Tambah Kerusi 35% Parlimen Bukan Minta Tapi Ada Dalam MA63 – Masidi

Tuntutan satu pertiga kerusi Dewan Rakyat bukannya atas kehendak pemimpin Sabah dan Sarawak yang ada pada hari ini, tetapi sedia termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

Sebenarnya bukan kita minta, ini (adalah) yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak. 

“(Perlu faham) Kita bukan ‘demanding’, kita cuba “meminta” apa yang termaktub dalam perjanjian yang pada waktu itu Tanah Melayu persetujui (pembentukan Malaysia),” kata Masidi.

“Isu lebih kepada memastikan Sabah dan Sarawak berada dalam kedudukan yang mana (pemimpin kedua-dua negeri itu) boleh menjadi penentu bersama kepada keputusan penting,” katanya.

Hari ini Malaysia hanya mempunyai 222 kerusi Parlimen dimana 166 kerusi berada di Semenanjung bakinya 56 kerusi berada di Sabah dan Sarawak masing-masing 25 Sabah 31 Sarawak.

Pada 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi Parlimen, diikuti Sarawak (24) dan Singapura (15), jumlahnya mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen, manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi Parlimen adalah di Malaya (Semenanjung). Sabah dan Sarawak tuntut kembali 35 peratus kerusi Parlimen

Malaya ketika itu tidak memiliki majoriti dua pertiga. Jadi, apabila Singapura keluar Malaysia pada 1965, kerusi miliknya sepatutnya diberi kepada Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan kedudukan 35 peratus itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Pelik juga kan Sabah Sarawak ni hampir sama luas dengan satu Semenanjung tetapi hanya ada 56 kerusi. Lucunya! Ini gara-gara UMNO mahu mendominasi lah ni.

Yang sedikit melucukan ialah tuntutan ini tidak pernah pun disentuh oleh politik Warisan, kenapa begitu? sebab tidak tahu apa apa kan.

Sumber SBN

One thought on “Tambah Kerusi 35% Parlimen Bukan Minta Tapi Ada Dalam MA63 – Masidi

Add yours

  1. Saya selaku rakyat Sabah bersetuju agar Sabah tuntut apa yang telah di janji kan pada perjanjian pembentukan masa itu

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: