
Kesiannya pemimpin UMNO ini, pemimpin yang paling ditolak oleh rakyat Sabah.
Ditolak kerana dirinya yang tidak dikenali. Selain tidak dikenali, Bung juga manusia yang tidak boleh dipegang pada janjinya, apa lagi UMNO membela kepimpinan yang terlalu tidak amanah. Membuat UMNO terus ditolak oleh rakyat Sabah.
Semalam Bung mengata kononnya 9 Adun Sabah yang melompat adalah monyet. Ini sajalah modalnya agar dirinya dilihat lebih baik dari orang lain dan masih relevan. Walaupun telah kantoi di Mahkamah kerana menyeleweng wang rakyat.
Sehingga hari ini Bung Mokhtar dan isterinya dibicarakan di Mahkamah kerana skandal FELCRA.
Malang benar, sudahlah UMNO dianggap parti yang bertanggungjawab memiskin Sabah, ditambah lagi dengan pemimpin pemimpinnya sering dituduh mencuri wang rakyat. Malah keperibadian mereka bercanggah dengan nilai nilai baik dalam masyarakat, seperti contoh kaki judi dan sebagainya.
Tapi ada hati mengata orang lain monyet. Monyet apa kalau sikap sebenar monyet ialah suka mencuri hak orang, persis pemimpin UMNO.
Bung juga mendakwa Adun yang menyertai GRS atau GR tidak berpendidikan tapi dilantik sebagai Menteri.
Terlampau sangat sudah kau Bung oiii. Itulah siapa suruh tamak dan tidak amanah hingga terdesak seperti sekarang. Kata katanya hanya membuktikan akal dan moralnya yang sudah rosak.
Siapa mereka yang tidak berpendidikan itu?
Dalam dunia hari ini yang menuntut kebijaksanaan atau wisdom. Status pendidikan hanyalah status. Ia bukan lagi kriteria yang menjadi keutamaan hingga dapat menarik kepercayaan orang lain selaku pemimpin.
Tahap pendidikan hanya dijadikan tiket untuk mencari pekerjaan semata mata. Apa lagi jika tidak berpendidikan dan tidak amanah seperti mana beberapa pemimpin UMNO. Termasuklah Shafie sendiri semasa memikul jawatan Menteri KKLW.
Bung sendiri berpendidikan sangat kah? macam moron saja tu.
Mengalihkan sokongan kerana tidak lagi selesa dengan tempat lama adalah perkara yang dianjurkan dan dipuji. Seperti mana Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah, akibat terlalu dikelilingi oleh orang orang yang jahil.
UMNO atau Bung Mokhtar ketika PRK Kimanis berjanji akan merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 tapi setelah diberikan kemenangan. Sedikit pun perjanjian Malaysia tidak disentuh oleh UMNO sehinggalah hari ini.
Yang mereka sibukkan bagaimana memperalatkan kedudukan dalam kerajaan supaya tidak meringkuk dalam penjara.
Selepas PRU 2018 UMNO berstatus pembangkang di Sabah tapi kerana Bersatu Sabah waktu itu giat menggugat kerajaan negeri Warisan terjadilah pilihan raya negeri 2020. UMNO yang tidak terlibat merobohkan kerajaan Warisan menuntut agar diberikan lebih kerusi dalam pilihan raya itu. Namun kalah teruk, bayangkan tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas.
Pun begitu Bung dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana ada kerusi UMNO yang terbabit membentuk kerajaan negeri Sabah. Tapi masih tidak berpuas hati sehinggalah dia bersekongkol dengan Warisan bagi merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS tetapi gagal. Persis perangai monyet.
Kamu ingat tujuan UMNO dan Warisan merampas kuasa demi rakyat kah? tidak adanya ia hanya bertujuan untuk menyelamat Bung dari sabitan bersalah di Mahkamah akibat skandal FELCRA.
Dakwaan salah gunakuasa yang dihadapi oleh orang kepercayaan Bung iaitu Ketua Bahagian UMNO Tawau menambah lagi keterdesakan Bung supaya bersikap tamak dan gila kuasa.
Warisan adalah musuh utama UMNO begitu juga sebaliknya. Tetapi kerana ketamakan dan terdesak mereka bekerjasama. Oleh kerana itu jugalah beberapa Adun Warisan atau UMNO meninggalkan parti mereka.