Gelap Apa Di KKIA Shafei, Ketinggalan Bas Kah?

Kita semua pernah merasa era PH sebagai pembangkang. Mereka juga yang membongkar skandal penyelewengan melibatkan pemimpin pemimpin UMNO. 

Walaupun ada kritikan mereka yang tidak membina dan mengada-ngada, tapi tidak  seteruk pembangkang Warisan di Sabah. Sudahlah mengada-ngada, kuat lagi membohong dan menokok tambah berita supaya kerajaan GRS dinilai lemah oleh masyarakat.  

Ironinya kerana pembohongan  atas nama propaganda, Warisan berjaya menjadi kerajaan negeri setelah membeli wakil rakyat BN. Namun hanya bertahan dua setengah dan tumbang pada pilihan raya negeri 2020, apa bila diketahui rupanya kepimpinan Warisan cakap tidak serupa bikin.

Kritikan Warisan berhubung gangguan letrik, air dan jalan raya, hakikatnya diwarisi dari kerajaan mereka. Bila mana gagal  menambah baik perkhidmatan yang sedia ada.

Kalau pun pihak Warisan menafikan dengan  mendakwa ia juga  diwarisi dari kerajaan terdahulu. Soalnya siapa Menteri  KKLW ketika itu?

Letrik|Warisan Wajib Malu Pada DAP Sabah

Peter Anthony Direman Tiga Hari – Skandal KKLW (RISDA)

Jalan Raya Sabah Era Shafie Menteri KKLW Macam Pintu Masuk Neraka (Video)

Orang Kunak Kirim Air Kencing Pada PM Angkara Shafie Gagal Masa Menteri KKLW – Isu Air (Video)

Si Junz Wong Naib Presiden Warisan, sebelum ini  mengutarakan cerita tandas lapangan terbang Kota Kinabalu berbau busuk.

Namanya  juga tandas digunakan oleh semua orang, termasuk  pelancong  luar negara, tanpa mengira umur. Oleh itu  jangan hairan, ada ketikanya tandas tidak menampung keperluan pengguna, apa lagi kalau pengguna tidak ada didikan sivik.

Maka itulah hanya si Junz Wong  kuncu kuncunya yang sibuk pasal bau tandas di KKIA. Rakyat biasa sehingga hari ini steady jak sebab memahami keadaan.

Pihak Warisan tidak tahu atau buat buat tidak tahu, era mereka bau tandas macam mau bangkai pun ada, saya sendiri mengalaminya.

Terbaru Presiden Warisan yang juga Adun Senallang. Mengkritik gangguan  bekalan letrik di lapangan terbang Kota Kinabalu.

Rasanya isu lapuk bha ni, sengaja di recycle. Kritikan kali ini hanya membuktikan lagi Warisan sudah ketandusan isu.

Gangguan letrik yang dimaksudkan oleh Shafei  berlaku pada Ogos 2023 disebabkan kerosakan alat di pihak KKIA. Hal ini pernah dikritik oleh pemimpin UMNO dan telah pun dijelaskan oleh SESB, kalau saya tidak lupa.

KKIA Bergelap Sebab Masalah Teknikal KKIA Bukan SESB Jauh Sekali Kerajaan GRS

Dalam masa sama Shafie menggambarkan kerana  rakyat Sabah bekerja di Semenanjung, maka itu menunjukkan kerajaan negeri gagal. Orang Sarawak pun ramai yang bekerja di Semenanjung. Alahai kau lah bha Shafie.

Rezeki manusia Allah sudah tentukan. Jadi tidak  wajar  dipersoalkan semata mata, apa lagi  dipolitikkan. Nampak sangat kurang didikan agama tu. 

Bukan bererti di Sabah tiada peluang berekonomi. Hari  ini kita tengok masih ramai  rakyat Sabah berniaga dan bekerja di negeri sendiri. Malah kalau kita dengar cerita masyarakat, ramai yang balik kampung, sebab gaji yang mereka terima di Semenanjung tidak mampu menampung kos seharian.

Tidak  perlu Shafie  sibuk pasal nasib orang luar, bukan juga  tanggungjawab hakikinya. Lebih baik dia fokus  pada pengundi di Parlimen Semporna.

Semasa kerajaan Warisan, komuniti kampung Simunul diarahkan berpindah ke lokasi atau tanah milik persendirian. Tapi apalah sebab tapak kampung Simunul memang milik peribadi atau individu.

Sekarang lokasi baru, dipenuhi  kegiatan yang tidak sihat.

Mana janji Shafie akan membina semula rumah rumah mangsa kebakaran di Kampung Bangau-Bangau? dua tahun lebih menjadi Ketua Menteri Sabah, habuk pun tidak. 

Yang saya nampak hari ini, Ketua Kampung lantikan GRS pula yang sibuk memikul tanggungjawabnya. Itupun kuncu kuncu Shafie dalam kerajaan GRS, cuba menghalangnya. Takut kot, pakcik mereka iaitu Shafie kehilangan sokongan diperingkat kampung atau akar umbi.

Kalau ada lagi orang kampung yang menyokong Warisan, memang dia kufur nikmatlah setelah pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan GRS berbanding Shafie hanya pandai menabur janji bulan bintang. Maksud saya, memang dia dari DNA bodoh bukan lagi kesalahan sesiapa.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading