Yb Merotai Simpan Sikit Sengal Dan Rasa Malu Itu – Kenaikan Khas Tipu

Yb Warisan kalau beralasan jangan kamu terus percaya selagi belum ada yang menafikannya. Macam sekarang!

Nampak gigi tapi menipu, sopan sopan tapi terus membohong. Begini perangai pembangkang bila tidak lagi berkuasa.

Yb Merotai menafikan laporan berita atau jawapan bersurat dari Menteri Kewangan sebelum ini yang menunjukan pihak Warisan menipu rakyat Sabah berhubung pemberian khas.

Jawapan Parlimen Dedah Penipuan Warisan Rupanya Sabah Hanya Terima RM26.7 Bukan RM53.4 Juta

Sudah terang lagi bersuluh, kenapa lagi tidak mengakui kegagalan dan penipuan yang serba banyak telah berjaya memperdaya rakyat Sabah untuk mengundi calon Warisan pada pilihan raya negeri ke 17.

Apa lagi yang cuba dinafikan oleh Yb Merotai, Saripuddin. Jawapan balas Menteri Kewangan itu bukan jawapan politik untuk memburukkan parti Warisan memandangkan Warisan juga sebahagian dari kerajaan persekutuan.

Tapi itulah yang berlaku semasa Shafie Apdal jadi Ketua Menteri Sabah. Di telinga rakyat mendabik dada kononnya berjaya menambah pemberian khas dari RM26.7 juta menjadi RM53.4 juta. Tapi faktanya Shafie gagal menuntut pertambahan sehinggalah kerajaan Warisan ditolak oleh rakyat Sabah.

Ada dua sebab yang menyebabkan kerajaan Warisan gagal. Tiada idea untuk memulakan rundingan dan yang kedua bernasib malang. Mungkin akibat propaganda dan naratif yang disebarkan dalam usaha mendapatkan kepercayaan pengundi, ia perkara yang mustahil untuk ditunaikan hanya semata mata memberikan harapan palsu.

Itulah nasib yang diterima oleh negeri dan rakyat Sabah semasa kerajaan Warisan. Rugi!

Namun kalau kita baca penafian Yb Merotai berkenaan. Bertegas yang tuntutan mereka tidak berakhir di situ dan kononnya jawapan bersurat Menteri Kewangan berkenaan diambil dari luar konteks.

Memanglah tidak berakhir, soalnya sekarang hanya menuntut RM53.4 juta pun gagal. Itupun kerajaan persekutuan yang cadangkan bukan nilai yang dikehendaki oleh kerajaan Warisan.

Diambil dari luar konteks apa pula Saripuddin oi. Jawapan yang diberikan jelas menunjukkan RM53.7 belum dimuktamadkan dan RM53.4 juta itu tidak pernah diterima oleh kerajaan Warisan. Sedangkan sangkaan rakyat Sabah selama ini adalah sebaliknya.

Bayangkan jika soalan berkaitan pemberian khas tidak dikemukakan oleh Ahli Parlimen Sabah pro kerajaan. Maka sehingga hari ini rakyat Sabah hidup dalam pembohongan dan penipuan yang dibuat oleh kerajaan Warisan.

Apapun pihak Warisan boleh nyatakan sebagai alasan. Namun yang terjadi negeri dan rakyat Sabah yang rugi.

One thought on “Yb Merotai Simpan Sikit Sengal Dan Rasa Malu Itu – Kenaikan Khas Tipu

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading