Sepatutnya Shafie Sedar Diri Bukan Menyalahkan KM Hajiji – Nizam

Sememangnya benar dakwaan Ketua Penerangan GR Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Mari kita elaborat….

Sepatutnya Shafie sedar diri berhubung perkembangan politik Warisan yang semakin ditolak oleh rakyat Sabah. Bukan malah mencipta cerita kosong atau dongeng macam laskar Warisan.

Daripada mencipta cerita dongeng lebih baik Shafie menyalahkan dirinya selaku Presiden Warisan setelah beberapa ADUN keluar meninggalkan Partinya. Ini sangat betul!

Mereka keluar sebab parti Warisan tidak lagi sesuai menjadi platform yang memperjuangkan hak-hak dan membela rakyat, ini kerana para pemimpin utama parti Warisan lebih gemar menimbuikan polimek dan menggugat ketidakstabilan politik hingga menyusahkan rakyat dan mengganggu agenda
kerajaan GRS membangunkan negeri ini.

Dakwaan Shafie kononnya ADUNnya keluar parti kerana telah dibeli ia adalah dakwaan bukan sahaja fitnah tetapi murahan dari seorang Presiden parti dan bekas Naib Presiden UMNO Malaysia. Yang hanya bertujuan untuk merosakkan repotasi kerajaan Sabah dibawah pimpinan Datuk Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri.

Shafie di Parlimen baru baru ini membuat cerita dongeng kononnya sebab wakil rakyat Warisan keluar parti kerana dibeli oleh GRS.

Hakikatnya cerita dogengnya itu hanya mengesahkan lagi sikapnya yang suka berpolimek hingga menimbulkan ketidakstabilan politik di Sabah.

Kalau sekadar jual air liur busuk, Cybertrooper Warisan pun boleh buat, jadi adalah lebih baik Shafie tampil membuat laporan rasmi ke SPRM agar siasatan yang lebih lanjut dapat dijalankan keatas tiga Adun yang keluar parti iaitu Adun Kunak, Adun Kudat dan Adun Tanjung Kapor.

Ingat Shafie, rakaman perbualan Adun Kunak yang dijadikan bahan bukti oleh Shafie itu bukan bukti tapi lebih kepada hearsay yang tidak berasas sekaligus tidak menunjukkan transaksi telah berlaku. Siapa tahu ia hanyalah alasan Adun Kunak supaya tidak dipersalahkan.

Setuju dengan kenyataan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan bahwa sepatutnya Shafie menginsafkan dirinya rentetan kekalahan Warisan pada PRU-15 lalu yang membuktikan Warisan semakin ditolak oleh rakyat Sabah, parti bila mana hanya berjaya mempertahankan 3 kerusi Parlimen dari 5 kerusi pada PRU-14 yang lalu. Apa lagi kekalahan itu melibatkan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking di Penampang dan Ketua Penerangan Warisan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: