
Baru sebentar tadi saya mendengar hujah Presiden Warisan, Shafie dalam sidang Parlimen, tentang tiga Adun Warisan yang keluar parti dan menyokong kerajaan GRS.
Shafie menuduh mereka kononnya telah dibeli terutamanya Adun Kunak sebanyak RM tiga juta.
Tuduhan yang tidak berasas setiap tuduhan yang tidak ada bukti maka ia merupakan fitnah. Apa lagi yang menuduh itu dari kalangan orang orang yang kecewa dan terdesak.
Sebelum ini Warisan dan UMNO yang diketuai Bung Mokhtar telah merancang untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS tetapi berjaya di patahkan. Menyebabkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dicabut dari Bung Mokhtar.
Shafie Apdal atau Warisan pula kekal sebagai pembangkang malah kantoi cakap tidak serupa bikin. Bila bekerjasama dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan negeri GRS sedangkan sehingga hari ini UMNO adalah modal Warisan untuk dibogelkan. Tanpa UMNO yang dijadikan modal oleh para laskar Warisan untuk dihujat sudah lama Warisan berkubur.
Tengok juga kenyataan Bung Mokhtar semasa mencela Shafie, siap sebut nama Tuhan macam saja bukan pemimpin UMNO yang tidak terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.
Bung Mokhtar bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang jawatan tidak kekal abadi. Maksudnya tu jawatan Ketua Menteri Sabah sekarang disandang oleh Datuk Hajiji Noor tidak akan bertahan lama dan akan digantikan olehnya. Hahaha. Jangankan diri Bung Mokhtar yang diterima oleh rakyat Sabah, parti UMNO sendiri telah menjadi musuh kebanyakan rakyat Sabah. Ada hati dia ahhh.
Memanglah Bung Mokhtar oiii, mana ada jawatan atau barang di muka bumi ini yang abadi. Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang kau sandang pun tidak kekal akibat pengkhianatmu bersama Warisan. So dalam hal politik jangan babitkan Tuhan apa lagi kamu itu telah terbukti di Mahkamah tidak amanah.
Sama juga dengan Shafie membabitkan Tuhan bila gagal mempertahankan tuduhannya.
Bagaimana pula jika ada yang mencabarnya supaya bersumpah atas nama Allah yang tuduhan Zuraidah Kamarudin sebelum ini tentang penyelewengan peruntukan di Kementerian KKLW adalah benar bukan fitnah.
Sangat bersetuju dengan kenyataan balas Ahli Parlimen Tawau bahwa sepatutnya Shafie tidak boleh membuat dakwaan seperti itu mentang mentanglah berada di Dewan Parlimen. Dimana apapun tuduhan yang dibuat di Dewan Parlimen ia tidak boleh dibawa ke Mahkamah untuk diadili itu yang Shafie berani menyebarkan fitnah yang dia sendiri tidak boleh membuktikannya.
Bila Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui mendesak supaya Shafie membuktikan tuduhannya. Shafie hanya mampu menunjukkan rakaman perbualan. Sangat lemah berbanding tuduhannya.
Kalau sekadar rakaman telefon yang dijadikan bukti, lemah sangatlah Shafie tu. Tuduhan salah laku tidak boleh dibuktikan berdasarkan kenyataan atau perbualan semata-mata selagi bukti fizikal atau transaksi tidak wujud atau belum ada. Macam juga tuduhan rakyat Malaysia semasa Shafie menjadi Menteri KKLW dan Ketua Menteri Sabah ramai rakyat yang percaya yang dia makan duit peruntukan KKLW tapi tuduhan itu tidak dapat dibuktikan secara fizikal. Shafie sedar tu, sebab itulah dalam hujahnya dia menyebut tauke Cina.
Bila dicabar oleh Ahli Parlimen Tawau supaya membuat laporan ke Polis dan SPRM agar mereka yang terbabit diheret ke Mahkamh. Tiba tiba Shafie menjadi budiman bukan konok budaya mereka, habis itu bagaimana masyarakat mencari kebenaran?
Sekali lagi rakaman perbualan telefon semata mata tidak mampu membuktikan yang tiga Adun Warisan keluar parti telah dibeli. Oleh kerana itu wakil mereka, Adun Kunak pagi ini telah mencabar bekas bosnya agar membuat laporan dan dia bersedia untuk disiasat.
Hakikatnya sehingga saat ini tiga Adun Kunak, Kudat dan Tanjong Kapor tidak memegang jawatan kerajaan negeri jauh sekali sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah. Macam apa yang dilakukan oleh Warisan selepas pilihan raya umum 2018. Shafie “membeli 6 Adun untuk menyertai Warisan bagi membentuk kerajaan.
Madius Tangau termasuk dalam enam Adun BN yang dibeli diberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah oleh Shafie. Adakah jawatan Timbalan Ketua Menteri itu bukan rasuah.