PBS, STAR, USNO, SAPP Pertahan Kerajaan GRS Dari Pengkhianatan Bung Mokhtar

Bukan hanya kepimpinan Pakatan Harapan Sabah yang bertindak menafikan pengkhianatan yang cuba dilakukan oleh UMNO, ke atas kerajaan sendiri iaitu kerajaan GRS yang diketuai Warisan sebagai pembangkang dan dalang utama.

UMNO Sabah cukup menjengkelkan, walaupun keberadaan mereka dalam kerajaan negeri boleh membangkitkan UMNO, tapi masih terfikir untuk berlaku khianat terhadap pihak yang telah membawa mereka sebagai kerajaan.

Betul betul Bung Mokhtar sejenis pemimpin yang kurang cerdik dan tidak layak diberikan pertolongan. Bukankah sebelum ini UMNO pembangkang di Sabah. Bila gerakan GRS atas Bersatu ketika itu berjaya menumbangkan kerajaan Warisan. UMNO yang tidak terlibat pula yang melebih lebih menuntut kerusi yang lebih walaupun kalah, nasib baik jumlah kerusi termasuk kerusi GRS cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Tapi ini hari ini bersekongkol pula dengan Warisan yang menjadi musuh utama dan paling membenci mereka.

Empat pemimpin utama parti tempatan ini bukan hanya menafikan tindakan yang diambil oleh Bung Mokhtar iaitu meninggalkan kerajaan GRS. Tapi juga membongkar kerjasama awal diantara UMNO Sabah dan Warisan. Sekaligus mempertahan kepimpinan Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah.

Mereka ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Presiden STAR, Presiden USNO dan Presiden SAPP

Untung untung selepas ini Warisan pula memihak GRS. Apalah nanti nasib Bung Mokhtar dan UMNO ketika itu? Hahaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: