
Ada pihak telah membuat semakan SSM ke atas Mandiri Development Centre Sdn Bhd.
Sebelum itu kamu orang tahu juga kan pada 4 atau 5 Julai ini akan ada demonstrasi haram di Kota Kinabalu. Keberadaan kumpulan itu yang aku akan dedahkan dibawah, berdasarkan maklumat yang tersebar di media maya.
Didapati Mandiri Development Centre Sdn Bhd hanyalah syarikat atur cara perundingan. Bukan pertubuhan kebajikan jauh sekali memperjuangkan rakyat pokoknya bukan NGO.
Tapi diluar sana lagak mereka memang bukan main. Lagak NGO yang sangat hebat namun ternyata hanyalah syarikat untuk mendapatkan dana asing? Pui!
Hamdin yang lantang membela si Asraf tolol dan mengkritik Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ternyata dalang sebenar di sebalik kegiatan Mandiri masa kini.
Hamdin Nordin mendakwa Mandiri adalah organisasinya tapi setelah semakan dibuat ternyata namanya langsung tidak wujud. Bukan pengarah, bukan pemegang saham bukan juga Setiausaha.
Sebaliknya pengarah dan pemegang Saham adalah orang Semenanjung. Mereka ialah:
· Amir Hariri Bin Abd Hadi (Pengarah, memegang 500 saham)
· Chew Chuan Yang (Pengarah, 250 saham)
· Mohammad Alshatri Bin Abdullah (250 saham)
Tiada seorang pun anak Sabah. Membuktikan Hamdin hanyalah boneka dan dalang sebenar bersembunyi di belakang tabir.
Dipercayai Mandiri mendapat dana dari syarikat atau agensi luar negara.
Dana dari SOROS (PRO ISRAEL)
MANDIRI terima RM1.5 JUTA dari Tides Foundation – rangkaian Open Society Foundations George Soros.
3 transaksi besar ke akaun Mandiri telah dikenal pasti.
· 27 NOV 2024 – RM233,322.20
· 12 MAC 2025 – RM658,555.00
· 6 JUN 2025 – RM628,270.00
Soros bukan sekadar billionaire biasa, dia terkenal Pro-Israel yang menggunakan wang untuk mempengaruhi politik global.
Dulu di Hungary, dia dibuang negara sebab cuba jatuhkan kerajaan. Sekarang bawa taktik sama ke Malaysia!
MANDIRI = BISNES, BUKAN PERJUANGAN
Laman web Mandiri lebih banyak jual merchandise daripada perjuangan rakyat.
Demonstrasi Gempur Rasuah Sabah 3.0? Itu EVENT Dan MANDIRI adalah syarikat EVENT.
Mereka atur demo macam atur konsert. Bayar peserta. Jual baju. Kaut untung.
Mereka guna anak muda Sabah sebagai PERISAI. Guna Hamdin sebagai BONEKA menggunakan duit Soros.
Ini bukan pertama kali Soros mencampuri politik Malaysia.
Najib Razak sendiri pernah dikaitkan dengan anak Soros, Alex Soros. Yang merupakan sebahagian daripada usaha asing menjatuhkan kerajaan Malaysia. Dokumentari 1MDB dibiayai Open Society Foundations untuk pengaruhi pendapat awam.
Hasilnya Malaysia ada 4 Perdana Menteri dalam tempoh 4 tahun. Negara huru-hara, ekonomi terganggu.
Sekarang giliran Sabah pula mereka cuba kerjakan.
Amaran telah dikeluarkan dan disebarkan.
Ketua AMK dah gesa PDRM, SPRM, Bank Negara siasat dana asing MANDIRI.
PMX sahkan wujud plot guna pengaruh asing untuk menggugat kerajaan.
TAPI MANDIRI TERUS TERIMA DANA ASING. TERUS ANJUR DEMO. TERUS KACAU SABAH.
PERSOALAN AKHIR:
- Kenapa daftar sebagai syarikat Sdn Bhd, bukan persatuan bawah ROS?
- Kenapa semua pengarah dan pemegang saham dari Semenanjung?
- Kenapa Hamdin cakap “organisasi saya” tapi nama dia tiada dalam SSM?
- Kenapa terima RM1.5 JUTA dari jaringan Soros yang Pro-Israel?
- Kenapa guna nama NGO tapi sebenarnya syarikat event?
- Kenapa mau kacau Sabah sekarang?
RAKYAT SABAH, JANGAN JADI ALAT!






















Leave a Reply