UMNO Kinabatangan Tidak Terjejas Walau Ramai Keluar Parti? Hipokrit

Unsur kenyataan akibat tertekan kebiasaannya hipokrit, sebab hanya kenyataan seperti itu yang berkemungkinan mampu menutup kegagalan mereka.

Agar rakyat diluar sana beranggapan UMNO masih ada kekuatan atau masih relevan. Sedangkan UMNO telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Lihat keputusan dua pilihan raya umum, UMNO kalah teruk kepada pembangkang. Paling terbukti pada pilihan raya umum 2022, UMNO hanya mendapat 25 kerusi dari 222 kerusi Parlimen.

Di Parlimen Kinabatangan yang diwakili Bung Mokhtar melihatkan beberapa pemimpin UMNO telah menyatakan sokongan mereka kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor atau kerajaan GRS sekaligus menyatakan akan menjadi ahli parti Gagasan Rakyat (GR). Itu bermakna mereka meninggalkan UMNO.

Mereka diketuai oleh Juhari Janan bersama 2000 ahli UMNO meliputi 25 Cawangan UMNO serta ahli jawatankuasa parti.

Atas alasan kerana ingin seperti Sarawak yang ditadbir oleh parti tempatan.

Saya percaya sebab utama lain ialah kerana tidak lagi percaya pada kepimpinan Bung Mokhtar selaku Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan sekaligus Ketua UMNO Sabah yang tidak adil pada mereka dan terlalu mementingkan diri.

Selain bilamana UMNO bekerjasama dengan Warisan bagi merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada GRS.

Namun begitu pemimpin UMNO Kinabatangan atau orang kuat Bung Mokhtar iaitu Titing Putang menyatakan tindakan Juhari Junan dan ahli UMNO yang keluar parti tidak memberi kesan pada mereka atau UMNO itu sendiri.

UMNO Kinabatangan tidak terjejas walaupun ramai pemimpin-pemimpin utama di peringkat pertengahan dan bawahan keluar parti? Kenyataan yang hipokrit, sangat hipokrit.

Masih lagi yang ada percaya UMNO dalam keadaan sekarang. Bodohlah tu!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: