Darell Bagi Alasan Kartun Seperti Adun Merotai – Pemberian Khas Memang Interim!

Berduyun duyun pemimpin Warisan menafikan jawapan Menteri Kewangan yang secara tidak langsung mendedahkan pembohongan kerajaan Warisan berkaitan pemberian khas. Seperti dibawah,

Sebelum ini Adun Merotai si Sarifuddin, menyusul Darell Leiking tapi juga sama membagi alasan kartun, hanya sesuai untuk macai Warisan.

Si Sarifuddin bagi alasan Warisan akan terus menuntut dan menyalahkan masyarakat kerana kononnya mengambil kenyataan dari luar konteks. Seperti link dibawah,

Yb Merotai Simpan Sikit Sengal Dan Rasa Malu Itu – Kenaikan Khas Tipu

Sudah terang lagi bersuluh bha. Kerajaan Warisan gagal menaikkan kadar pemberian khas ke jumlah yang munasabah. Berbanding kerajaan GRS yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Itu dia punya point yang selama ini menjadi perdebatan dikalangan rakyat Sabah.

Kerajaan GRS berjaya menaikkan kadar pemberian khas atau interim sehingga RM300 juta berbanding RM26.7 juta (RM53.4) juta yang dibanggakan oleh kerajaan Warisan atau Ketua Menteri, Shafie Apdal. Kadar RM300 juta itu akan terus meningkat setiap tahun selagi 40% hasil Sabah belum atau tidak dimuktamadkan.

Kalau kita rujuk pula jadual bayaran yang dicadangkan pada kerajaan Warisan. Rakyat Sabah perlu menunggu 5 tahun untuk menerima RM106.8 juta.

RM106.8 juta perlu tunggu lima tahun? benar benar kerajaan Warisan, kerajaan yang gagal total. Kerajaan GRS hanya memerlukan dua tahun lebih untuk mendapatkan interim RM300 juta.

Kesimpulannya tidak timbul interim atau tidak sebab kerajaan GRS juga menerima bayaran khas yang dipanggil interim.

Jadi alasan si Darell Leiking bahwa bayaran yang mereka terima pada tahun 2019 masih interim. Adalah alasan kartun. Namanya juga interim yang bermaksud bersifat sementara.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading