
Tindakan yang cerdik dari kerajaan negeri Sabah, GRS. Apabila memanfaatkan keberadaan imigrasi dengan menukar keperluan mereka menjadi pendapatan negeri seperti mana warganegara membayar bil bulanan. Dalam masa sama menutup ketirisan yang selama ini merugikan semua pihak.
Baguslah nampaknya kerajaan GRS menanggapi kemanusiaan dan menyedari sesungguhnya bumi ini milik Allah. Perlu diingat sesiapa yang berbuat baik pasti mereka sentiasa dalam lindungan Tuhan.
Sebab itulah walaupun banyak usaha menjatuhkan kerajaan GRS tapi berjaya digagalkan atas izinNya. Sebaliknya yang berlaku pada Warisan bila gagal sebagai kerajaan maka Tuhan jua yang menjatuhkannya. Warisan hanya mampu bertahan dua tahun setengah apa bila ditumbangkan oleh rakyat Sabah melalui pilihan raya negeri 2020.
Diberitakan SESB akan memperkenalkan prabayar bekalan elektrik di kawasan setinggan yang selama ini menjadi tempat aktiviti mencuri letrik dan telah dikenal pasti sebanyak 193 koloni melibatkan 31 ribu buah rumah.
Jika bil prabayar itu berjaya dilaksanakan maka sudah tentu pastilah aktiviti memancing atau mencuri letrik dikawasan setinggan akan hilang secara beransur ansur.
Namun demikian pendekatan SESB atau kerajaan ini dipandang negatif oleh pemimpin dan penyokong Warisan dengan mendakwa kerajaan GRS kerajaan mesra PATI.
Kamu tengok betapa bodohnya pihak Warisan keperluan asas pun mereka tidak kan atau politikkan. Mentang mentanglah mereka pembangkang, mereka ingat semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan GRS mesti dinafikan. Tololnya. Hahaha!
Warisan berpeluang menjadi kerajaan negeri Sabah tapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan termasuklah dalam hal mengurus imigran.
Benar masyarakat imigran atau PATI tidak boleh mengundi tapi ramai kaum keluarga mereka yang boleh mengundi. Sebab itulah Warisan mempratikkan politik serampang dua mata. Satu mata anti PATI satu mata lagi pro PATI tinggal lagi ramai PATI buta mata dan hati kalau sebenarnya mereka hanya diperalatkan oleh Warisan.
Ramai PATI yang membanggakan Shafie atau Warisan sedangkan mereka sendiri tidak pernah merasa kebaikannya baik secara peribadi mahupun melalui pentadbirannya. Mereka hanya mendengar cerita dari seorang dua yang menerima bantuan kecil dari Shafie sebagai Menteri UMNO pada ketika itu, cerita itu yang dijajah seolah olah pemimpin lain tidak melakukannya. Alahai
Seperti contoh hantar mayat balik kampung. Pemimpin GRS juga melakukannya tinggal lagi tidak di hebohkah.
Saya mahu tanya semasa Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah, perkara apa yang boleh dibanggakan oleh masyarakat imigran atau PATI?
Warisan hanya pandai memanfaatkan PATI tapi dalam keadaan tertentu sebenarnya mereka direndahkan atau dihina oleh orang orang kuat yang ada di sekeliling Shafie.
Itu yang saya katakan berulang kali. Orang miskin yang menyokong Warisan adalah golongan bodoh. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan pada mereka dan hanya pihak mana yang mendapat manfaat dari kepimpinan Warisan.
Pun mengikut pemerhatian saya, sebelum agak ramai masyarakat imigrasi menjadi penyokong Warisan, tapi sekarang tidak lagi. Ramai sudah yang ada kesedaran.
Kebodohan itu kalau mereka biarkan yang rugi mereka juga. Sedangkan wakil wakil rakyat atau pemimpin Warisan menerima gaji setiap bulan.