Naib Ketua Warisan Bahagian Semporna Tinggalkan Shafie

Semalam saya terbaca satu artikel dimana Naib Ketua Warisan Bahagian Semporna dan beribu ahli parti meninggalkan Shafie atau parti Warisan. Bye bye Warisan!

Saya kenal individu yang dipakaikan topi parti Gagasan Rakyat itu. Saya kenal sebab kami pernah menyokong orang yang sama dan kami pernah bertekak sebab mempertahankan pendirian masing masing. Dia membela atau mempertahankan Shafie, sebaliknya saya menafikan kemampuan Shafie atau Tun Dr Mahathir waktu itu. Kejadian berlaku semasa ambang pilihan raya umum 2018.

Saya masih ingat kata kata pedas yang dilemparkan pada saya masa itu. “Setakat manalah pemikiranmu atau taktikmu berbanding Tun Dr Mahathir”. Lebih kurang begitulah.

Waktu itu saya benar benar tahu taktik yang digunakan oleh Warisan memandangkan saya adalah pemilik blog Kihampau Tohoh dan Jalin Luin yang antara bertanggungjawab memperkenalkan Warisan sekaligus mengaitkan parti Warisan dengan perjanjian Malaysia 1963. Dalam masa yang sama menentang perkara yang dilakukan oleh UMNO baik di Sabah mahupun di Semenanjung.

Namun hari ini segalanya berubah mereka kini bersama pihak yang saya dokong iaitu kepimpinan GRS atau GR. Alhamdulillah!

Dia ialah Marunda KK Ampong bersama 3,400 ahli Warisan melibatkan 69 Cawangan.

Alasan mereka meninggalkan Warisan ialah kerana parti Warisan bukan lagi landasan untuk meneruskan perjuangan membela hak hak rakyat Sabah. Sebaliknya menuntut hak hak Sabah hanya boleh dilakukan oleh parti Gagasan Rakyat (GR) kerana parti tempatan ini ada visi dan misi membangun Sabah dalam pelbagai sudut.

Saudara Marunda juga memaklumkan keputusan meninggalkan Warisan dibuat selepas melalui perbincangan dengan kawan kawan yang terbabit.

Mereka yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sekaligus menjadi titik tolak kepada penyatuan pemimpin-pemimpin dan rakyat di negeri ini.

Untuk makluman dialah yang mengalahkan calon yang dipasang oleh Shafie Apdal iaitu Imran Lambahi bagi merebut jawatan Naib Ketua Warisan Bahagian Semporna.

Bukan alang alang Shafie berkempen bagi pihak si Imran, sampai viral di media sosial bha. Tapi apa kan daya, kebanyakan ahli Warisan di daerah Semporna tidak suka pada calon berkenaan sekaligus menganggap kepimpinan Shafie tidak lagi relevan untuk disokong, terutamanya golongan muda.

Nah kalau dalam Semporna pun Warisan atau Shafie dianggap tidak lagi relevan oleh kumpulan masyarakat yang terlibat dalam politik. Bagaimana pula dengan orang luar, kamu kenal sangat kah siapa Warisan tu? astaga!

Jangan jadikan diri anda tukang puji kebaikan Shafie atau Warisan sedangkan kamu sendiri tidak merasa kebaikannya, persis si buta huruf yang ikut berpolitik.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: