Jawatan Ketua Menteri Hanya 2 Penggal Dibawa Ke DUN

Cadangan menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri DUN yang akan datang, begitu ketegasan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Ini berikutan cadangan Kabinet Negeri yang juga secara dasarnya telah meluluskan cadangan itu sendiri. Dimana jawatan Ketua Menteri akan dihadkan kepada hanya dua penggal.

Oleh itu sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri Adun yang mewakili kerajaan, pembangkang dan rakyat bersetuju maka cadangan itu akan dibahaskan di DUN Sabah bagi membolehkan Pindaan Perlembagaan dilakukan.

Kenyataan itu dirakamkan semasa Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi GRS berada di Beluran di Dataran Telupid, hari ini dalam siri jelajah GRS ke seluruh Sabah.

Ini kalilah kita mahu tengok pembangkang Warisan menyahut cadangan itu dan bersetuju memandangkan Warisan lah yang sering melontarkan dakwaan kononnya GRS tamak dan gilakan kuasa.

Justeru inilah buktinya kepimpinan GRS tidak gila kuasa sebaliknya kepimpinan Warisanlah atau Shafielah yang sebenarnya sangat gilakan kuasa, terbukti bila membeli beberapa Adun BN untuk membentuk kerajaan negeri Sabah selepas pilihan raya umum 2018.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: