Najib Dirawat Hospital HRC Atas Arahan Mahkamah Tinggi

Tiada keistimewaan Najib Razak sebagai banduan di penjara Kajang, dia tetap menjalani hukuman seperti banduan lain, soal dia mendapat rawatan Hospital HRC ia atas arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pihak penjara supaya Najib dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan selepas diberitahu keadaannya yang tidak memuaskan pada 12 September yang lalu.

Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang selepas menjalani pemeriksaan Doktor pakar di HRC.

23 Ogos 2020 22 tarikh keramat bagi Najib karena hari ini dia dimasukkan ke penjara selama 12 tahun akibat skandal penyelewengan dalam anak Syarikat 1MDB iaitu SRC.

Hebat Najib tetap mendapat perhatian sebagai seorang VIP tapi itu pun masih ramai pemimpin dan laskar UMNO yang memfitnah kononnya sistem kehakiman tidak bersikap adil terhadap pemimpin UMNO. Buat malu betullah!

Menyedihkan dan mengkilankan kalau sebelum ini ada keluarga banduan lain memohon pada pihak penjara untuk dirawat di Hospital pakar tetapi tidak dibenarkan.

Jadi selepas ini sewajibnya semua banduan mendapat layanan yang sama rata, apa lagi kesalahan yang mereka lakukan jauh kecil berbanding yang dilakukan oleh Najib Razak.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: