Jawapan Parlimen Dedah Penipuan Warisan Rupanya Sabah Hanya Terima RM26.7 Bukan RM53.4 Juta

Kita sedia maklum, apa bila kerajaan Sabah atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berjaya menambah jumlah pemberian khas dari RM125 juta kepada RM300 juta. Membuat pemimpin dan macai Warisan tidak duduk senang, cuba menafikannya dengan mendakwa kerajaan Warisan juga mendapat peningkatan dari RM26.7 juta menjadi RM53.4 juta.

Tapi tahukah rakyat Sabah, kenaikan sebanyak RM53.4 juta itupun sebenarnya tidak wujud, bohong, dusta dan palsu. Ini kerana kadar RM53.4 juta itu belum dimuktamadkan atau diwartakan oleh kerajaan persekutuan. Ertinya kerajaan Warisan semasa itu hanya menerima RM26.7 juta.

Betullah pihak Warisan dari jawatan yang paling tinggi dalam parti hingga yang paling macai, aku boleh katakan kaki putar belit, pembohong terbesar. Macam biawak hanya menunggu bangkai. Pui!

Warisan pertikai interim arrangement Kerajaan GRS yang bermula dengan RM125 juta, naik ke RM300 juta, kemudian RM600 juta dan terkini diumum PM semasa Pesta Kaamatan dinaikkan kepada RM1.5 bilion.

Tapi hakikatnya, sebagaimana jawapan Kementerian Kewangan Malaysia pada 30 Jun 2026 di Dewan Rakyat, Warisan pernah setuju secara bertulis melalui SUT Kewangan masa itu untuk hanya menerima semakan pada kadar bermula RM53.4 juta sahaja. Dalam surat Kerajaan Warisan itu dinyatakan secara jelas bahawa persetujuan itu adalah susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah yang dipengerusikan DSP Shafie Apdal.

Semakan itu tidak sempat diwarta apabila Kerajaan Tun M terbubar. Bila mana TSMY Muhyidin jadi PM, dan seterusnya YAB DSP Hajiji menjadi CM pada Sept 2020, Kerajaan GRS telah menulis surat kepada MOF Federal untuk membatalkan persetujuan Kerajaan Negeri Warisan yang hanya RM53.4 juta berkenaan. Bermula itu rundingan kadar semakan dibuat.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading