Adun PH Sabah Kecewa Portal The Star Buat Laporan Palsu, Sokong Shafie/Bung

Benar-benar Pakatan Harapan Sabah (PH Sabah) jerak untuk berkawan dengan Warisan khususnya. Sebab itu mereka bersungguh-sungguh menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh The Star yang melaporkan kononnya mereka menarik diri saat akhir menyebabkan Shafie tidak lagi mendapat sokongan majoriti sebagai ketua menteri. Sedangkan PH Sabah tidak pernah bersetuju atau mendatangkan sebarang dokumen menyokong Shafie sebagai Ketua Menteri menggantikan Datuk Hajiji Noor.

Kenyataan Media Bersama
ADUN-ADUN PH Sabah
6 Januari 2023 (Jumaat)

  1. Kami menzahirkan perasaan kesal ke atas laporan berita The Star dengan tajuk “Pakatan’s last-minute U-turn derailed move to oust Hajiji, say sources” . Sumber berikut telah membuat dakwaan yang tidak benar dan menyiarkan kandungan berbaur fitnah dengan tujuan memburukkan nama Pakatan Harapan Sabah.
  2. Kami ingin memaklumkan bahawa Pakatan Harapan Sabah tidak pernah setuju ataupun memberi sokongan kepada mana-mana pihak bagi menjalankan gerakan (move) untuk menubuh sebuah kerajaan baharu melalui pintu belakang.
  3. PH Sabah mengambil pendirian untuk mengutamakan kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah, bukan jawatan dan kuasa.

YB Datuk Christina Liew
ADUN Api-Api

YB Datuk Poon Fung Ming
ADUN Tanjung Papat

YB Datuk Ewon Benedick
ADUN Kadamaian

YB Phoong Jin Zhe
ADUN Luyang

YB Jannie Lasimbang
ADUN Kapayan

YB Tan Lee Fatt
ADUN Likas

YB Peto Galim
ADUN Inanam

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading