KDM Jumpa Anwar Nyatakan Sokong KM Hajiji Sekaligus GRS

KENYATAAN MEDIA
YB DATUK WETROM BAHANDA
Timbalan Presiden Parti KDM
ADUN Bandau/Ahli Parlimen Kota Marudu

26 November 2022.

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus menerajui Kerajaan Negeri Sabah.

Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda berkata, ini selaras dengan ketetapan dan pendirian Hajiji dan Kerajaan GRS yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, Anwar dalam kenyataannya pada Jumaat telah mengesahkan sokongan GRS dalam Kerajaan Perpaduan.

“Semasa perjumpaan khas Parti KDM bersama PM yang diketuai oleh presiden parti, Datuk Peter Anthony pada Jumaat, PM telah menyatakan sokongan kepada Hajiji untuk terus menerajui dan mentadbir Sabah selaras dengan sokongan GRS kepada Kerajaan Perpaduan

“Justeru Parti KDM dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nya menyokong Hajiji dan GRS untuk terus mentadbir dan menerajui Kerajaan Negeri Sabah.

“Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 baru sahaja selesai, kita tidak mahu terlalu banyak berpolitik kerana sekarang adalah masanya Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut sama disokong dan didokong oleh Barisan Nasional (BN) GRS, KDM dan lain-lain parti bersama-sama membangun negara, negeri dan rakyat.

“Kini adalah masanya kita bersama-sama membangun dan membela rakyat dan negeri Sabah yang masih ketinggalan dalam banyak segi terutamanya kawasan luar bandar yang amat memerlukan pembangunan”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS pada Khamis melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri dan Persekutuan boleh bekerjasama rapat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan, termasuk usaha mengembalikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Terdahulu, Anwar dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat memberitahu penyertaan GRS membolehkan Kerajaan Perpaduan mencapai dua per tiga ahli Parlimen.

“Ketua Menteri Sabah telah maklumkan bahawa GRS juga setuju secara rasmi akan menyertai kerajaan perpaduan”, katanya.

Semalam (Jumaat) ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah menyatakan sokongan mereka kepada Hajiji untuk terus menerajui kerajaan negeri sehingga habis penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berbaki tiga tahun lagi.

Sokongan itu dinyatakan mereka ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji di DUN Sabah.

Kunjungan itu diketuai ADUN Kadamaian Ewon Benedick dan turut dihadiri ADUN Luyang Phoong Jin Zhe, Jannie Lasimbang (Kepayan), Pito Galim (Inanam) dan Tan Lee Fatt (Likas).

“ADUN-ADUN PH Sabah mengalu-alukan sokongan GRS dalam kerajaan perpaduan seperti mana diumumkan perdana menteri hari ini.

“Kami juga menyatakan sokongan kepada Hajiji dan seterusnya kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan agenda pembangunan dan perjuangan hak-hak Sabah dapat dijayakan bersama,” katanya Ewon.

Tamat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: