Anwar Rasmikan GRS Sebagai Blok Borneo Dalam Kerajaan Perpaduan Tapi Loser Pembangkang Pula Yang Meroyan

GRS memang dari awal menyokong siapa pun yang menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.

Timbul pertanyaan, kenapa peringkat awal GRS menyokong PN sebagai kerajaan sebab sememangnya Perikatan Nasional (PN) adalah gabungan atau kompenan yang terdiri dari parti Bersatu, PAS, Gerakan dll dan diketahui Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan tambahan dari 10 ahli Parlimen daripada UMNO.

So kalau GRS dan GPS tidak menyokong PN macam mana membentuk kerajaan? Andai saja UMNO mengambil pendirian berkecuali atau benar benar ingin menjadi pembangkang pasti saja sokongan GRS dan GPS kekal bersama PN dan kerajaan akan terbentuk. Tapi ternyata UMNO bernafsu besar dan pernyataan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat bahawa UMNO bergerak sebagai pembangkang yakni tidak menyokong PN atau PH hanyalah pembohongan untuk kesekian kalinya walaupun bukti kekalahan 26 kerusi di depan mata.

GRS menyertai atau sebahagian dari Kerajaan Perpaduan tapi sebagai blok dalam pemerintah seperti juga kerajaan negeri Sarawak atau GPS.

Itulah yang dimaksudkan dengan Blok Borneo oleh sebab itulah Bersatu, PBS, STAR, SAPP, dll bertanding atas tiket GRS.

Begitu juga Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan perpaduan tetapi tidak menyokong PH secara politik.

Jadi kan pada penyokong Warisan jangan kamu meroyan apa lagi kamu tu kalah teruk hanya mendapat tiga kerusi dari 50 lebih yang kamu sertai dalam pilihan raya umum ke 15 baru baru ini. Tiga kerusi apa gunanya tidak dapat mengubah apa apa, jadi duduk lah kamu dalam kerajaan perpaduan sebagai totok pembangkang. Ada pula mimpikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan hanya dengan tiga kerusi Parlimen. Agak agak lah!

Jangan kamu buat buat bodoh, Warisan bertanding atas konsep solo iaitu tidak bekerjasama dengan mana mana parti termasuk Pakatan Harapan khususnya DAP. Jadi kenapa hari ini beriya iya ingin menjadi sebahagian dari kerajaan. Tidak malu kah?

Tidak terkecuali sebahagian UMNO yang cuba menyembunyikan pengkhianatan terhadap ahli UMNO dengan mendakwa lebih baik berkawan dengan musuh banding pengkhianat, sedangkan menurut Annuar Musa itu adalah cara pengkhianat menyembunyikan pengkhianatan mereka.


PUTRAJAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan bahawa blok parti itu menyertai secara rasmi kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Advertisement


Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor kepada beliau sekali gus kekuatan induk kerajaan perpaduan kini mencecah kekuatan dua pertiga ahli Parlimen yang merangkumi blok Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasioanal (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


“Datuk Seri Hajiji memaklumkan bahawa GRS juga secara rasmi menyertai kerajaan perpaduan. Ini bermakna kekuatan induk semalam (selepas penyertaan GPS), sekarang ada GRS yang menunjukkan kita sudah mencecah kekuatan dua pertiga ahli Parlimen.

“Ia memperkukuh kestabilan politik negara dan boleh menumpukan perhatian kerja-kerja kita untuk mengangkat martabat negara dan mengukuhkan ekonomi dengan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas secara rasmi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: