
Langkah awal rakyat Sabah mengguna pakai undang-undang untuk menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963, pun bergema.
Bilamana Persatuan Undangundang Sabah (SLS) akan mengemukakan semakan undang-undang berkenaan tuntutan 40 persen royalti minyak ke atas kerajaan Persekutuan. Hal ini disokong penuh oleh kerajaan negeri Sabah atau Ketua Menteri Hajiji Noor atas dasar melihatnya dari sudut yang positif antara lainnya merealisasikan kehendak rakyat Sabah.
Sebelum ini Masidi Manjun ada menegaskan, sekiranya tuntutan itu berhadapan dengan alasan retorik maka Sabah akan memulakan proses undang-undang, sebagai jalan penyelesaian.
Untuk makluman sejak dari awal perjanjian Malaysia 1963 tidak dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Macam celak jak!
Ini yang rakyat Sabah inginkan, yang terpendam sejak puluhan tahun yang lalu iaitu menuntut hak seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 dengan penuh keberanian, soal menang atau kalah belakang cerita. Namun hak yang selama ini tidak dihormati akan tetap diperjuangkan hingga akhir.
Semestinya selagi 20 puluh perkara dalam perjanjian Malaysia tidak ditunaikan walaupun tidak sepenuhnya. Pasti akan terus menjadi alat kepada generasi Sabah yang akan datang
Mungkin kerana sikap dalaman rakyat Sabah itu sendiri yang terkenal sebagai pemberani dan ada rasa malu yang menebal.
Sebaliknya jika tidak dituruti maka lama-lama akan bertukar menjadi kanser yang akan sangat sukar untuk diubati atau ditangani.
Justeru itulah sudah tiba masanya perjanjian Malaysia dirungkai hingga dapat memuaskan hati rakyat Sabah walaupun tidak kesemuanya. Sebab maklumlah dikalangan penduduk Sabah sendiri masih ada yang tidak ada semangat kenegerian.
Orang Sabah terkenal dengan sifat atau sikap yang setia. Tetapi kalau kesetiaan mereka diperalatkan hanya untuk keuntungan sebelah pihak, sedangkan mereka tidak menerima perubahan seperti yang dijanjikan, maka selepas satu ketika berhati-hatilah dengan kesanggupan orang Sabah.
Rakyat Sabah sedar apa yang menyebabkan mereka ketinggalan berbanding negeri negeri tertentu yang lain, walhal mereka tahu Sabah sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil maklum permohonan Persatuan Undangundang Sabah (SLS) untuk semakan kehakiman berhubung isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan Sabah melihat inisiatif SLS dari sudut positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kepentingan bersama aturan perlembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada
1963.
“Kerajaan Sabah telah, dan akan terus menerus dan bersungguh-sungguh menuntut hak 40% dan lain-lain hak serta kepentingan Sabah dengan kerajaan Persekutuan,” katanya.
April lalu, Hajiji berkata Sabah mengalu-alukan kenaikan empat kali ganda Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini melihat ia langkah yang baik untuk pembangunan Sabah sementara Kerajaan Negeri akan terus menuntut 40% seperti yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963.