
Semalam saya berdebat hingga lewat malam dengan penyokog Warisan daripada Papar. Ramai juga penyokong Warisan daripada Papar ya.
Tapi saya tinggalkannya apa bila dia tidak percaya dengan kenyataan bahwa “SLS” juga wujud di Sarawak dan bertindak ke atas Perjanjian Malaysia 1963.
Malah dia mencabar agar membuktikan kenyataan saya itu dalam tulisan.
Terus saya nampak, ternyata saya berhadapan dengan tin kosong.
Penyokong Warisan melihat seolah-olah SLS entiti yang lebih besar dari Wilayah yang terlibat dalam perjanjian Malaysia 1963 atau SLS itu sendiri benar benar ada hak ke atas perjanjian Malaysia 1963 melebihi pemerintah Sabah, Sarawak dan Malaya yang selepas itu membentuk Malaysia dan kerajaan Persekutuan.
Begitu terdesaknya puak Warisan dalam usaha mengembalikan kepercayaan segelintir masyarakat Sabah setelah agenda Sabah Ubah gagal mereka tunaikan.
Saya cakap semalam SLS hanyalah gimik politik yang ada agenda tersendiri dan didalangi pihak tertentu.
Di Sarawak juga ada pihak luar yang cuba menjadi hero dalam perjanjian Malaysia 1963.
Tapi sikitpun tidak dihargai oleh masyarakat Sarawak termasuk penyokong pembangkang, kerana mereka tahu 12 plaintif itu tidak ada autoriti selain menjadi alat kepada pihak tertentu yang berkepentingan dan berniat jahat.
Berbeza dengan penyokong parti Warisan di Sabah, tampak begitu bersungguh mempolitikan SLS tanpa mengira implikasinya. Maknanya pengetahuan puak Warisan masih sangat cetek dan jiwa hati mereka belum mendaulatkan negeri Sabah dalam erti kata yang sebenarnya.
Pada Mei baru ini Mahkamah Tinggi Sarawak telah membatalkan saman 12 plaintif yang bertujuan mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan kerana alasan yang mereka kemukakan tidak munasabah.
Untuk itu plaintif memohon pengisytiharan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 terbatal sejak daripada awal.
Pesuruhjaya kehakiman Alexander Siew berhujah saman yang dikemukan 12 plaintif ke atas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak tidak mampan dan dianggap salah.
Tambahnya lagi Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi dan Sabah Sarawak menjadi sebahagin daripada Persekutuan. Sabah Sarawak tidak boleh dibuang dari Malaysia tanpa pindaan dari Perlembagaan.
Jika disebut Perlembagaan maka sudah tentulah hanya Agong yang boleh meluluskannya atau megubalnya.
Oleh itu Mahkamah Tinggi Sarawak mengarahkan 12 plaintif membayar RM10,000 setiap seorang kepada kerajaan persekutuan dan Sarawak.
“Sebarang pindaan Perlembagaan juga memerlukan sekurang-kurangnya dua pertiga sokongan Parlimen dan persetujuan kedua-dua negeri,” katanya ketika membenarkan permohonan Putrajaya untuk membatalkan saman itu.
“Mahkamah ini tidak boleh mengenepikan atau menulis semula Perlembagaan Persekutuan, yang mana ia akan menjadi bersalah jika ia memberikan pengisytiharan yang diminta dalam saman ini,” tambah Siew.
Disember lalu Peguam kanan Persekutuan Shamsul berhujah Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk melayan saman ini atau seperti ini.
Plaintif berada di bawah “salah faham yang teruk” bahawa mereka boleh mendesak Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia melalui proses mahkamah, kata Shamsul.
Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, Liew Horng Bin dan Zain Ibrahim serta peguam persekutuan Athina Sim turut hadir untuk Kerajaan Persekutuan.
Peguam JC Fong, Nicholas Bowie Buyong dan Khairul Kabir Abdul Kadir mewakili Kerajaan Sarawak, yang mengambil pendirian yang sama seperti Putrajaya.
Menunjukkan disini tidak semua kes yang dibawa ke Mahkamah ada asasnya. Apa lagi melibatkan perlembagaan dan perjanjian Malaysia 1963. Jadi pada masyarakat Sabah mulai hari ini, jangan mudah terkesan oleh sentimen yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Warisan dan penyokong mereka. Itu semua manipulasi untuk menidakkan kemampuan dan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan GRS.





















