
Akibat perkembangan ini, aku melihatnya PGRS semakin utuh dan kuat dalam menghadapi pembangkang yang semakin kuat mengada ngada. Bila Datuk Abidin Madingkir kini sah menjadi ahli atau pemimpin PGRS (GRS).
Apa lagi sebenarnya, kalau ibarat hubungan persaudaraan kini STAR dan Warisan ada bau bau bacang. Dua parti bakal bergabung yang terkenal perkauman tapi pandai tapuk tapuk atau lebih tepat lempar batu sembunyi tangan.
Bekas pemimpin STAR sertai Gagasan Rakyat
KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Abidin Madingkir yang meninggalkan parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) pada November lalu, membuat keputusan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan bersama 30 bekas Ahli Jawatankuasa STAR bahagian Paginatan menyerahkan permohonan keahlian Gagasan Rakyat kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, di sini, semalam.
Majlis itu disaksikan Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Turut mengemukakan borang permohonan menyertai Gagasan Rakyat ialah bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.
Yang lain termasuk bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Hisyamuddin Harun; bekas Timbalan Ketua Bahagian STAR Paginatan, Jius Konsuling dan bekas Ketua Pemuda STAR Paginatan, Hillary Salmeon.
Abidin berkata, lebih 3,000 pengikut STAR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan dijangka akan mengikut jejak beliau menyertai Gagasan Rakyat kerana yakin parti itu menjadi wadah terbaik untuk memperkukuh perjuangan parti tempatan di Sabah.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti demi meneruskan perjuangan politik melalui sebuah parti yang mengutamakan kepentingan Sabah dan rakyatnya.
“Gagasan Rakyat membawa aspirasi rakyat Sabah di samping memperkukuhkan kestabilan politik yang menjadi asas kepada pembangunan dan kemajuan negeri,” katanya.
Abidin turut menyatakan komitmen untuk memperluaskan pengaruh Gagasan Rakyat di peringkat akar umbi dan bekerjasama rapat dengan kepimpinan parti bagi memastikan agenda pembangunan Sabah terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, Masidi yang juga Timbalan Presiden Gagasan Rakyat menyifatkan keputusan Abidin menyertai parti pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu dapat memperkukuhkan lagi perjuangan parti tempatan itu dalam mendukung agenda pembangunan, kestabilan politik negeri serta memperluaskan sokongan terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pada PRN17 lalu, Abidin bertanding atas tiket GRS di kerusi DUN Paginatan, namun tewas di tangan calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Rusdin Riman dalam pertembungan 10 penjuru.
Sumber Berita Harian






















Leave a Reply