“Pejabat” Warisan Selepas Berkali Kali Pai Ulung

Apa boleh buatlah, kerana Michael Govind tampak Warisan semakin ditolak dan tampak mengecewakan para penyokong-penyokong Warisan. Ertinya mereka kecewa hanya kerana kebodohan orang orang seperti Govind selaku laskar Warisan, siapa lagi. 😂

Salah pilih kawan semasa menghadapi Pilihan Raya Umum 2022, kononnya bergerak solo tahu-tahu hanya mendapat tiga kerusi parlimen. Lepas itu terhegeh-hegeh mendakwa kononnya Warisan yang paling awal memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan. Tiga kerusi jak pun. 👎

Tiba tiba hilang agenda Sabah Ubah yang menolak kerjasama secara total dengan parti parti dari Malaya.

Sebelum pilihan raya umum 2022 Warisan bergaduh besar dengan DAP, walhal DAP sanggup menggunakan lambang parti Warisan pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020. Punya kawan makan kawan. 👎

Terbaru cuba bekerjasama dengan UMNO untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Hajiji Noor atau GRS tapi gagal atau sekali lagi Pai Ulung. Bila mana Adun UMNO yang enggan bekerjasama dengan Warisan menyatakan tidak menyokong Bung Mokhtar begitu juga sebaliknya Adun Warisan meninggal parti bila Warisan bekerjasama dengan UMNO. 👎

Lalu timbul lah cerita pasal rumah bagi tujuan menghina yang dicipta oleh laskar Pai Ulung Warisan dan disebarkan macai mereka Si Michael Govind. Nama pun pelik macam tidak ada kaitan dengan negara Borneo tapi berlagak memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963, tentang mana tu?

Sehingga hari ini Warisan terus berada dalam kegagalan makanya melalui Ahli Parlimen Kota Belud mendesak agar Warisan diakui sebagai juga kerajaan dalam kerajaan negeri Sabah. Tentang mana Kerajaan Perpaduan boleh diterapkan di peringat negeri Sabah. Sudah pun cuba merampas kuasa kerajaan negeri alih alih minta diiktiraf sebagai sebahagian dalam kerajaan GRS. Hilang kemaluan kah kepimpinan Warisan tu ya?

Meroyan dalam politik, meroyan saya anggap perkara biasa dalam politik tapi si Michael dan laskar Warisan yang lain, lain macam dan keterlaluan. Bukan pula bererti mereka telah berjaya memburukkan GRS sebaliknya Warisan memburuk sendiri hanya kerana kebodohan jentera Warisan.

Ironinya semakin laskar Warisan meroyan kan kerajaan GRS semakin itu juga Adun Warisan meninggalkan Warisan itu sendiri.

Apa lagi selama ini tiada satupun kenyataan yang mereka terbukti benar. Lagi malang kenyataan mereka tidak padan dengan umur. Macam si Michael Govind itu.

Jangan kau Govind lupa siapa yang memperkenalkan kau pada Shafie Apdal. Hakikatnya sejak daripada dulu politik mu tidak diperlukan. Apa lagi kenyataan mu pun tidak pernah terbukti benar.

Tidak wajar dan tidak patut Pejabat Ketua Menteri disamakan dengan Sepilok. Pejabat Ketua Menteri Sabah digunakan untuk mengurus semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Kurang ajar benar kau Govind oiii!

Bah sekarang ni saya tunjukkan pula “pejabat” atau rumah di DUN Bugaya yang dijanjikan akan dibina semula oleh Shafie Apdal pada kempen pilihan raya umum 2018 dan pilihan raya negeri Sabah 2020. Tapi sehingga hari ini satu batang tiang pun tidak kenampakan. Ini bukan fitnah!

Kamu orang tahu bagaimana caranya pemimpin dan jentera Warisan menipu penyokong mereka supaya mereka dilihat bertanggungjawab. Mereka bergambar setiap kali ada pembaikan frasarana walhal itu mereka lakukan lima tahun sekali. Untungnya Warisan sebab di dukung oleh golongan yang kurang harga diri.

Tidak salah kenapa masyarakat setempat mengeji kepimpinan Shafie selaku Presiden Warisan sebagai pembohong, kalau dalam bahasa Bajau dipanggil Pilliuw.


Kerajaan Warisan pernah melepaskan pengedar syabu. Sebab itulah rata rata penyokong Warisan macam orang kurang vitamin atau tidak ada aura atau serba tidak kena. Macam orang yang selamanya dirundung masalah hidup.

Tadi bersembang dengan seorang remaja, itu yang mereka nampak. Rupanya mereka tahu lebih dari saya.

Seolah olah Warisan tumbang oleh doa orang orang yang baik.

Jadi pernah memberikan sokongan pada parti ini. Memang kamu lah yang akan sial.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: