
Aku merujuk dakwaan pemilik akuan Facebook bernama Hamdin yang mendakwa Si Asraf telah dihalang memasuki Sabah dan mangkuk itu menyalahkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Walhal ketika ini Datuk Hajiji Noor sedang mengerjakan ibadah umrah.
Perlu diketahui atitud orang Sabah soal hak dan keharmonian sama dengan orang Sarawak. Lihat penjelasan seterusnya.
Tuduhan ke Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor itu sangat melampau pun begitu jika benar sekalipun apa juga masalahnya? TIADA!
Siapa juga si Asraf setakat Melayu rosak dan kebanyakan yang tidak ingin melihat negeri dan rakyat Sabah berdikari dan hidup harmoni, macam Sarawak.
Mereka takut akan ada Sarawak 2.0, ini fakta!
Si Asraf orang Kedah berkahwin dengan orang Sabah. Aku tidak pasti isterinya berbangsa apa.
Tapi perlu diketahui isteri Presiden Warisan, Shafie Apdal adalah orang Kedah.
Akibat halangan itu si Asraf cuba memanipulasinya dengan mencipta naratif baharu konon tujuan dia datang ke Sabah untuk menjenguk isteri dan anak-anaknya. Alasan bodoh dan mengada-ngada memandangkan si Asraf berjawatan Pengarah Eksekutif Bersih dan dijadualkan pada 4 Julai ini akan berlangsung perhimpunan haram di Sabah.
Peliknya ada pula dikalangan rakyat Sabah yang menyokong secara total kenyataan si Hamdin berkenaan yang aku nampak dari kalangan netizen plastik aka generasi Ic projek dan beberapa ekor KDMR pro Warisan yang flip flop, sekejap bercakap soal hak Sabah dan menafikan kehadiran pihak dari Malaya. Tapi si Asraf dan si Hamdin yang mempersoal keistimewaan negeri Sabah mereka bela pula. Bodoh!
Benar akhirnya Sabah ditakdirkan tidak bersultan, namun kedaulatan Sabah tidak hilang malah semakin jitu. Yakni kuasa dan hak Imigresen yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.
Kuasa istimewa ini menjadi sarat dan termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 itu sendiri. Tanpa perjanjian Malaysia 1963 maka Malaysia itu sendiri tidak akan pernah ada.
Hari ini bila pentadbiran kerajaan Sabah menguatkuasakannya untuk kebaikan negeri dan rakyat Sabah itu sendiri, ada pula yang cuba pula meremehkannya. Bodoh!
Di Malaya tiada yang berani menghina kuasa Sultan atas alasan apa sekalipun, pasti mereka diheret ke Mahkamah dan di hukum. Apa lagi jika menghina Raja Thailand pasti di sumbat ke penjara tanpa perbicaraan di Mahkamah.
Ironinya yang meremehkan kuasa imigresen Sabah, mereka juga yang lantang bercakap perjanjian Malaysia 1963. Dasar golongan tidak jelas dan short memory.
Justeru aku tertarik pada kenyataan dibawah yang ditulis oleh seorang netizen Sabah bernama, Davina Marcus.
“Bila Sabah Guna Kuasa MA63, Kenapa Ada Sabahan Sendiri Yang Melenting?”
.
.
1️⃣ Kecoh pagi tadi bila Pengarah Eksekutif BERSIH dari Semenanjung dihalang masuk ke Sabah 🚫✈️.
Tiba-tiba di media sosial, keluar naratif jaja alasan “rindu anak isteri” ke seluruh negara. Saya rasa agak janggal 🤨 sebab awal2 lagi ramai yang tahu tujuan asal dia datang ke Sabah adalah untuk kumpul orang berdemo. Kenapa bila disekat, tiba-tiba mahu guna perisai keluarga? 👨👩👦🛡️
Kalau saya ada pasangan orang Semenanjung atau kawan2 orang Semenanjung, dan mereka mahu masuk campur urusan politik di sini, awal-awal lagi saya akan tegaskan kepada mereka: “Stay out of Sabah matters!” ✋🛑
2️⃣ Sebelum ada yang cepat melompat dan mula menuduh, “Eleh, takut la tu…” atau “Ni mesti nak back-up geng perasuah Sabah,” mari saya jelaskan pendirian saya di sini 🗣️….
Saya sama sekali tiada masalah dengan semangat belia-belia kita yang mahu menghapuskan rasuah ✊. Itu satu semangat yang sangat baik dan saya sangat bangga melihat belia Sabah mempunyai kesedaran sivik yang tinggi seawal ini 💪.
Saya sentiasa berdiri teguh bersama kebenaran.
Pada masa yang sama, saya juga percaya bahawa di dalam sistem kehakiman kita, masih ada orang-orang yang baik, benar, dan telus untuk mengendalikan isu tersebut ⚖️. So… “Innocent until proven guilty.”
3️⃣ Berbalik kepada isu sekat masuk, ada pihak yang melenting dan siap tabur fitnah konon ini arahan diktator Ketua Menteri.
Untuk makluman, Ketua Menteri kita pun sedang menunaikan umrah sekarang 🕋.
4️⃣ Tapi baca sini baik-baik ya, sahabat dan saudara Sabahans sekalian 👇:
Saya tidak peduli siapa pun Ketua Menteri hari ini, sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang. Keputusan menyekat kemasukan ini dibuat oleh pihak berkuasa keselamatan negeri.
Ini hak autonomi kita! Ini kuasa Imigresen kita! 📜🔒
###🛡️ Belajar Dari Ketegasan Sarawak 🛡️###
5️⃣ Tengok saja jiran kita, Sarawak 🤝. Kerajaan Sarawak telah menggunakan kuasa autonomi imigresen mereka berpuluh-puluh kali (terutama menjelang Pilihan Raya Negeri) untuk menyekat kemasukan ahli politik, aktivis NGO, malah penceramah bebas dari Semenanjung Malaysia 🚫.
Sebagai contoh, menjelang PRN Sarawak 2016 (ketika era Tok Nan), dianggarkan lebih 40 orang tokoh politik dan aktivis disenarai hitam daripada memasuki Sarawak atas alasan menjaga keharmonian kaum dan mengelakkan campur tangan luar 🙅♂️.
Antara nama-nama besar yang pernah disekat masuk termasuklah 📌:
❌️ Datuk Ambiga Sreenevasan (Bekas Pengerusi Bersih) dan Maria Chin Abdullah (Bersih).
❌️ Ahli Politik: Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Tony Pua, Teresa Kok, dan Mohamad Sabu.
❌️ Tokoh Kontroversi/Sayap Kanan: Datuk Ibrahim Ali (Perkasa), Datuk Seri Jamal Yunos, dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah.
Sarawak sangat tegas dalam hal ini. Jika mereka rasa kehadiran individu tersebut boleh mengganggu-gugat ketenteraman, membawa budaya politik luar yang toksik, atau cuba mencampuri urusan negeri, mereka akan #BAN tanpa kompromi ⛔.
6️⃣ Apa reaksi orang Sarawak? Mereka sokong 101% kerajaan mereka! 💯👏
Kenapa? Sebab mereka faham itu hak mutlak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Rakyat Sarawak bersatu hati walaupun berbeza pendapat dan sokongan politik. Sebab itulah Sarawak boleh maju dan membangun dengan stabil! 📈🏗️
7️⃣ Jadi kenapa, bila Sabah guna hak MA63 yang sama untuk lindungi keharmonian negeri kita, tiba-tiba ada dalam kalangan kita sendiri yang mahu memperlekehkan kuasa negeri kita demi membela orang luar? 🤦♂️
Di mana maruah kita sebagai Sabahan?! 🏔️ Kita yang sepatutnya menjadi barisan hadapan mempertahankan hak kita! ✊🔥
#Sabahan #SabahMajuJaya #HakAutonomi






















Leave a Reply