
Penat kita menjawab pembohongan yang dijalankan oleh pembangkang Warisan. Sudah menjadi rutin mereka agaknya mencipta cerita kosong atau bohong kerna hanya dengan cara kotor ini dapat memanjangkan talian hayat mereka sebelum pilihan raya negeri akan datang. Memandangkan kerajaan GRS tidak melakukan kesilapan dan kesalahan besar dalam pentadbirannya hingga boleh dijadikan modal oleh pembangkang.
Tidak semudah itu, rakyat Sabah jauh lebih cerdik berbanding kebanyakan pemimpin Warisan, apa lagi laskar mereka. Untuk mempercayai apa yang mereka tokok tambah dan sebarkan, seperti isu air, letrik dan jalan baru baru ini.
Bukan hanya cerdik tapi tersemat dalam diri masyarakat Sabah, menolak Parti yang bernama Warisan.
Laskar Warisan tidak hanya rajin mencipta cerita kosong tapi juga tidak malu memanipulasi kejayaan kerajaan GRS, seolah olah ia tinggalan Warisan. Walhal kalau menurut Dr M, Ewon Benedict dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Presiden Warisan takut menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.
Mari saya jelaskan isu terbaru yang dimainkan oleh laskar Warisan, kononnya kerajaan Negeri Sabah tidak lagi menuntut 40% hasil Sabah di Persekutuan, setelah 40% ditukar menjadi pemberian khas oleh kerana itu SLS telah mengambil tindakan Mahkamah ke atas Persekutuan.
Pada 29hb June 2022 Sabah Law Society (SLS) telah mengambil tindakan ke atas kerajaan Persekutuan berhubung 40% hasil Sabah.
Perlu dimaklumkan tindakan SLS itu adalah atas inisiatif mereka yang di sokong oleh kerajaan Negeri Sabah. Bererti Warisan tidak terlibat langsung.
Baca link dibawah, membuktikan tindakan SLS berada dalam pengetahuan kerajaan negeri Sabah dan secara prinsipnya di sokong oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Baca juga link yang menunjukkan pendirian kerajaan GRS amat keras berhubung 40% hasil Sabah.
Video Rasmi KM Hajiji Menuntut 40% Hasil Sabah Dari Persekutuan
Warisan Berbohong Pasal MA63 & 40% Royalti Minyak Versi GRS
Sabah Akan Terus Tuntut Pemberian Khas 40%
KM Hajiji Tetap Menuntut 40% Hasil Sabah, Aziz Jamman Jangan Kuat Minta Puji
So kepada laskar Warisan aka Mawar Chanel, sekali lagi kamu kantoi membohong. Kali ini bukan hanya membohong tapi kedapatan mencuri usaha orang lain. Kurang itu berlagak seolah olah terlibat dan tahu dari awal SLS mengambil tindakan. Ambil cermin tu!
Beberapa waktu sebelum ini saya pernah berdebat dengan penyokong SLS berkaitan isu ini. Saya jelaskan bahawa kerajaan negeri Sabah juga akan mengambil tindakan Mahkamah jika 40% hasil Sabah tidak ditunaikan oleh Persekutuan. Dia balas oh yo kami sudah buat. Saya balas itu kamu punya urusanlah, kerajaan negeri Sabah lebih berhak.
Menjawab pembohongan yang disebarkan oleh laskar Warisan di atas. Benarkah kerajaan negeri Sabah tidak lagi menuntut 40% hasil Sabah, jawapannya tidak benar sama sekali, malah Ketua Menteri Sabah menyokong tindakan SLS itu.
Dua tahun lebih Warisan sebagai kerajaan negeri Sabah. Kamu tanya apa bentuk pendapatan yang mereka dapat selain royalti atau cukai petroleum yang juga diterima oleh kerajaan BN sebelum ini dan kerajaan GRS.
Adakah mereka mendapat setiap tahun 40% hasil Sabah dari Persekutuan? mustahil ada, sebab tidak pernah dirunding secara serius. Nampak? kemampuan kepimpinan Warisan, hanya memainkan propaganda usang dan memanipulasi usaha orang lain.
Perlu diingat SLS tidak mewakili kerajaan negeri Sabah, maka apa pun langkah yang mereka ambil, tidak akan ke mana ibarat gimik yang tidak menjadi. Maksud saya begini, tidak ada Perdana Menteri yang bodoh, membiarkan orang luar seperti SLS mengambil tugas seorang Perdana Menteri hingga lebih popular dari Perdana Menteri Malaysia itu sendiri. Hanya laskar Warisan dan masyarakat kelas ketiga yang melihat SLS lebih besar dari kuasa Perdana Menteri dan seorang Ketua Menteri berhubung Perjanjian Malaysia 1963.





















