional di DUN Kota Laksamana. Kejadian ini mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.

Saya telah mengarahkan jentera pilihanraya Perikatan Nasional menyiasat jika ada kerosakan di DUN-DUN lain. Jentera Perikatan Nasional sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Laporan akan kami buat kepada pihak berkuasa sekiranya kami mendapati ada unsur samseng dalam kempen ini.

Saya menyeru supaya kita berkempen dengan cara yang baik. Janganlah sehingga merosakkan bahan kempen parti lain. Budaya samseng dan budaya ekstrem mesti dihentikan serta merta dan dipadam daripada lanskap politik negara.

Kredit Wan Saiful Wan Jan

Siapa Pengkhianat Melayu Sebenar?

  1. Siapa pengkhianat sebenar bangsa Melayu? Pengkhianat sebenar bangsa Melayu adalah pemimpin kleptokrat dan hulubalang mereka yang selama ini mempertahankan skandal jijik terbesar dunia iaitu skandal 1MDB.
  2. Satu skandal yang cukup jelas; satu pengkhianatan yang terang lagi bersuluh; rompakan wang rakyat secara besar-besaran! Malah baru-baru ini Kementerian Kewangan turut mendedahkan bahawa Malaysia terpaksa menanggung hutang dan faedah sebanyak RM32 billion akibat daripada skandal hutang mega tinggalan legasi Najib Razak!
  3. Bayangkan berapa ramai orang miskin dapat dibantu sekiranya kerajaan tidak perlu menyelesaikan bebanan hutang ini? Inilah yang menjadi asas utama mengapa Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Hj. Muhyiddin Yassin tidak mampu lagi berdiam diri dan menentang kezaliman ini secara terbuka sehingga menyebabkan pemecatan beliau daripada UMNO.
  4. Namun amat memalukan Ketua Pemuda UMNO hari ini menikus dan membiarkan tangan-tangan rakus terus merompak wang negara akibat daripada skandal 1MDB pada masa itu; dan lebih menjijikkan masih lagi mendukung pemimpin sama yang telah didapati bersalah di mahkamah ini sebagai ‘bossku’ beliau! Di mana maruah bangsa Melayu?
  5. Sehinggakan mantan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin sendiri mengakui bahawa skandal 1MDB adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 yang lalu. Mantan Ketua Pemuda UMNO lebih bijak menilai dari Ketua Pemuda UMNO sekarang!
  6. Pengkhianatan terhadap bangsa Melayu dalam isu 1MDB terus didedahkan satu demi satu melalui helaian demi helaian dari buku adik Najib Razak sendiri, Dato’ Sri Nazir Razak baru-baru ini.
  7. Saya nak cabar Najib dan Ketua Pemuda UMNO yang kononnya pembela maruah bangsa Melayu ini, untuk menyaman Nazir Razak sekiranya apa yang ditulis dalam bukunya mengenai isu skandal 1MDB itu tidak benar?

Siapa pengkhianat sebenar bangsa Melayu?!

Kredit Wan Ahmad Fayhsal

Sentimen Sabah Keluar Dari Malaysia Gugat Keharmonian

PAPAR: Sentimen Sabah keluar dari Malaysia tidak seharusnya timbul kerana sentimen sebegitu akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.

Ketika ini, usaha sepatutnya diambil bagi memastikan negara ini terus wujud dan kekal selama-lamanya untuk kebaikan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini bukan sentimen kerajaan maka beliau meminta semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita dalam sebuah negara Malaysia yang dibentuk bersama-sama Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung. Apabila negara sudah dibentuk maka kita harus memastikan masa depan negara ini terjamin untuk masa depan dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama.

“Soal lain tidak timbul kerana kita perlu memastikan negara ini terus kekal selama-lamanya,” katanya selepas majlis penyerahan wang ehsan kepada mangsa banjir Mukim Labak, di Dewan Gereja ST Augustine, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi megulas kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman semasa perbahasan Bajet 2022 bahawa wujud gerakan menuntut kemerdekaan Sabah yang dilihat semakin lantang bersuara.

Gerakan itu wujud susulan tindakan Kerajaan Persekutuan yang dilihat menganaktirikan Sabah dalam tuntutan hak-hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mohd. Azis berkata, suara-suara mendesak Sabah dan Sarawak keluar Malaysia semakin lantang bersuara dan kerajaan tidak harus pandang mudah perkara itu.

“Jika layanan buruk Putrajaya terhadap pelaksanaan MA63 berterusan, jangan salahkan kami sekiranya gerakan memerdekakan Sabah daripada penjajahan Putrajaya semakin lantang,” katanya.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan bantuan wang berjumlah RM1,000 kepada 100 orang ketua isi rumah yang terjejas banjir di Mukim Labak.

Secara keseluruhan 446 orang ketua isi rumah akan menerima bantuan berkenaan.

Bantuan itu diberikan sebagai keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan bebanan rakyat yang terjejas akibat banjir yang berlaku pada September lalu.

Mengulas lanjut katanya, masalah jambatan dan jalan rosak akibat banjir juga akan dibaik pulih dan dibina semula bagi memudahkan laluan perhubungan rakyat di kawasan berkenaan.

Hajiji turut mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi menaik taraf jalan masuk menuju ke gereja serta Dewan St Augustine, Kinarut. – Utusan Online

Jho Low Bukan Lagi Beruang Tapi Gagal Di Kesan (Video) – Kritikan Balas Insiden Gerai Makan

Ingat lagi tak, dulu laskar maling memperlekeh kenyataan Ketua Polis Negara, Ahmad Bador berhubung pencarian mereka keatas pendajal si Jho Low, yang kita tahu merupakan rakan subahat mantan Perdana Menteri Najib ketika menghisap wang rakyat melalui Syarikat yang tidak wujud, 1MDB.

Diviralkan seolah-olah benar Jho Low telah bertukar menjadi seekor Beruang, oleh sebab itulah kerajaan Perikatan Nasional gagal mengesan Jho Low, seperti mana kenyataan Ketua Polis Negara pada ketika itu. Kononnya!

Sedangkan kenyataan Ketua Polis Negara itu bersifat satira bagi menggambarkan betapa liciknya Jho Low hingga tidak boleh dikesan sekaligus diheret ke Malaysia untuk dijadikan saksi pendakwaan ke atas Najib Razak berkaitan 1MDB.

Hari ini Malaysia di perintah oleh kerajaan Keluarga Malaysia.

Pertanyaan admin sudah berjayakah Jho Low di kesan. Kenapa belum lagi di angkut ke kandang perbicaraan yang sedang berjalan? Walhal antara orang yang paling banyak disebut namanya dalam perbicaraan 1MDB adalah Jho Low.

Bukan susah pun, memandangkan Jho Low bukan lagi seekor Beruang tapi telah bertukar semula menjadi Manusia gendut yang comel. Hahaha!

Bergurau bergurau juga tapi jangan lupa hutang yang ditinggalkan oleh 1MDB bukannya sikit, mencecah RM40.51 bilion, untuk itu kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM32.3 bilion yang terpaksa dibayar oleh rakyat Malaysia dengan apa cara sekalipun.

Yang bukan ahli-ahli UMNO fikir fikirkan lah. Ingat hutang ini akan bertambah setiap tahun akibat bunga hutang yang sentiasa berjalan. Untuk nota hanya untuk membayar bunga hutang rakyat terpaksa berbelanja sehingga 14 bilion ringgit sehingga hutang itu selesai.


Di kesempatan ini suka admin membuat kritikan balas tentang video yang viral beberapa hari lalu iaitu pelanggan dan pemilik gerai yang pergi semasa Najib hadir ke tempat mereka.

Percayalah apa pun yang dilemparkan keatas Najib pasti akan dinafikan dengan apa cara sekalipun, walaupun video itu jelas menunjukkan Najib dihindari oleh orang ramai. Kerana itu tidak pasal pasal pemilik gerai membuat kenyataan secara langsung di Facebook, bagi menafikan persepsi rakyat. Nampak sangat ada pihak yang mengarahkannya, sepatutnya sama ada peristiwa itu benar atau tidak, tidak perlulah Najib mengambil peduli, biarkan saja keadaan yang menentukannya sebab sebelum ini banyak lagi kejadian berat dan terbukti yang dihadapi oleh Najib tapi dibiarkan begitu saja.

Secara logiknya tegar kah pemilik kedai itu tampil hanya semata mata menafikan kejadian walaupun jelas terbukti seperti mana rakaman video, jika tidak ada pihak yang mengarahkannya. Tapi kenapa bila melibatkan penyelewengan dalam 1MDB tidak pula Jho Low dilibatkan dalam perbicaraan atau kenapa Jho Low tidak di tegaskan agar tampil membuat penafian secara live sepertimana pemilik gerai itu?.

Najib ni ibarat penyakit. Ada orang tu pada hakikatnya sakit kepala tapi dia mati kerana sakit kaki. Dalam erti kata oleh kerana Najib itu dikelilingi oleh orang-orang yang berkuasa dan perkasa, maka biarlah semut-semut merah yang masuk ke telinga hingga mereka terkulai.

Published
Categorized as PPBM

Mahkamah Tolak Permohonan UMNO Batal Saman SRC

Saman sivil SRC International Sdn Bhd ke atas Umno berhubung dakwaan menerima RM16 juta yang diseleweng daripada syarikat itu kekal akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini susulan keputusan hakim Quay Chew Soon hari ini yang menolak permohonan parti politik itu untuk membatalkan saman oleh bekas anak syarikat 1MDB tersebut.

Keputusan itu disahkan oleh peguam SRC International Rosli Dahlan ketika dihubungi.

Pada Mei lalu, SRC International di bawah pengurusan barunya telah memfailkan saman itu bersama dengan beberapa anak syarikatnya iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd.ADS

Plaintif mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan Umno tidak mempunyai asas untuk menerima dana tersebut.

Pada 10 Mei lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 billion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei lalu iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Saman itu difailkan 1MDB terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala SRC memfailkan saman terhadap lapan entiti serta 15 individu atas pelbagai salah laku.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Umno untuk membatalkan saman SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada Umno.

Pada Mei lepas, SRC International, yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di bawah pengurusan baharunya telah memfailkan saman itu bersama dengan anak syarikatnya iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd.

Peguam Shahrul Fazli Kamaruzaman, yang mewakili Umno, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon menolak permohonan parti politik itu atas alasan kes tersebut tidak sesuai diketepikan pada peringkat ini kerana terdapat isu yang perlu diputuskan semasa perbicaraan.

“Mahkamah juga membenarkan permohonan plaintif untuk meminda nama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Ahmad Maslan yang pada asalnya dinamakan sebagai pemegang jawatan parti, yang mewakili Umno dalam tuntutan saman dan digantikan dengan nama Datuk Mohd Sumali Reduan iaitu setiausaha kerja Umno sebagai pegawai awam yang mewakili parti tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pendengaran permohonan itu yang berlangsung secara dalam talian.

Beliau juga berkata mahkamah membenarkan permohonan Umno untuk satu perintah penggantungan interim daripada memfailkan pernyataan pembelaan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini.

Prosiding hari ini disertai peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Umno dan Nur Syafinaz Vani Abdullah bagi pihak kesemua plaintif.

SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela Pinggiran menyaman Umno bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti politik itu.

Plaintif mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan Umno tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.

Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Saman itu difailkan oleh 1MDB terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala SRC memfailkan saman terhadap lapan entiti serta 15 individu atas pelbagai salah laku. Malaysiakini